Pelalian

E-mailPrintPDF

PENGIMUNAN ( PERLALIAN ) 

Pengimunan atau dalam bahasa inggerisnya ' immunisation ' adalah satu proses di mana seseorang itu dilindungkan atau dilalikan dari sesuatu penyakit berjangkit. Ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama ( yang diproses ) kepada seseorang itu. Ada kalanya kuman itu diberi dengan cara dimakan seperti pelalian polio. Pengimuanan dapat membentuk ketahanan seseorang untuk mengelakan penyakit. Jika dia menghidap penyakit itu, kesannya tidaklah sebegitu berat.

Pada masa sekarang telah terdapat pengimuanan untuk bermacam -macam penyakit seperti campak , polio , kancing gigi ( tetanus ) , pertusis , diftiria ( sakit kerongkong ) , rubella , t.b., beguk (mumps ) , demam kepialu ( typhoid ) , taun ( cholera ) dan lain -lain. Ini dadalah sumbangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana perlalian telah berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit -penyakit berjangkit.

Enam jenis penyakit menjadi punca kematian yang utama di dunia lebih -lebih lagi di negara -negara membangun iaitu diftiria ( sakit kerongkong ) , pertusis ( kokol ) , kancing gigi , t.b , campak dan polio. Pertubuhan kesihatan sedunia sedang meneruskan usahanya untuk membasmi penyakit -penyakit ini dengan menggalakkan supaya pengimunan untuk penyakit -penyakit ini diberi kepada kesemua bayi dan kanak -kanak menjelang tahun  1990.

Mengapa bayi perlu pengimunan

Bayi di bawah usia 4 bulan dilindungi dari berbagai -bagai penyakit virus seperti campak kerana antibodi ibunya yang masih ada di saluran darahnya. apabila usia bayi meningkat 6 bulan , tahap antibodi ini tidaklah lagi mencukupi dan bayi mula terdedah pada penyakit -penyakit berjangkit. Perlindungan untuk penyakit -penyakit seperti pertusis dan tetanus tidak mencukupi kerana tahap antibodi kepada penyakit ini adalah rendah. Sebab itulah bayi yang tidak mendapat pengimunan mungkin mendapat penyakit ini dan mengalami akibat yang teruk.

Manfaat yang terdapat daripada pengimunan amatlah besar sekali dan ibu bapa perlu memastikan supaya rekod pengimunan anak -anak mereka lengkap. Ada sebahagian kecil kanak -kanak yang tidak disarankan untuk menerima pengimunan. Umpamanya kanak -kanak yang mudah mendapat sawan tidak disyorkan untuk menerima pengimunan pertusis dan kanak -kanak yang menghidap penyakit leukimia tidak diberi vaksinasi campak ( measles vaccination ). Ibu bapa perlulah mendapat nasihat doktor jika ada apa -apa keraguan tentang pengimunan untuk anak mereka.

Kementerian kesihatan telah menyediakan kemudahan -kemudahan dahan seperti klinik kesihatan ibu dan bayi di mana kanak -kanak boleh diberikan suntikan pengimunan. Doktor -doktor swasta juga ada menyediakan vaksinasi -vaksinasi yang diperlukan. Berikut adalah jadual pengimunan yang disarankan oleh kementerian kesihatan pada masa sekarang :

   Usia   

Perlalian

Selepas lahir  dari 3 bulanB. C. G. ( untuk mencegah penyakit T.B. )
4 bulan  Pengimunan ' triple ' dan polio ( dos kedua )
5 bulanPengimuanan ' triple ' dan polio ( dos ketiga ) 
Dari 9 bulan hingga 2 tahunPengimunan campak ( measles )
Dari 1 1/2 tahun Hingga 2 tahunPengimuanan ' triple ' dan polio (dos booster)

6 tahun    

 B.C.G. (diberi jika tanda B.C.G. yang lama tidak ada)

Pengimuanan kerongkong tetanus dan polio 

  
  
  
  

( 1 ) Pengimunan ' triple ' ( suntikan untuk mencegah penyakit kerongkong , pertusis , tetanus) ( 2 ) Polio ( diberi dengan cara titikan ke mulut ).

Kedua -dua ini di beri pada masa yang sama.

Tambahan

Kanak -kanak yang bersekolah

Darjah 1                                                      - DT dos booster

(1) Jika sudah mendapat semua  pengimunan sebelum bersekolahatau sekurang -kurangnya 2 kali  DPT atau DT dan polio serta

    Terdapat tanda BCG                              -  Polio dos booster

 ( 2) Jika belum pernah diberi perlalian  sebelum masuk ke sekolah atau  riwayat perlalian tidak ada.                  - dos DT dan polio dan diulang dalam masa sebulan.

 (3) Jika tanda BCG tidak ada Darjah 6

   ( Usia 12 tahun )  
vaksin BCG
vaksin BCG
vaksin Rubella untukkanak-kanakperempuan
 
 
 
Tingkatan 3 (usia 15 tahun)      Pelalian Tetanus 

Sekarang terdapat vaksin yang memberi perlindungan dari tiga penyakit  iaitu campak (measels, begok, (mumps) dan Rubella.

Perkembangan ini sangat menarik bagi ibu bapa dan penyelidikan yang dijalankan menunjukkan yang vaksin seperti ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak dari usia 15 bulan.

Masih terdapat ramai kanak-kanak yang tidak menerima penglimunan.  Berbagai-bagai sebab yang diberikan oleh ibu bapa.  Ada yang khuatir akan kesan buruk dari pengimunan, ada yang mengatakan anak mereka selalu  tidak sihat kerana selsema dan batuk dan ada juga yang berfikir bahawa pengimunan tidak perlu.  Cerita-cerita tentang akibat buruk pengimunan yang kebanyakkannya tidak ada alasan selalu meyebabkan ibu bapa tidak mendapatkan pengimunan untuk anak-anak mereka.  Tidak ada sebab mengapa seseorang bayi yang sihat tetapi hanya mendapat selsema sahaja tidak boleh menerima pengimunan.

Rekod pengimunan

Adalah mustahak ibu bapa merekodkan pengimunan yang telah diberikan kepada anak mereka kerana ini akan memudahkan doktor memberi rawatan yang sewajarnya. Umpamanya, jika seseorang kanak-kanak berumur 4 tahun mendapat luka dikakinya disebabkan paku karat, doktor perlu mengetahui sama ada dia telah menerima pengimunan untuk penyakit kancing gigi.  Jika rekod pengimunannya lengkap , doktor akan memberinya 'booster ' ( anti tetanus toxoid ) untuk meninggikan tahap perlindungannya bagi penyakit tetanus selepas mencuci lukannya. Jika dia disyaki belum menerima pengimunan ini , satu lagi suntikan yang dipanggil ' antitetanus serum ' terpaksa diberi. Ini akan dapat memberi perlindungan segera. Dia perlu mendapatkan dua lagi dos ' antitetanus toxoid ' untuk meninggikan tafap perlindungan.

 Kesan sampingan pengimunan

Pengimunan boleh menyebabkan kesan -kesan sampingan yang tidak diingini di kalangan kumpulan bayi -bayi yang menerimanya. Pengimunan untuk mencegah penyakit pertusis ( whooping cough ) boleh membuatkan bayi demam , menangis selalu dan tidak mahu menyusu untuk beberapa hari. Ubat yang dibekalkan oleh doktor boleh mengurangkan keadaan ini. Kadangkala terdapat nodul di tempat suntikan tetapi ini biasanya akan hilang dalam beberapa bulan. Pengimunan ini telah menggemparkan orang ramai di negara barat pada sedikit masa dahulu kerana berlakunya kecacatan otak dikalangan  orang kanak -kanak. Ini menyebabkan ramai kanak -kanak tidak mendapat pengimunan ini. Akibatnya pula kes -kes pertusis meningkat dengan banyaknya. Pakar kanak -kanak sekarang tidak menyarankan pengimunan ini kepada bayi -bayi yang pernah terkena sawan dan mengalami kecacatan otak. Bayi -bayi yang menglami demam tinggi , sawan atau menangis berjam-jam selepas diberi pengimunan ini disyorkan supaya tidak diberi lagi pengimunan Pertusis.  Mereka disarankan supaya diberi lagi pengimunan tetanus dan sakit kerongkong sahaja.  Ibu bapa perlu memahami bahawa penyakit Pertusis adalah merbahaya kepada bayi dan semua bayi-bayi (kecuali bayi-bayi yang tertentu sahaja) mesti mendapatkan pengimunan ini.

Pengimunan ini untuk mencegah campak boleh menyebabkan bayi demam atau mendapat bintik-bintik diseluruh badannya.  Kanak-kanak yang menghidap barah, T.B. atau penyakit kulit (eczema) tidak disarankan menerima pengimunan campak. Kanak-kanak yang rendah tahap pemakanannya sangat-sangat memerlukan pengimunan campak kerana penyakit ini boleh membawa maut kepada  mereka.  Risiko untuk mengalami kecacatan otak dan penyakit paru-paru adalah lebih tinggi bagi kanak-kanak yang terkena campak kalau dibandingkan dengan kanak-kanak yang telah mendapat pengimunan campak.

Kesimpulan

Pengimunan adalah satu perkembangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana cara ini telah mengurangkan kematian dikalangan bayi dan kanak-kanak akibat penyakit-penyakit berjangkit.  Pengimunan untuk penyakit cacar (smallpox) tidak lagi disyorkan untuk bayi-bayi dinegara kita kerana penyakit ini tidak lagi merupakan masalah  kesihatan awam yang penting lagi.  Pengimunan adalah satu faktor penting yang telah membantu membasmikan penyakit cacar diseluruh dunia.  Ibu bapa mestilah menggunakan kemudahan yang telah disediakan supaya anak-anak mereka dapat dilindungi atau dilalikan dari penyakit-penyakit berjangkit.

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1197
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29475
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98243
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131412

Your IP: 38.107.179.229
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com