Gejala Rubella

E-mailPrintPDF

 SINDROM RUBELLA KONJENITAL 

  Apakah Sindrom Rubella Konjenital ?

Ini adalah satu keadaan dimana seseorang kanak-kanak itu dilahirkan dengan beberapa kecacatan seperti selaput dimata (cataract), gangguan jantung dan gangguan pendengaran,  Biasanya kanak-kanak ini kecil bentuk badannya.  Tetapi dalam Sindrom Rubella Konjenital boleh juga terdapat abnormaliti yamg berpunca dari kerosakkan otak seperti palsi serebal, gangguan pada fungsi hati menyebabkan bayi kuning, gangguan paru-paru, sistem darah dan sebagainya.

 Sindrom ini berpunca dari jangkitan kuman virus yang digelar Rubella pada waktu peringkat awal kehamilan.  Rubella memang selalu didapati dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa dimana presentasi yang biasa terdapat ialah demam, bintik-bintik diseluruh badan terutamanya dimuka dan juga kelenjar yang membesar dibelakang telinga dan tengkok.  Penyakit ini biasanya tidak merbahaya tetapi adalah sangat mudah berjangkit kepada orang lain melalui udara dan air tekak.  Rubella telah mula dikenali sebagai punca kecacatan pada janin semenjak tahun 1941.  Epidemik Rubella yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 1964 telah menyebabkan 20,000 kanak-kanak mengalami Sindrom Rubella Konjenital.  Dari ini timbulnya banyak maklumat mengenai penyakit ini.

 Bagaimana Sindrom Rubella Konjenital boleh berlaku?

 Peringkat awal mengandung ( tirmester pertama iaitu tiga bulan pertama ) merupakan peringkat janin yang mudah terjejas pertumbuhannya jika terdedah kepada unsur -unsur yang teratojenik. Unsur -unsur ini boleh mengakibatkan kecactan yang teruk jika terdapat pada peringkat ini. kuman virus Rubella yang menyerang ibu mengandung boleh menyerang tisu -tisu janin menjejaskan tumbesarannya , mengganggu pembentukan jantung , mata dan alat pendengaran bayi. Seseorang wanita yang diserang penyakit ini pada trimester pertama mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat bayi yang cacat. Risiko ini lebih rendah jika infeksi berlaku pada ibu apabila sudah lebih dari dua puluh minggu mengandung.

Kebanyakan ibu menpunyai bayi yang mengalami sindrom rubella Konjenital tidak mengetahui sama ada mereka pernah diserang oleh penyakit Rubella di waktu mengandung. Ini adalah kerana kebanyakan orang yang diserang kuman Rubella tidak menunjukan apa -apa kesan klinikal walaupun mereka tetap berupaya menjangkiti orang lain.

 Apakah masalah yang terdapat pada kanak -kanak ini ?

Masalah yang terdapat berbeza daripada seorang kanak -kanak ke seorang kanak -kanak yang lain bergantung kepada kecacatan yang dialami.

Ada kanak -kanak yang tidak terjejas langsung dan meneruskan perkembangan serta tumbesaran seperti kanak -kanak biasa. Ada pula bayi yang dilahirkan normal tetapi di dapati pekak apabila meningkat umurnya. Kanak -kanak ini akan mendapati sukar untuk bercakap dan ini akan menimbulkan masalah pembelajaran. ada pula kanak -kanak yang tidak subur dan selalu mendapat gangguan pernafasan kerana jantungnya tidak sempurna. Dia mungkin buta kerana selaput (cataract ) dan mengalami kerencatan akal kerana kerosakan otak disebabkan oleh kuman Rubella. Ada juga yang tidak boleh bergerak badannya dengan biasa di sebabkan kejadian yang dipanggil Palsi Serebal. Sekumpulan kecil bayi yang menghidap keadaan ini menimpa maut sebelum dilahirkan mudah menyampaikan Kuman Rubella kepada orang lain seperti doktor , jururawat atau penjaganya dan mereka semuanya boleh mendapat penyakit Rubella jika masih tidak mempunyai Imuniti daripada penyakit ini.

Bolehkah seseorang itu mendapat imuniti dari penyakit Rubella ?

Kanak -kanak dan orang dewasa yang telah diserang penyakit Rubella akan mendapat imuniti daripada penyakit ini. Kebanyakan orang dewasa akan mempunyai imuniti kepada Rubella. Ini boleh dipastikan dengan pemeriksaan darah di mana antibodi kepada penyakit Rubella boleh dikesan. Seseorang wanita yang dalam lingkungan umur reproduktif boleh mengetahui sama ada dia mempunyai perlindungan ( imuniti ) dari penyakit Rubella melalui pemeriksaan darahnya. Jika didapati tiada antibodi  Rubella dalam darahnya , dia boleh diberi perlalian ( pengimunan ) untuk mencegah penyakit Rubella. Dia dilarang mengandung sekurang -kurangnya tiga bulan selepas pengimunan diberi kerana virus dari vaksin Rubella boleh menjangkit kepada janin walaupun risiko untuk menjejaskan janin adalah rendah.

 Bagaimana jika wanita diserang Rubella semasa mengandung

Keadaan ini sangatlah merungsingkan wanita -wanita yang mendengar akan bahaya penyakit Rubella. Mereka yang telah disahkan terlibat selepas menjalani pemeriksaan darah memerlukan kaunseling di mana maklumat yang cukup diberi berkenaan dengan risiko , masalah yang bakal dialami jika bayi terlibat serta cara -cara mengatasinya. Dalam keadaan yang cemas mereka memerlukan kaunseling yang konstruktif dari doktor supaya dapat membimbing mereka untuk membuat keputusan yang sesuai untuk mereka.

Peringkat empat minggu hingga lapan minggu kandungan merupakan risiko yang sangat tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami sindrom Rubella Konjenital dan ramai pakar yang menasihatkan supaya kandungan itu digugurkan.  Risiko untuk mendapat bayi yang terlibat menurun apabila serangan Rubella tiba pada peringkat empat belas minggu dan lebih dan biasanya kecacatan yang dialami ialah pekak.  Serangan Rubella pada peringkat dua puluh minggu atau lebih tidaklah begitu merunsingkan.  Wanita yang ingin meneruskan kandungannya dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan rapi.  Setelah bayi dilahirkan, bayi itu perlulah diperiksa dengan teliti dan walaupun kelihatan normal, dia harus diperiksa dari masa kemasa untuk memastikan sama ada daya pendengarannya sempurna.  Setiap wanita yang mempunyai masalah ini perlulah mendapatkan kaunseling secara orang perseorangan.

 Kesimpulan

Sindrom Rubella Konjenital adalah keadaan yang boleh menimbulkan berbagai jenis kecacatan bayi.  Ini boleh dicegah jika setiap wanita dalam linkungan umur reproduktif boleh memastikan dari pemeriksaan darahnya yang dia mempunyai perlindungan dari penyakit ini.  Satu cara untuk mendapatkan imuniti ialah dengan mendekatkan diri dengan orang yang dipastikan menghidap penyakit Rubella.  Cara yang satu lagi ialah pengimunan.

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1199
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29477
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98245
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131414

Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com