Sakit Telinga

E-mailPrintPDF

SAKIT TELINGA DI KALANGAN KANAK -KANAK 

Ada beberapa keadaan yang boleh menyebabkan sakit telinga di kalangan kanak -kanak. Punca biasa yang didapati ialah bahagian tengah telinga itu lebam ( Acute Otitis Media ). Penyakit ini biasanya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti ' Pneumococcus Haemophilus '. Kanak -kanak lebih mudah menghidapi penyakit ini kerana saluran yang menghubungi bahagian tekak dan bahagian telinga tengah yang dipanggil ' Tiub Eustachian ' mereka itu lebih pendek , lebih lebar kalibernya dan lurus kalau dibandingkan dengan tiub Eustachian orang dewasa. Oleh sebab ini kuman -kuman ke bahagian telinga tengah terutamanya jika mereka selalu baring.

Kanak -kanak yang mengalami keadaan lebam di bahagian telinga akan sakit telinga , demam dan akan selalu meragam. Seseorang doktor , yang memeriksa telinga kanak -kanak itu mungkin mendapati tanda -tanda cecair yang mengubahkan dinding timpanum atau ' Tympanic Membrance '. Jika keadaan ini tidak dirawat dengan antibiotik tekanan ke dalam bahagian telinga tengahnya ( yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul didalamnya) akan memecahkan dinding timpanum ini. Apabila pecah cecair yang bernanah di bahagian telinga tengah itu akan mengalir keluar. Penyakit ini selalu menyebabkan kanak - kanak pekak atau menghidapi Lebam Tulang Mastoid ( Mastoiditis ). Pengunaan antibiotik telah banyak mengurangkan komplikasi seperti ini tetapi penyakit lebam bahagian telinga tengah masih selalu juga berlaku dan ramai kanak - kanak tidak dapat diberi rawatan dengan awal dan berkesan.

Kanak -kanak yang menghidap lebam bahagian telinga tengah biasanya demam dan sakit serta jelas mempunyai tanda - tanda cecair yang banyak terkandung didalam bahagian telinga tengahnya. Keadaan ini boleh dirawat dengan berkesan mengikut prosedur yang dipanggil ' Myringotomy ' di mana dinding timpanum telinganya itu dicucuk dengan jarum supaya cecair yang berupa nanah boleh mengalir keluar dari bahagian telinga tengahnya.

Kanak - kanak yang dilahirkan dengan bumbung mulut yang tidak lengkap atau ' Cleft Palate ' , dan kanak - kanak yang menghidap ' Sindrom Down ' lebih mudah mendapat penyakit ' Acute Otitis Media '. Ada juga kanak - kanak yang mempunyai ' Adenoid ' di bahagian belakang tekak yang lebih besar daripada biasa , hingga menutup lubang tiub Eustachain. Kanak - kanak selalunya berdengkur bila tidur kerana sukar bernafas. Pakar  sakit telinga , Hidung dan Tekak yang merawat kanak -kanak ini selalunya akan membuangkan kedua -dua tonsil dan adenoid sekali gus dalam satu pembedahan .

Kanak -kanak yang kurang tahap imunitinya lebih senang mendapat penyakit lebam di bahagian telinga tengah. Selain dari itu senang juga mendapat penyakit infeksi lain seperti meningitis , cirit -birit , kelumpuk nanah ( abscesses ) di merata bahagian dalam tubuh badannya.

Satu lagi penyakit telinga yang biasa didapati di kalangan kanak -kanak ialah lebam di bahagian telinga luar ( Otitis externa ). Keadaan ini sangat menyakitkan dan kanak -kanak yang menghidapnya akan membantah jika telinganya digerakkan atau ditarik kerana pengerakan telinga luarnya itu akan membuatnya berasa bertambah sakit. Telinga luar yang basah akibat mandi di dalam kolam renang jika tidak dikeringkan mudah membawa kepada penyakit ini tambahan pula jika kulit di bahagian ini luka akibat ia dicungkil selalu dengan kuku atau alat yang tajam. Keadaan ini selalunya disebabkan oleh kuman -kuman bakteria seperti staphylococcus , E. coli , pseudomonas , atau fungus seperti aspergillusdan candida.

Bahagian luar telinga kanak -kanak ini mungkin mengeluarkan cecair berbau dan kanak -kanak itu rasa gatal dibahagian luar telinganya. Telinganya itu juga akan ternampak merah dan bengkak. Ubat yang lazim diberikan bagi keadaan ini ialah sejenis krim yang mengandungi antibiotik , yang disapukan di bahagian telinga luar kelihatan bengkak itu. Kadangkala bahagian yang bengkak itu mengandungi nanah. Ubat untuk mengurangkan sakit , seperti panadol dapat mengurangkan  kesakitan kepada kanak -kanak itu.

Sakit telinga boleh juga disebabkan oleh lebam di bahagian tekak seorang kanak -kanak. Selalu juga didapati kes kanak -kanak yang sakit tekak disebabkan kuman virus mengeluh sakit telinga. Adakalanya kanak -kanak yang selesai menjalani penbedahan untuk membuangkan tonsilnya mengeluh sakit telinga. 

Kesimpulan

Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding  timpanum.

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1232
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29510
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98278
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131447

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com