Zakar Tidak Turun

E-mailPrintPDF

BUAH ZAKAR KANAK-KANAK SELALU TIDAK TURUN

Buah zakar kanak-kanak atau testes bermula didalam bahagian abdomen diwaktu bayi masih didalam peringkat janin. Kadua-dua buah zakar ini mula turun dari peringkat 28 minggu kandungan dan lazimnya pada masa cukup 40 minggu bayi dilahirkan , kedua - duanya ini sudah mengambil tempatnya di dalam pundi skrotum . Adalah dianggarkan bahawa sebanyak satu peratus dari bayi - bayi yang lahir cukup bulan itu buah zakar mereka tidak turun ke dalam pundi skrotum atau tersekat di dalam bahagian abdomen di dalam perjalanan turun ke skrotum .

Pendapat berkenaan dengan rawatan bagi keadaan ini atau dalam bahasa Inggerisnya undescended testes berbeza di antara doktor - doktor . Ada doktor - doktor yang menyarankan supaya kanak - kanak yang mengalami keadaan ini dibedah untuk menurunkan testes ke dalam pundiskrotum dan ada pula doktor - doktor yang menyarankan supaya kanak - kanak ini diberi rawatan hormon yang dipanggil Human Chorionic Gonadotrophin ( HCG ) dengan cara suntikan .

 Di antara pakar - pakar yang menyarankan pembedahan ada pula perbezaan pendapat berkaitan dengan peringkat usia kanak - kanak bila pembedahan sepatutnya dilakukan . Tetapi semua pakar pada masa kini percaya bahawa jika kedua - dua buah zakar kanak - kanak tidak turun ke dalam pundi skrotum pada peringkat remaja mereka akan menjadi mandul . Kalau dahulunya para doktor - doktor menyarankan pembedahan untuk menurunkan buah zakar ke dalam pundi skrotum sebelum usia kanak - kanak itu sampai 10 tahun , pada masa kini ramai pakar menyarankan supaya rawatan sama ada dengan cara mengunakan hormon atau pembedahan dimulakan pada peringkat umur tiga tahun . Berikut adalah ekoran dari penyelidikan yang dibuat diatas kesuburan dan biopsi buah zakar yang dijalankan keatas kanak - kanak yang mendapat rawatan pembedahan selepas usia dua tahun . Penyelidikan menunjukkan bahawa buah zakar yang masih tidak turun ke pundi skrotum pada usia dua tahun menunjukkan kesan - kesan kerosakkan pada tisu .

Para doktor bimbang yang buah zakar yang tidak turun ke dalam pundi skrotum yang masih tersekat di dalam abdomen kanak - kanak akan membawa mudarat pada kanak - kanak itu . Memang diakui bahawa buah zakar yang masih tidak turun mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi barah . Kebanyakkan keadaan ini melibatkan sebelah sahaja yang tidak turun ke dalam pundi skrotum . Jika kedua - duanya masih tersangkut didalam abdomen kanak - kanak itu akan menjadi mandul walaupun mereka dirawat kemudiannya . Para doktor juga berpendapat bahawa semakin cepat rawatan dimulakan semakin baik kemungkinan untuk kesuburan kanak - kanak dipeliha apabila mereka dewasa .

Sebahagian dari kanak - kanak yang menunujukkan keadaan ini didapati juga mengalami abnormaliti berkaitan dengan sistem urogenital seperti hypospadias ( saluran kencing tidak sampai ke hujung ) , hernia atau bentuk kemaluan yang ganjil .

Keadaan yang dipanggil retractile testes perlu dikenalpasti oleh doktor - doktor kerana keadaan ini tidak memerlukan apa - apa rawatan . Jika buah zakar diusik ia boleh terkeluar dari pundi skrotum akibat tarikan otot - ototnya . Walaupun kadang - kadang keadaan ini seakan - akan menyerupai keadaan kanak - kanak yang mengalami undescended testes perbezaannya ialah buah zakar kanak - kanak ini boleh dirasai di dalam pundi skrotum pada kebanyakan masa .

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas kanak - kanak yang mengalami masalah ini adalah untuk menentukan sama ada buah zakar kanak - kanak itu boleh dikesan . Kadangkala buah zakar ini tersekat dibahagian inguinal dan mungkin juga berkaitan dengan hernia . Jika buah zakar tidak dikesan ini mungkin bermakna ia masih didalam bahagian abdomen . Satu cara untuk mengetahui sama ada wujudnya buah zakar di dalam abdomen ialah dengan memberi kanak - kanak itu suntukan hormon ( Human Chorionic Gonadotrophin ) yang akan menyebabkan tahap hormone plasma testosterone yang melambung tinggi akibat pengeluaran testosterone dari buah zakar . Ada juga pakar - pakar bedah yang menjalankan satu prosedur laparoscopy untuk mengesan kedua - dua buah zakar di dalam bahagian abdomen kanak -kanak itu .

Rawatan

Cara -cara rawatan yang boleh disarankan boleh dibahagi tiga :

 1 - Rawatan perubatan menggunakan hormon diberi dengan cara suntikan atau semburan ke hidung .

 2 - Rawatan pembedahan

3 - Rawatan perubatan dengan hormon diikuti , jika tidak berjaya , dengan pembedahan .

Rawatan dengan hormon telah lama digunakan tetapi penggunaan Human Chorionic Gonadotrophin (HCG) didapati selalunya kurang memuaskan pada masa dahulu . Semenjak tahun 1970 ada laporan -laporan yang menunjukan sejenis hormon di panggil Luteinising Hormone Releasing Hormone ( GNRH ) yang diberi secara semburan ke dalam hidung atau suntikan telah berjaya menurunkan buah zakar ke dalam pundi skrotum . Ini biasanya lebih sesuai digunakan bagi buah zakar yang tersekat dalam perjalanannya dari abdomen ke pundi skrotum kalau dibandingkan dengan buah zakar yang diluar laluan ini ( ectopic testes ) atau dirawat dengan hormon ini memerlukan pembedahan .

Hormon - hormon ini masih tidak digunakan secara umumnya dan hanya dapat diberi oleh sekumpulan doktor -doktor pakar yang fasih dengan penggunaannya .

Kesimpulan

Semua bayi lelaki yang baru dilahirkan mesti dipastikan yang buah zakar mereka sudah ada di dalam pundi skrotum . Jika satu atau kedua -duanya tidak dapatdi kesan doktor akan terus mengawasi bayi itu dari masa ke masa . Jika buah zakar ini masih tidak turun , doktor -doktor mungkin menyarankan penggunaan hormon sebelum kanak -kanak berusia dua tahun . Rawatan dengan menggunakan hormon , atau pembedahan akan disarankan supaya buah zakar kanak - kanak itu akan diturunkan dengan seberapa awal . Semakin lambat buah zakar diturunkan semakin tinggi kemungkinan untuk kanak -kanak itu mandul apabila dewasa dan semakin tinggi risiko untuknya mengalami barah di dalam tisu buah zakar .

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1252
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week35586
mod_vvisit_counterLast week39898
mod_vvisit_counterThis month98298
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131467

Your IP: 38.107.179.227
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com