Anak Hyperaktif

E-mailPrintPDF

KANAK - KANAK YANG HIPERAKTIF    

Riwayat kes

Abu yang berumur empat tahun telah dibawa ke klinik kanak - kanak kerana terlalu

Aktif atau cergas dan tidak boleh duduk diam . Abu dilahirkan seperti biasa dan kesihatan

serta perkembangannya sehingga usia satu tahun dikatakan memuaskan . Selepas Abu sudah

boleh berjalan dikatakan sangat buas, selalu memanjat di atas perabot - perabot serta             memunggah benda - benda . Pendek kata Abu jarang duduk diam dan dia sangat kurang

tidur . Semakin dia besar semakin sukar untuk menjaga atau mendidiknya . Dia masih belum

boleh bercakap seperti kanak - kanak yang sebaya dengannya dan dia tidak boleh mengikuti

arahan yang diberi kepadanya walaupun ibubapanya tidak meragukan kebolehan    pendengarannya . Dia masih memerlukan bantuan untuk makan . memakai baju atau membuangair kecil dan besar .

 

Ibu bapanya tidak memasukkannya ke tadika tetapi dia dikatakan terlalu resah , dan tidak

mematuhi apa - apa arahan yang diberikan . Abu juga tidak boleh menumpukan perhatiannya

kepada sesuatu perkerjaan . Dia tidak suka duduk dengan lama, asyik hendak berlari keluar daribilik darjah . Kelakuannya didapati sukar dikawal oleh gurunya sehingga ibu bapanya dimintamengeluarkannya dari tadika kerana dia sentiasa mengganggu aktiviti - aktiviti kelas .

 Abu  merupakan seorang kanak -kanak yang mengalami sindrom heperaktif atau dipanggil " Attention deficit disorder " . Keadaan ini menimbul kerumitan kepada ibu bapanya untuk menjaga dan mendidiknya .

 Kelakuan yang biasa diperlihatkan di dalan keadaan ini boleh dibahagian .

(1)  kekurangan tumpuan perhatian

 Kanak -kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah -olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap denganya tergolong sebagai kanak -kanak yang lemah kuasa pemunpuan perhatiannya . Dia selalu tidak menghabiskan apa -apa tugas yang hendak dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lamanya seperti kanak -kanak lain . 

(2)Mengikut Dorongan Hati ( Impulsif )

Dia tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah telah melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dia akan dengan cepatnya berubah pada membuat sesuatu yang lain . Ibu bapa dan guru -guru mendapati sukar mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .

(3)Berkelakuan Terlalu Aktif

Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .

Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .

Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .

Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa .

Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal -profesyenal yang terlatih .

Cara - cara rawatan

(1)Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kalarawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .

(2)Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) ; lebih berkesan , tetapi cara -caranya.Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik ini perlu diikuti selalu .

 

(3)Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach ) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini ; dan sebaliknya melebihkan kemampuan merekamenumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka.

Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .

Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan -bahan pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan .

 Masa hadapan

 Dari penyelidikan yang telah dijalankan , didapati ramai kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif ini akan kurang berkelakuan sedemikian bila usia mereka meningkat . Bagaimanapun sifat kurang yakin kepada diri sendiri , sifat mudah gentar dan resah mungkin akan ada pada mereka yang pada masa mudanya berkelakuan hiperaktif ini .

Kesimpulan

Kanak -kanak yang mengalami sindrom hiperaktif menunjukkan tiga cara kelakuan yang akan membawa masalah pembelajaran . Dengan itu rawatan perlu dimulakan seawal -awal yang boleh . Bagaimanapun , kelakuan ini biasanya berkurangan apabila mereka dewasa .

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1268
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week35602
mod_vvisit_counterLast week39898
mod_vvisit_counterThis month98314
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131483

Your IP: 38.107.179.227
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com