MENCEGAH KEMALANGAN DI KALANGAN KANAK - KANAK
Kebanyakan kemalangan yang dialami oleh kanak -kanak pada semua peringkat umur berlaku di kawasan rumah mereka sendiri . Hakikat ini perlu disedari oleh para ibu bapa supaya mereka dapat mengambil langkah -langkah yang wajar untuk memastikan yang kawasan rumah mereka lebih selamat untuk anak -anak mereka itu .
Kemalangan yang biasa berlaku yang menyebabkan kanak -kanak dimasukan di hospital untuk dirawat adalah apabila anak itu termakan benda beracun , terjatuh atau tersiram air dan minyak panas , tenggelam atau terlanggar automobil .
Bentuk kemalangan yang dialami oleh tahap perkembangannya . Seseorang bayi lingkungan umur kurang dari tiga bulan yang masih belum boleh meniarap dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak biasa jatuh , terbakar , memakan racun atau tersekat saluran pernafasnnya oleh biji kacang . Ini memang mudah difahami kerana bayi itu tidak berupaya bergerak ke tempat yang merbahaya dan tidak boleh menggunakan tangannya untuk mengambil sesuatu benda . Dari itu kemalangan serupa yang disebutkan ini tenyulah sering berpunca dari kelalaian penjaga atau keadaan persekitaran yang sangat merbahaya. Adakalanya bayi menemui ajal tanpa diketahui puncannya . Keadaan ini dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ' Cot Death ' dan ini merupakan satu punca kematian bayi yang utama di Eropah tetapi tidak selalu dilaporkan di negara ini .
Bayi yang berumur tujuh bulan , bayi sudah mula duduk dan merangkak . Dia sudah boleh memang benda di kedua belah tapak tangannya dan lazimnya benda -benda yang ada padanya itu dimasukan ke dalam mulutnya . ini adalah kelakuan yang biasa pada usia ini . Jika diberikan biji kacang atau benda yang serupa bentuknya kepadanya ia mungkin membawa akibat yang tidak diingini . Pada umur ini juga mendapat perhatian penjaga dengan lebih agar dia tidak merangkak ke tempat yang merbahaya seperti ke kolam renang atau ke sudut di mana api bernyala .
Bayi yang berusia satu tahun ke atas sudah boleh berdiri dan memang ujud sifat suka meneroka keadaan baru serta menarik -narik apa sahaja benda yang dilihatnya . Dia perlu dilindungi dari kemalangan seperti jtuh , terbakar , terkena air panas , termakan racun dan tenggelam . Dia mestilah dicegah dari memasuki kawasan dapur pada masa ibu sedang memasak . Benda - benda seperti racun mestilah disimpan di tempat yang tinggi . Di waktu berada dijalan raya atau di tepi kolam renang dia perlu diperhatikan supaya kemalangan dapat dicegah . Kemalangan yang perlu dilindungi juga adalah seperti dari kejutan elektrik atau tertimpa perabot berat yang dipanjat atau ditariknya itu .
Kanak - kanak dari lingkungan dua hingga lima tahun pula memang asyik dengan permainan mereka dan tidak menghiraukan bahaya yang mungkin ada dipersekitarannya . Semestinyalah ibu bapa memastikan supaya anak mereka tidak ditimpa kemalangan di waktu berada dijalan raya , di tepi kolam air atau di kolam renang atau di kawasan yang merbahaya .
Kanak - kanak memang ada sifat ingin tahu akan benda - benda yang tidak pernah dilihatnya . Mereka akan asyik memeriksa , mencuba - cuba benda itu sehingga puas hati . Benda - benda yang merbahaya seperti pisau , pistol , alat tukang dan alat elektrik mestilah diawasi dengan baik untuk mengelakkan dari berlakunya kemalangan .
Kebanyakkan kemalangan ini boleh dicegah di kawasan rumah jika ibu bapa faham akan pertalian di antara perkembangan kanak - kanak dengan jenis kemalangan yang berlaku . Apabila kanak - kanak berada di Tadika pula kemalangan boleh dicegah jika para penganjur Tadika juga mengambil langkah - langkah yang sewajarnya .
Di dalam lingkungan umur persekolahan pula , pergaulan di antara kanak - kanak lebih pesat . Sifat seseorang kanak - kanak suka menunjuk - nunjuk kebolehannya kepada kawan - kawannya . Adakala mereka akan mencabar satu sama lain untuk membuat sesuatu seperti memanjat pokok yang tinggi , berenang didalam kolam air atau menaiki basikal di kawasan yang merbahaya .
Berbagai - bagai keadaan boleh menjadi bahan cabaran mreka . Ibu bapa perlulah mendidik anak - anak mereka supaya mempunyai tanggungjawab dan perasaan yang munasabah agar anak - anak mereka itu tidak akan membuat sesuatu yang diluar keupayaan mereka . Didikan ini haruslah diambil kira supaya sifat meneroka kanak - kanak tidak dilemahkan dengan cara didikan yang negetif yang boleh melemahkan pula pembentukkan personaliti mereka .
Mengapa kemalangan lebih terdapat di kalangan kanak - kanak tertentu ? Soalan ini biasa ditanya oleh ibu bapa dan adalah menjadi sati kontroversi . Boleh kita anggapkan yang semua kanak - kanak boleh mengalami kemalangan jika penjaga mereka kurang berpengalaman dan persekitarannya penuh dengan benda - benda yang merbahaya . Kanak - kanak yang sangat aktif dan kurang menerima perhatian dari ibu bapanya memang mempunyai risiko lebih tinggi untuk ditimpa kemalangan . Perhatian yang dapat di beri oleh ibu bapa biasanya kurang jika ibu bapa mengalami masalah kewangan , masalah kelamin atau kesusahan seperti seseorang di dalam keluarga ditimpa penyakit .
Kanak - kanak yang sifatnya memang pendiam , kurang aktif , lebih suka duduk membaca buku dan datang dari golongan keluarga yang rapat pertalian di antara satu dengan lain memang jarang ditimpa kemalangan.
Bimbingan
Untuk memahami bagaimana hendak mencegah dari berlakunya kemalangan , tiga faktor mesti diambil kira .
1 ) Faktor hos ( iaitu kanak - kanak sendiri )
2 ) Faktor agen ( iaitu benda yang beracun , api , pisau dan lain - lain )
3 ) Faktor persekitaran .
Faktor hos tidak boleh diubah . Ibu bapa mesti memahami kebolehan bayi atau kanak - kanak kerana ini akan menentukan jenis kemalangan yang akan berlaku .
Faktor agen boleh dikawal . Benda - benda yang beracun , senjata - senjata , alat - alat yang merbahaya boleh disimpan ditempat yang tidak boleh diambil oleh kanak - kanak .
Faktor persekitaran boleh diubahsuaikan . Kalau bayi dibawa naik kereta , tali kelendar dipasangkan dan pintu dikunci dengan ' child lock ' . Mestilah juga ditentukan tidak ada benda yang merbahaya seperti api atau kolam renang yang terdedah . Bayi mestilah diletakkan didalam tempat tidur atau tempat permainan yang selamat . Jalanraya adalah tidak selamat untuk kanak - kanak di bawah usia tujuh tahun . Mereka tidak patut dibiarkan berjalan atau berbasikal tampa perhatian dari orang dewasa . Disiplin dijalan raya mesti disemaikan sebelum mereka boleh dibiarkan bersendirian .
Kesimpulan
Berbagai - bagai kemalangan boleh berlaku kepada kanak - kanak . Jika faktor - faktor yang boleh mendatangkan kemalangan difahami dan langkah - langkah yang sewajarnya diambil , kebanyakkan kemalangan di kalangan kanak - kanak boleh dicegah .



















