Perasan Anak Sakit

E-mailPrintPDF

 MEMAHAMI PERASAAN KANAK - KANAK YANG SAKIT

Semua ibu bapa yang telah menjaga kanak - kanak di waktu mereka sakit boleh faham bagaimana sukarnya kadangkala hendak memberi ubat kepada anak - anak meraka . Ubat - ubat yang dibekalkan oleh para doktor selalunya tidak habis diberi atau tidak diberi langsung . Di antara sebab - sebab yang dikemukakan oleh ibu bapa ialah kanak - kanak mereka tidak mahu mengambilnya kecuali kalau terpaksa . Adakalanya apabila dipaksa ubat - ubat itu dimuntahkan keluar .

Kanak - kanak yang sakit tidak mahu dipisahkan daripada ibu ataupun bapanya . Apabila dibawa ke hospital ibu bapa mendapatinya sulit untuk mententeramkan anak mereka . Setiap bayi dan kanak - kanak berbeza cara dia menyesuaikan dirinya dengan keadaan dihospital walaupun secara amnya dapat kita mengagak kelakuannya atau ragamnya jika dipandang dari umur seseorang kanak - kanak itu .

 Sesuatu prosedur yang hendak dijalankan ke atas kanak - kanak seperti pengambilan darah untuk diuji atau pengambilan X-ray selalunya ditentang oleh kanak - kanak dengan sekuat - kuatnya . Walaupun ditegaskan oleh para doktor atau jururawat bahawa ubat - ubat yang diberi adalah untuk memulihkan penyakitnya ramai kanak - kanak yang menentangnya seolah - olah tidak memahami apa yang diperkatakan itu .

Banyak penyelidikan dijalankan untuk memahami cara seseorang kanak - kaanak itu mengamati akan fungsi tubuh badannya dan bagaimana kesihatannya boleh tergugat . Kebanyakkan kanak - kanak dalam lingkungan umur 4 - 7 tahun selalu mengaitkan penyakit mereka dengan sesuatu keadaan ' magic' atau sihir. Ada pula yang memikirkan bahawa penyakit mereka itu berpunca akibat sesuatu kesalahan yang dilakukannya ; penyakit yang dialaminya itu dipandang sebagai sesuatu pembalasan . Ini mungkin tidak menghairankan kerana ibu bapa sendiri selalu memberi amaran kepada kanak - kanak mereka umpamanya , 'Jangan panjat pokok nanti jatuh '. Memang sewajarnyalah kanak - kanak dalam lingkungan empat hingga tujuh tahun yang cedera apabila terjatuh dari pokok mengaitkan kemalanagan yang dialaminya itu dengan keengganannya mengikut perintah ibu bapanya . Kemalangan itu adalah sejenis pembalasan kepadanya .

Rawatan yang diterimanya seperti rawatan untuk membetulkan tulangnya yang patah atau suntuikkan untuk mencegah penyakit kancing gigi , semuanya pada fikiran seseorang kanak - kanak merupakan denda . Dia selalu berasa curiga , takut dan selalu menentang apa - apa prosedur yang akan dijalankan ke atasnya .    

Kanak - kanak dalam lingkungan umur tujuh hingga sepuluh tahun sukar memahami tentang penyakit kronik seperti leukemia . Adalah sukar baginya memahami bahawa suntikan yang selalu diberi kepadanya atau pengambilan darahdari dalam tulang pelviknya , semuanya ini mempunyai matlamat untuk membetulkan keadaan darahnya yang tidak normal . Kanak - kanak yang berumur belasan tahun sahaja yang selalu dapat meluahkan perasaan yang lebih matang seperti khuatir akan diri mereka sama ada mereka akan mati . Kanak - kanak yang sudah mencapai kematangan fikiran pada tahap ini akan lebih senang menerima apa - apa prosedur yang akan dilakukan ke atasnya dan juga rawatan - rawatan yang akan diberikan kepadanya .

Firma - firma yang membuat ubat ingin mendapatkan ubat - ubat yang sedap rasanya kerana memang diketahui bahawa kanak - kanak sakit tidak suka memakan ubat yang pahit atau tidak sedap rasanya . Kanak - kanak dibawah umur sepuluh tahun selalu tidak dapat memahami bahawa ubat - ubat yang tidak sedap rasanya itu boleh menyembuhkan penyakit mereka .

Penyelidikan tentang pemikiran kanak - kanak yang mengalami penyakit ' rheumatoid arthritis ' iaitu sejenis penyakit sendi - sendi yang bengkak menunjukkan bahawa kebanyakkan kanak - kanak dalam lingkungan umur kurang daripada sebelas tahun tidak boleh memahami bagaimana ubat - ubat yang dimakannya boleh mengurangkan sakit atau bengkak di sendi - sendi .

Kanak - kanak kecil tidak faham mengapa darah mesti diambil , punggungnya dicucuk dengan jarum , hidung atau mulutnya dimasukkan tiub atau air tulang belakangnya diambil dengan prosidur yang dipanggil ' lumbar puncture ' . Dia sukar memahami bagaimana ini boleh mengurangkan panyakit yang dialaminya . Mereka berfikir doktor - doktor selalu menyakitkan atau mencederakan mereka .Seorang kanak - kanank berumur empat tahun yang dibawa berjumpa saya serta - merta menanggis dengan sekuat hatinya apabila melihat saya . Ibunya menerangkan yang dia selalu menghidap penyakit ' meningitis ' semasa berusia dua tahun di mana berbagai prosidur dilakukan ke atasnya . Persepsinya yang negetif terhadap doktor - doktor dapat diubah dengan pujukan dan interaksi mesra dengannya walaupun memakan masa . 

Kesulitan mengajar kanak-kanak konsep-konsep penyakit dan cara-cara merawatnya adalah bersangkut-paut dengan kekurangan kematangan kognitifnya, cara didikan yang diterima dirumah atau disekolah dan juga pengalaman yang dialaminya.  Kekurangan kematangan kognitif merupakan faktor yang lebih penting sekali pada pandangan saya.  Seseorang kanak-kanak yang berumur dibawah tujuh tahun biasanya sukar memahami apa-apa penjelasan yang diberi kepadanya pleh para doktor untuk menerangkan jenis penyakit yang dihidapi mereka.  Kebanyakan kanak-kanak dalam lingkungan umur tujuh hingga sepuluh tahun lebih mudah memahami konsep-konsep penyakit jika dikaitkan dengan pengalamannya setiap hari, umpamanya, jika tubuh badannya disamakan seperti sebuah kereta.  Kanak-kanak perlu makan untuk mendapatkan tenaga untuk menjalankan aktiviti-akitiviti harian.  Sama juga seperti kereta yang memerlukan minyak untuk bergerak.  Seseorang kanak-kanak yang mengalami penyakit kencing manis dalam lingkungan umur ini mudah memahami bahawa jika dia melakukan aktiviti jasmani dengan berlebihan dia akan lemah tanpa mendapat makanan yang berlebihan, sama seperti kereta yang memerlukan bekalan minyak yang lebih jika hendak berjalan jauh.

Jika ibu bapa hendak mengajar anak - anak mereka yang berumur kurang daripada tujuh tahun , adalah disarankan supaya mereka hanya membina pengamatan atau persepsi kanak - kanak terhadap hospital sebagai satu tempat untuk menyembuhkan orang yang sakit dan menerangkan peranan pekerja - pekerja seperti doktor , jururawat dan kakitangan yang lain sebagai satu kumpulan kakitangan yang berusaha untuk menolong pesakit - pesakit dalam semua lingkungan umur supaya punca  penyakit - penyakit mereka dapat ditentukan dan rawatan yang sesuai dapat diberikan . Menakut - nakutkan kanak - kanak dengan cerita - cerita yang membayangkan kekerasan atau kekejaman doktor - doktor adalah tidak positif dan tidak membina

Kesimpulan

Keupayaan seseorang kanak - kanak itu memahami bagaimana tubuh badannya berfungsi , punca - punca penyakit yang dialaminya dan bagaimana penyakit - penyakit boleh dicegah dan dirawat , semuanya berkembang dengan sistematik .

Tiada berkesan jika ibu bapa cuba menerangkan sebab - sebab penyakit leukemia berlaku pada kanak - kanak mereka pada usia kurang daripada lima tahun kerana kanak - kanak pada usia ini masih belum faham pertalian diantara fungsi - fungsi organ didalam tubuh badannya . Dalam usia tujuh hingga sebelas tahun pun mereka belum cukup pengetahuan dalam hal ini . Biasanya konsep ini hanya dapat difahami pada peringkat remaja .

Cara - cara seseorang itu berhubung dengan seseorang pesakitmestilah diubahsuaikan berdasarkan umur dan kematangan pemikiran kanak - kanak itu jika bekerjasama yang lebih ingin dicapai di dalam proses ingin menentukan penyakit kanak - kanak serta menjalankan rawatan keatasnya . Para ibu bapa boleh membantu dalam tujuan ini dengan membina pengamatan atau persepsi anak - anak mereka tentang rumah sakit dan para doktor , jururawat serta pekerja - pekerja yang bertugas di dalamnya dengan positif untuk mengurangkan perasaan takut dan kepercayaan yang negetif terhadap hospital dan para kakitangannya .

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1291
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week35625
mod_vvisit_counterLast week39898
mod_vvisit_counterThis month98337
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131506

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com