Cara Membela Anak

E-mailPrintPDF

CARA MEMBELA ANAK

Cara seseorang ibu atau bapa membela anak ( parenting ) selalu menjadi topik yang sangat diperbincangkan oleh para  cerdik - pandai dalam bidang psikologi , sosiologi , antropologi , perubatan dan lain - lain lagi . Sudah tentulah definasi ' parenting ' berbeza diantara pakar - pakar . Kebanyakkan anggapan tentang kebapaan atau ' fathering ' menyatakan yang seseorang ayah itu hanya berfungsi untuk mendapatkan anak , dan melindunginya sementara keibuan atau ' mothering ' difikirkan sebagai membelai anak , memberikan keperluan seperti menyusu , membersihkan dan mengikut pertalian emosi .

Konsep yang dikemuka oleh Rutter , seorang pakar psikologi , meliputi empat komponen . Pertama ialah mengadakan pertalian emosi dan perhubungan di antara ibu bapa dengan anak - anak , menyediakan tempat untuk seseorang anak itu berlindung jika dalam dia menerokai sesuatu keadaan itu dia menghadapi kecederaan fizikal atau emosi , mengadakan contoh - contoh kelakuan dan sikap yang boleh dilihat dan diserap oleh anak - anak . Keempat ialah memberi kesempatan bagi anak -anak menjalinkan perhubungan dengan ibu bapa mereka .

Konsep yang dikemukakan oleh Rutter ini sangat menarik kerana ia meliputi berbagai komponen . Pertalian emosi yang berkembang diantara ibu bapa dengan anak - anak sudah tentulah akan berubah dari masa ke masa memandangkan keadaan sosio - ekonomi , kesihatan , perubatan kepada pertalian di antara ibu dan bapa dan juga pada krisis yang akan timbul . Umpamanya , jika seseorang anak itu jatuh sakit , atau ditimpa kemalangan yang menyebabkan kecacatan atau kematian ini juga mengubah daya ' parenting ' yang dipertunjukkan .

Pembentukkan personaliti seseorang anak itu bermula dari peringkat bayi lagi . Ibu bapa adalah individu - individu yang terdekat sekali yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat kerana melalui kelakuan , sikap , kepercayaan serta nilai - nilai hidup mereka anak - anak mereka itu akan banyak menyerap ciri - ciri ini . Pengalaman - pengalaman yang dialami oleh anak itu sama ada cara berseorangan atau dengan keluarganya akan mempengaruhi cara dia menunjukkan gerak balas apabila menghadapi sesuatu krisis atau keadaan .

Satu contoh yang boleh diambil ialah kisah seorang wanita yang baru kahwin yang datangnya dari keluarga yang sangat mesra . Banyak ciri - ciri personaliti yang telah diserapkannya dari ibu dan bapanya . Kedua pasangan baru ini sudah bersedia untuk memulakan keluarga dan menantikan ketibaan anak pertama . Malangnya, mereka telah mendapat seorang bayi yang sumbing atau mempunyai ' Cleft Lip ' . Kejadian ini tidak sekali -kali diduga akan berlaku . Walaupun dia ini mempunyai latar belakang yang mesra , perasaan mesra terhadap bayinya tidak dapat wujud pada waktu itu . Sebaliknya dia asyik memikirkan nasibnya yang malang . Dia mungkin berfikir yang itu semua adalah satu balasan terhadapnya kerana sesuatu kesalahan yang telah dilakukannya . Dengan itu dia perlu mendapat bimbingan doktor untuk menerangkan sebab - sebab keadaan itu berlaku , cara - cara untuk membetulkan kecacatan itu ,masalah - masalah yang mungkin timbul dalam jagaan anak itu setiap hari dari masa hadapan anak itu .

Bayangkan pula seseorang ibu yang melahirkan seseorang ' bayi biru ' akibat gangguan kepada sistem jantung . Perasaan cemas bercampur sedih tidak terkira sebab pada masa itu perasaannya terhadap bayinya mungkin gelap . Ada pula ibu - ibu yang mengalami keadaan begini langsung tidak berupaya hendak melihat anak mereka . Seorang ibu yang melahirkan bayi yang sangat prematur tidak bersedia untuk membelai bayi yang sangat kecil dan lembut . Dia tidak berlatih dalam jagaan bayi prematur . Bayinya terpaksa dirawat di wad rawatan bayi khas dimana berbagai - bagai alat teknologi untuk mengawasi tekanan darah , suhu badan , rentak jantung dan pernafasannya dapat digunakan . Ibu yang melihat bayinya dalam ' Incubator ' berkeadaan demikian mudah hilang perasaan keyakinan pada dirinya untuk membela bayinya sendiri . Apabila bayi yang kecil itu sudah sedia untuk dihantar pulang ibu itu memerlukan masa untuk mendapat kembali keyakinan dirinya untuk membela bayinya yang sangat kecil itu .

Keadaan - keadaan seperti ini semuanya merupakan krisis - krisis yang merosakkan proses pertalian atau 'Bonding ' diantara seorang ibu dengan bayinya . Ramai pakar kanak - kanak dan ahli psikologi mengaitkan kerosakan proses ' Bonding ' dengan kes - kes ' Child Abuse ' atau keganasan terhadap anak , bayi yang kurang subur dan juga kanak - kanak yang mengalami masalah kelakuan .

Kehidupan dikampung membolehkan seseorang ibu yang baru melahirkan anak itu mendapat bantuan dan bimbingan sama ada dalam bentuk galakan emosi , Atau pun bantuan untuk menjaga bayi . Tetapi keadaan berbeza di bandar kerana di bandar struktur keluarga merupakan struktur nuklear . Itulah sebabnya ibu - ibu ini tidak mudah mendapat kemudahan - kemudahan seperti yang terdapat dikampung - kampung . Oleh itu ramai ibu - ibu di bandar pulang ke rumah ibu bapa sendiri di waktu pantang .

Proses 'parenting ' berubah corak dari masa ke satu masa . Ia adalah satu proses dinamis yang semestinya dipengaruhi oleh pertalian di antara suami isteri . Kanak - kanak akan measa perubahan di antara perhubungan mereka dengan ibu mereka setelah ibu ditinggalkan atau diceraikan oleh ayah mereka . Keluarga yang mengalami krisis kewangan atau krisis di mana seorang daripada mereka ditimpa penyakit yang berpanjangan juga akan mendapati corak ' parenting ' atau keibubapaan itu berubah .

Cara sepasang ibu bapa itu membela anak yang cacat sudah tentulah berbeza . Ramai ibu bapa membiarkan anak mereka yang cacat fizikal seperti yang mengalami keadaan ' Cerebral Palsy ' bersendirian sepanjang masa melainkan pada waktu makan , minum , mandi dan menyalin pakaian .Cara ibu bapa berinteraksi dengan anak - anak yang cacat dipengaruhi juga dengan kebolehan anak mereka itu membalas rangsangan yang di wujudkan oleh ibu bapa dan persekitarannya . Kebanyakkan ibu bapa tidak akan bercakap dengan anak - anak mereka yang pekak kerana jarang mendapat tindak - balas . Peranan doktor - doktor dan jurupulih - jurupulih dalam mengendalikan pemulihan bagi kanak - kanak yang cacat semestinyalah merangkumi galakan dan tunjuk - ajar kepada ibu bapa tentang cara - cara yang sesuai untuk melatih anak - anak mereka yang cacat . Kanak - kanak yang pekak perlu melihat pergerakan bibir ibu bapa mereka supaya dapat memahami dan mengaitkan perkataan - perkataan yang digunakan dengan benda - benda yang berkaitan . Dari air muka dan isyarat yang di tunjukkan dia akan cuba memahami kehendak orang lain .

Kanak - kanak yang buta jarang - jarang ketawa kerana tidak pernah melihat ibunya ketawa lalu tidak memberi kepuasan kepada ibu atau bapa yang merangsangnya . Cara keibubapaan atau ' parenting ' yang sesuai , seperti menunjukkan kepada ibu bapa cara - cara untuk berinteraksi dengan anak - anak tersebut dan mengenali kebolehan - kebolehan mereka boleh ditunjukkan supaya perkembangan kanak -kanak buta boleh berterusan dengan optimumnya .

Kanak - kanak yang terlalu cergas ( hyperactive syndrome ) dan menunjukkan kelakuan yang aneh memerlukan pengubahsuaian kelakuan ( behavioural modification) . Ini memerlukan ibu bapa itu mengubahsuaikan cara ' parenting ' yang telah digunakan mereka sebelum rancangan pemulihan dimulakan.

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1300
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week35634
mod_vvisit_counterLast week39898
mod_vvisit_counterThis month98346
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131515

Your IP: 38.107.179.229
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com