Tangisan Bayi Kembung

E-mailPrintPDF

TANGISAN BAYI KEMBUNG

Bayi akan menangis apabila dia berasa kurang selesa atau apanila dia mahukan sesuatu. Dia akan menangis jika terasa sejuk, panas, letih, lapar, haus, sakit atau inginkan belaian ibu bapa. Tetapi, ada bayi yang menangis keterlaluan. Kanak-kanak mempamerkan reaksi yang berbeza-beza apabila berhadapan dengan keadaan yang menyebabkan mereka menangis. Ada yang menangis terlalu lama dan kuat bunyinya apabila terjatuh tetapi ada yang tahan lasak dan akan bangun semula untuk meneruskan aktivitinya. Kanak-kanak berbeza dari segi apa yang dikatakan temperament atau karenah. Ada yang sering sangat menangis begitu lama dengan suara lantang sehingga membingitkan telinga orang yang mendengar. Ada pula bayi yang kurang sekali menangis, seolah-olah sentiasa berasa selesa. Ada bayi yang mudah dipujuk dan ada juga yang sukar didiamkan walaupun tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit.

 Biasa ditemui keadaan dimana seseorang bayi itu kerap sangat menangis berpanjangan dengan suara yang lantang. Keadaan ini selalunya bermula ketika bayi berusia dua minggu dan akan berterusan sehingga dia berusia tiga bulan.  Dalam istilah Inggeris, keadaan ini disebut sebagai three months colic, evening colic atau infantile colic. Istilah tempatan yang popular ialah tangis kembung.  Keadaan ini boleh digambarkan melalui satu contoh kes yang pernah ditemui diklinik.

KES :  

Seorang ibu telah membawa bayinya , Kushairi yang berusia 1 1/2 bulan keklinik kerana kerap sangat menangis. Kushairi dilahirkan cukup bulan denganberat badan 3 1/2 kg. Ibunya tidak mengalami apa -apa masalah baik sewaktu hamil,  semasa malahirkan mahupun selepas itu. Kushairi lahir dalam keadaan sihat dan terusdiberikan susu badan. Menjelang usianya tiga minggu , Kushairi didapati kerap menangisdengan suara lantang sehingga ada masanya berjam -jam lamanya. Dia tidak mudahdi pujuk dan lazimnya akan tidur selepas menangis di waktu petang. Kadangkala , diaterjaga pada waktu malam dan terus menangis berjam -jam sehingga hampir waktu subuh.

Apabila dia bangun dari tidur , keadaannya kembali seperti biasa ; sihat dan aktif.Kushairi sememangnya seorang bayi yang sihat ; berat badannya meningkat dengan memuaskandan dia tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit dalam usus kerana setiap kali menangis,dia kelihatan seolah -olah kesakitan. Tangisannya sungguh lantang. Dia mengangkatkan lututnyadan kadangkala melepaskan kentut. Ibu Kushairi seorang suri rumah. Wajahnya kelihatan  cengkung sedikit seolah -olah tidak cukup tidur dan kelihatan gelisah semasa berada di klinik.

  Kushairi anaknya yang pertama dan dia mengadu keletihan menjaga Kushairi kerana tidakmendapat tidur yang cukup. 

Kes seperti yang dialami oleh Kushairi ini sering ditemui. Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah atau saudara mara terdekat, Keadaan boleh menjadi bertambah sulit terutamannya jika bayi menangis berjam-jam lamanya hampir setiap hari sehingga larut malam. Ibu bapa akan berasa letih sehingga boleh menimbulkan ketegangan jiwa.  Ini pula boleh menggangu prestasi mereka dipejabat, Jika mereka bekerja.  Semakin cemas  perasaan  yang dialami, semakin sukar biasanya untuk mententeramkan anak itu. Mujurlah keadaan ini tidak berpanjangan dan  biasanya  akan reda apabila usia bayi meningkat tiga bulan. 

Dari kes yang digambarkan diatas, dapatlah dicamkan tangisan bayi kembung atau three months colic yang lazim berlaku dikalangan bayi. Keadaan ini dialami oleh sebilangan besar bayi dan lazimnya bermula apabila usia bayi meningkat dua atau tiga minggu.  Keadaan ini berlanjutan sehingga usia bayi meningkat tiga bulan sebelum ia reda dengan sendirinya. Keadaan bayi tetap sihat dan berat badannya meningakat dengan memuaskan. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah keadaan-keadaan seperti sakit telinga (serious otitis media), penyakit usus dengan cirit, penyakit hernia tersangkut (strangulated hernia) dan sebagainya yang harus dielakkan.  Walaupun penyakit-penyakit ini biasanya amat jarang berlaku, Tetapi ibu bapa perlulah sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jika ibu bapa  kurang pasti sama ada bayi mereka menghadapi tangis kembung atau tidak, dapatkanlah nasihat doktor agar penyakit-penyakit yang mungkin memerlukan rawatan segera dapat dielakkan.

Punca berlakunya tangis kembung

Berbaga-bagai sebab telah dikemukakan oleh pakar perubatan dan ahli sains untuk  menerangkan keadaan ini tetapi belum ada lagi penjelasan yang memuaskan. Pendek kata, sebab-sebab berlaku tangis kembung belum lagi ketahui. Pendapat yang mengatakan bahawa tangisan bayi kembung disebabkan oleh sakit perut sukar di buktikan. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa bayi menangis kerana terlalu banyak angin didalam ususnya.  Ini juga dibuktikan tidak benar melalui penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan. Masalah tangis kembung lebih sering dialami oleh ibu bapa yang kurang berpengalaman menjaga anak. Perasaan mereka semakin berkecamuk apabila sianak kerap menangis. Seringkali apabila ibu bapa diyakinkan bahawa bayi mereka memang sihat dan tidak menghidap apa-apa penyakit, mereka menjadi lebih tenang dan bayi mereka juga akan kurang menangis

 

 

 

Pemeriksaan ke atas bayi yang sering menangis

 

 

Untuk menilai seorang bayi yang terlalu kerap menangis, tidaklah memadai dengan mendapatkan riwayat terperinci tentang punca-punca atau faktor-faktor yang boleh dikaitkan degan tangisan bayi itu semata-mata. Pemeriksaan fizikal juga perlu dilakukan untuk  memastikan bayi berada dalam keadaan sihat. Sesetengah ibu bapa menganggap biasa sahaja tangisan bayi mereka yang dirasakan keterlaluan oleh orang lain. Perkara ini tidak merupakan masalah kepada mereka. Ada sesetengah bapa yang tidak suka mendengar tangisan anak mereka. Mereka mudah berasa cemas dan menjauhkan diri dari anak itu. Dengan ini, mereka tidak membantu isteri untuk mententeramkan bayi itu. Sebaliknya, ada pula sesetengah bapa yang tidak beras terganggu dengan karenah bayi mereka. Mereka sebaliknya sentiasa bersabar dan cuba seberapa daya mententeramka bayi mereka.

Seseorang ibu yang kurang cekap atau kurang berpengalaman mengagihkan masa dan tenaganya untuk melaksanakan tugas sebagai suri rumah tangga akan cepat berasa letih dan menyebabkan dia mudah naik darah dan hilang kesabaran. Jika dia juga bekerja dan kurang cekap di pejabat kerana sering keletihan , dia mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan cemas. Ini boleh menyebabkan bayinya lebih lantang dan kerap menangis. Keadaan boleh menjadi lebih buruk lagi jika si ibu sendiri tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan karenah bayinya itu. Jika dia sendiri mudah panas hati atau kurang sihat , keadaan akan menjadi bertambah -tambah buruk lagi.

Jika suami isteri mempunyai hubungan yang baik sesama mereka dan saling mengamalkan sikap bertimbang rasa serta mendapat sokongan dari pihak mertua , saudara mara atau pembantu rumah , ini sedikit sebanyak boleh menolong meredakan keadaan. Tetapi , cuba bayangkan keadaan di mana si bayi yang kuat menangis mempunyai ibu yang mudah naik darah , kurang cekap di rumah dan di pejabat , kurang berpengalaman menjaga bayi serta bapa yang kurang bertimbang rasa dan sering tiada di rumah dan sebagainya. Keadaan ini sudah tentu akan mudah menimbulkan ketegangan dan boleh menyebabkan si ibu tidak dapat mengawal perasaan. Nasihat doktor dan bantuan daripada orang lain penting bagi meredakan keadaan.

Apakah  cara -cara untuk mengatasi keadaan ini ?

Bayi menangis kerana kurang selesa atau inginkan sesuatu. Punca -punca tangisan seperti lapar susu , kesejukan , kehangatan atau keletihan mudah dikenal pasti kerana bayi akan berhenti menangis apabila kehendaknya ditunaikan. Adakalanya , bayi menangis walaupun setelah kehendaknya ditunaikan . Adakalanya , bayi menangis walaupun setelah kehendaknya ditunaikan. Bayi juga akan menangis apabila terasa sakit di bahagian telinga atau mata , gatal -gatal , sakit di bahagian usus , luka di bahagian dubur , sakit pada buah zakar , penyakit lembam lapisan otak ( meningtis ) , sakit dan bengkak sendi -sendi , sakit dalam mulut , hidung tersumbat dan sebagainya. Jika anda mengesyaki bahawa tangisan bayi anda mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit , segeralah dapatkan nasihat doktor untuk memastikan sama ada anak anda sihat atau sebaliknya.

Memberi bayi puting , membelai dan menepuk -nepuknya sambil mengucapkan kata -kata yang lembut boleh meredakan keadaan. Bayi gemar dibaringkan sama ada didalam buaian atau di atas riba ibu sambil dihenjut -henjutkan. Bayi juga suka didokong. Dia dapat merasakan kelembutan , kehangatan badan serta degupan jantung si ibu.  Dalam posisi ini, bayi kadangkala boleh tidur dengan nyenyak-nya. Kadangkala, jika tangisan bayi tidak juga reda walaupun setelah bermacam-macam perkara dilakukan untuk memujuknya, biarkanlah sahaja dia beberapa ketka. Sesetengah ibu menyatakan bahawa bayi mereka akan berhenti menangis dan tidur nyenyak apabila dibawa bersiar-siar didalam kereta.  Bayi yang banyak tidur pada waktu siang hari dan berjaga serta menangis pada malam hari boleh diubah waktu tidurnya.  Jika dia dibiarkan tidur selama tiga jam pada waktu siang, kemudian dikejutkan untuk diberikan susu, dimandikan atau dilayani, kemungkinan tidurnya akan lebih nyenyak dimalam hari.

 

Ibu yang sentiasa tenang, mendapar sokongan dari suami, pembantu rumah, ibu bapa atau saudara mara terdekat akan dapat menghadapi masalah bayi kerap menangis ini dengan lebih positif. Adakalanya, siibu mungkin keletihan kerana terlalu kerap berjaga pada waktu malam.  Dengan keadaan ini, dia perlukan waktu untuk berehat dan tidur secukupnya supaya mendapat tenaga kembali untuk menjaga bayi dengan perasaan yang lebih positif. Ingatlah bahawa perasaan letih, marah dan ketegangan jiwa hanya akan menambahkan masalah dan perlulah dikawal.

Adakalanya, keadaan menjadi sungguh genting dan tegang terutama bagi pasangan ibu bapa yang tidak mendapat sokongan daripada orang lain.  Doktor mungkin boleh menyarankan ubat-ubat tertentu untuk meredakan keadaan jika difikirkan perlu. Ubat tidur boleh membawa kesan sampingan yang berbahaya pada bayi. Oleh itu, ibu bapa tidak digalakkan memberi ubat kepada bayi mereka tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tangisan bayi kembung tidak akan berterusan selama-lamanya dan lazimnya akan berhenti apabila usia bayi meningkat tiga bulan.  Oleh itu, hadapilah keadaan ini dengan sabar dan yakin.

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1346
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week35680
mod_vvisit_counterLast week39898
mod_vvisit_counterThis month98392
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131561

Your IP: 38.107.179.229
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com