MASA DEPAN BAYI-BAYI YANG DI LAHIRKAN RINGAN
Mengikut takrif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bayi ringan adalah bayi yang mempunyai berat badan kurang daripada 2.5 kg sewaktu dilahirkan. Bayi ringan pula boleh dibahagikan kepada dua kategori mengikut usia gestasi dan timbangan berat badan, iaitu bayi prematur dan bayi dismatur.
Bayi prematur mempunyai berat badan yang normal pada usia gestasi belum cukup bulan. Bayi prematur pula mempunyai timbangan berat yang rendah bagi usia gestasinya. Walaupun bayi dismatur dilahirkan cukup bulan , tetapi dia mempunyai berat badan yang lazimnya kurang daripada 2. 5 kg. Tetapi , adakalanya seseorang bayi itu dilahirkan prematur dan dismatur sekali gus. Umpamanya , bayi yang dilahirkan prematur pada usia gestasi 32 minggu dan mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada bayi prematur lain pada usia gestasi yang sama. Bayi seperti ini juga dikatakan dismatur dan lazimnya mempunyai tanda -tanda dismatur dan lazimnya mempunyai tanda -tnda dismatur seperti kulit yang nipis dan berkopek -kopek , tubuh kurus dan wajah yang menrupai seorang tua.
Walaupun bayi prematurdan dismatur ringan pada waktu dilahirkan , tetapi masing -masing menimbulkan masalah penjagaan yang berbeza. Bayi yang terlalu prematur belum matang sistem tubuhnya untuk menyesuaikan diri di alam baru , iaitu di luar rahim ibunya. Seringkali , dia memerlukan banutuan untuk bernafas dan minum kerana dia tidak boleh menghisap dengan sendiri dan tidak tahan jika di usik dan sebagainya. Bayi dismatur pula mudah lemas dan mudah tersedut cecair mekonium ke dalam paru -parunya. Ciri -ciri bayi prematur dan dismatur telah di ulas dengan panjang lebar di dalam buku PANDUAN KESIHATAN KANAK -KANAK.
Bagaimanakah perkembangan bayi -bayi yang dilahirkan ringan ?
Bayi prematur lazimnya akan melalui proses tumbesaran dan perkembangan yang normal jika dia tidak mengalami masalah -masalah seperti kekurangan oksigen , kekurangan zat makanan , infeksi atau masalah kekuningan yang mungkin melibatkan otak perdarahan dalam otak dan sebagainya. Semakin prematur seseorang bayi , semakin tinggi yang dihadapinya untuk mendapat kompilikasi -kompilikasi ini yang boleh menggugat tumbesaran otak serta perkembangan fizikaldan mentalnya. Usaha -usaha dijalankan diwad rawatan khas bayi di hospital -hospital untuk mencegah dan merawat kompilikasi -kompilikasi ini serta memastikan supaya ia dapat dikawal bagi memelihara integriti fungsi urat saraf bayi. Bayi yang dismatur lain pula keadaannya. Sewaktu berada dalam rahim lagi , tumbesarannya sudah terjejas. Tahap pemakanannya ( nutritional level ) rendah akibat kekurangan bekalan zat makanannya. Tubuh kecil dan otaknya juga lebih ringan. Doktor yang merawatnya khuatir kalau -kalau potensi perkembangannya tergugat. Walaupun dilahirkan dengan selamat tanpa sebarang masalah , bayi tersebut masih perlu diperiksa dan dinilai dari semasa ke semasa untuk mengesan kecacatan -kecacatan fizikal yang ketara atau masalah perkembangan yang tidak ketara seperti pekak , masalah pembelajaran , masalah bahasa , sawan , kekekokan ( clumsiness ) dan lain -lain lagi yang boleh menjejaskan prestasi akademik dan kehidupan sehari - seharinya. Kanak -kanak dismatur biasanya mempunyai susuk tubuh yang kecil apabila dewasa dan ini adakalanya boleh menimbulkan masalah emosi. Sepucuk surat yang dikirimkan kepada saya oleh seorang yang menggelarkan dirinya A.M menggambarkan masalah yang dirasai oleh seorang yang bukan sahaja dilahirkan dismatur tetapi juga terbantut.
KES
Saya dilahirkan pada 16/2/64. Umur saya sekarang 25 tahun. Kata emak, sewaktu dilahirkan, doktor memberitahu bahawa saya adalah bayidismatur. Saya dijaga dirumah sahaja. Akibat penjagaan yang tidakrapi dari segi pemakanana dan lain-lain, pertumbuhan saya terbantut.Saya mempunyai lima adik-beradik (termasuk saya). Saya anak yangkedua. Keempat-empat adik-beradik saya perempuan. Mereka dilahirkandan membesar secara normal. Jumlah sebenar adik-beradik kamiadalah tujuh orang. Dua meninggal sewaktu kecil.Saya bersekolah sehingga tingkatan lima. Saya mula menyedaritubuh saya terbantut sejak dibangku sekolah rendah lagi.Tetapi,apa boleh buat sudah ditakdirkan saya dilahirkan sedemikian.Saya selalu berjumpa doktor dan menceritakan kepadanya masalahyang saya hadapi. Saya bertanya mengapa tumbesaran saya tidakseperti pemuda-pemuda yang sebaya dengan saya. Doktor hanya sekadar memberikan ubat sahaja. Saya rasa menyesal dilahirkan didunia ini :hanya menyusahkan keluarga sahaja. Rugi sahaja rasanya merekamenyekolahkan saya, memberi makan dan lain-lain tetapi saya tidakboleh membesar dengan sempurna dan menyumbangkan sesuatu sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Saya tidakbermaksud untuk memperkecil-kecil pengorbanan mereka melahir,memberi makan, menyekolahkan saya dan lain-lain tetapi sekadarmeluahkan masalah/perasaan saya kepada tuan doktor sahaja.Saya pun mempunyai perasaan dan cita-cita seperti pemuda-pemuda lain yang sebaya tetapi menyedari tubuh saya terbantut, segala-galanya hanya tiggal impian sahaja.Saya akui segala yang ada didunia ini adalah ciptaan Allah tetapibukanlah manusia mampu berusaha? Saya tidak meminta tubuhyang tampan tetapi sekadar dapat membesar dngan sempurna sahaja.Itulah sahaja impian saya. Bolehkah tuan doktor menerbitkan sebuah buku tentang penjagaan bayi yang lahir tidak cukup bulan yangmenyentuh aspek-aspek pemakanan dan lain-lain lagi dari peringkatbayi sehingga dewasa?.
Ini adalah satu contoh riwayat seorang lelaki yang dilahirkan dismatur. Masalah yang paling besar baginya ialah dia merasakan tubuhnya terlalu kecil sehinnga mewujudkan sikap negatif yang menpengaruhi pembentukan personalitinya. Perasaan kurang yakin dan rendah diri yang ada padanya sudah tentu akan mempengaruhi kehidupannya. Kebanyakkan kanak-kanak dismatur yang kecil tubuh badan mereka sukar dipercepatkan kadar tumbesaran mereka walaupun diberikan pemakanan yang sempurna. Tetapi, adakalanya dalam keadaan tertentu, ini boleh dicapai dengan menggunakan growth hormone. Walau bagaimanapun, rawatan ini hanya akan ditentukan oleh pakar kanak-kanak dan pakar endokrin (endocrinologist) yang arif tentang masalah tumbesaran dan rawatan yang menggunakan hormon tersebut.
Penilaian perkembangan bagi kanak-kanak yang dilahirkaan ringan
Penilaian dari semasa kesemasa adalah penting. Penilaian pada peringkat bayi lazimnya bertujuan untuk mengenal pasti kecacatan fizikal yang ketara. Umpamanya, doktor boleh mengenal pasti bayi spastik (iaitu bayi yang tidak boleh menggerakkan anggota badan-nya seperti bayi normal), bayi yang cacat penglihatan dan juga yang cacat pendengaran dengan menggunakan alat-alat diagnostik yang moden.
Tetapi, adakalanya pemeriksaan tidak menunjukkan apa-apa kelainan yang ketara pada pringkat bayi. Keupayaan seseorang doktor untuk mengenal pasti tanda-tanda deviasi perkembangan bergantung pada latihan yang diterima dan pengalamannya. Walau bagaimanapun, mereka yang dilahirkan ringan tetap termasuk dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai risiko untuk menghadapi masalah perkembangan. Masalah-masalah seperti kurang tumpuan perhatian, kurang daya pengamatan, lemah pertuturan, kekekokan, cacat pendengaran dan penglihatan dan sebagainya perlu dikenal pasti secepat mungkin melalui kaedah-kaedah penilaian tertentu supaya langkah-langkah intervensi dapat diaturkan untuk memperolehi hasil yang paling baik.
Kanak-kanak yang dilahirkan ringan berbeza antara satu dengan yang lain. Ini disebabkan oleh perbezaan dari segi baka, masalah perubatan, tahap pemakanan, ciri-ciri personaliti inu bapa dan ahli keluarga yang lain, pendedahan kepada persekitaran, pengalaman dan sebagainya. Umpamanya, seorang bayi yang dilahirkan lemas (asphyxia) dan berkemungkinan besar menjadi spastik tidak akan sama kadar perkembangannya dengan seorang bayi lain yang menghadapi masalah yang seakan-akan sama. Bayi yang pertama mungkin terbiar tanpa rangsangan dan latihan. Ibu bapanya juga mungkin kurang berupayaan dari segi kewangan serta tidak mempunyai minat dam masa untuk belajar sendiri kaedah-kaedah stimulasi yang boleh meningkatkan potensi anak mereka yang cacat. Sebaliknya, bayi yang kedua mungkin lebih bernasib baik dan mendapat kemua kemudahan dan peluang untuk meningkatkan kemahiran kendiri, sosial dan prestasi inteleknya. Jadi, tidaklah menghairankan jika perkembangan mereka berbeza.
Kesimpulan
Pengetahuan baru dan teknologi moden yang ada sekarang mampu menyelamatkan bayi-bayi yang dilahirkan terlalu ringan. Dinegara-negara maju, pakar-pakar perubatan telah mencipta sejarah menyelamatkan bayi yang dilahirkan 23 minggu usia gestasi dan berat badan 0.5 kg melalui rawatan yang intensif. Tetapi, usaha menyelamat ini menelan belanja yang amat tinggi dan sudah tentu akan membebankan jika ia dilakukan dinegara-negara miskin.
Pada masa ini, peratusan bayi yang dilahirkan ringan dan berjaya diselamatkan dengan rawatan moden telah meningkat. Ibu bapa semakin peka tentang perkembangan anak-anak mereka. Pengetahuan tentang rawatan bayi yang dilahir ringan, cara-cara penilaian perkembangan bayi tersebut dan kaedah-kaedah intervensi semakin berkembang dengan pesatnya. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan deviasi perkembangan seseorang kanak-kanak dan juga untuk meningkatkan potensinya. Matlamat akhir ialah untuk membolehkan dia berdikari dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat.


















