Menimba ilmu pengetahuan berlandaskan lunas-lunas Islam.
Berkenalan dengan orang-orang baru dan merapatkan persaudaraan.
Bersesuaian dengan perkembangan pesat forum, alhamdulilah pihak pentadbiran mengemukakan tata-cara berforum di sini.
Peradaban forum
Perbincangan dibuat dengan matang dan berhemah.
Pergaulan tentang perkara berkaitan seks tidak boleh dibincangkan dengan terlalu terbuka dan terlalu terperinci.
Berprasangka baik sesama forumers.
Tidak boleh mempromosi produk untuk tujuan mengembangkan bisnes kecuali mendapat kelulusan admin dan mengikut tata-cara yang betul.
Pihak lelaki dan juga pihak perempuan tidak boleh terlalu terbuka bergurau tentang seks memandangkan ia menimbulkan perasaan sumbang dan menimbulkan prasangka tidak baik.
Sekiranya anda ada persoalan seks sila kemukakan kepada ruangan "Soalan-soalan kepada Kak Nini" dan sekiranya anda ingin bertanya sesama netters tolong guna bahasa berkias ataupun hantar "private message" kepada user yang bertanya soalan tersebut.
Semasa berforum
Forumers perlu melaporkan kepada moderators jika anda mendapati terdapat users yang melanggar peradaban ini serta mencurigakan.
Adalah mustahak menjaga tata-tertib dan peradaban.
Perbincangan boleh dibuat tetapi mestilah berdasarkan batas-batas Islam. Ini adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini memandangkan kebanyakan wanita di sini adalah bersuami.
Sekiranya users tidak menghormati etika berforum di sini dan pihak admin sudah memberi amaran – Kami berhak untuk BAN anda dari forum ini tanpa sebarang penerangan.
Oleh itu, sekiranya user merasakan tindakan anda memerlukan kelulusan, SILA BERTANYA TERLEBIH DAHULU. Kalau tidak bertanya, anda yang bersalah.