Laman Utama
Google
 
Carian di google Carian dalam laman ini
 
bismillah-a

Timang! oh anakku sayang! Lambang kasih sayang ibu dan bapa

nini2.jpgDi dalam Islam pegawai perubatan yang merawat pasangan-pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan adalah menjalankan satu ibadah. Apabila suami-isteri berjaya mendapatkan zuriat, kita akan berkongsi kemeriahan dan kegembiraan dengan mereka. Bagi pasangan yang sukar mendapat anak kelahiran seorang cahayamata tidak boleh dinilai dari segi wang ringgit. Memang benar mereka perlu membelanjakan wang yang banyak serta mengorbankan masa dan tenaga khususnya bagi mereka yang perlu menjalani pelbagai kaedah rawatan yang canggih menggunakan teknologi kesuburan. Di antaranya seperti bayi tabung uji ataupun menjalani pembedahan untuk memperbaiki peranakan mereka melalui prosedur ventro-suspension.

Sebagai tanda syukur biasanya pasangan-pasangan tersebut dinasihatkan untuk melakukan aqiqah dengan menyembelih kambing dalam minggu pertama atau kedua selepas menyambut kelahiran bayi di samping memberikan nama dan melakukan khatan untuk anak lelaki. Inilah amalan-amalan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai tanda syukur kita kepada Allah di atas kurniaan zuriat kepada kita

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

haras1.jpgSegala usaha untuk mengatasi masalah kemandulan patutlah dipikul bersama-sama di antara suami dan isteri. Malangnya kebanyakkan daripada ujian, pemeriksaan, rawatan, tata-cara pembedahan, atau tata-cara teknologi kesuburan seperti Bayi Tabung Uji adalah ditumpukan khusus terhadap kaum wanita. Wanitalah yang dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengatasi masalah kesuburan ini. Lagi pun pandangan masyarakat, khususnya di kalangan ibu mertua, mereka menganggap masalah ini berpunca daripada menantu perempuannya tanpa mengira bahawa ada anak lelakinya yang bertanggungjawab tentang masalah ini. Walaupun demikian, mengikut pengalaman saya, ia tidaklah menjadi satu masalah besar bagi mendapatkan suami untuk bekerjasama dalam hal-hal pemeriksaan, ujian ataupun rawatan. Hanya segelintir kecil sahaja suami yang mempunyai ego yang tinggi dan enggan berkerjasama untuk mendapatkan rawatan tersebut.

 
Terbaru di Forum
Pengiklanan | Close
Advertisement

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar

Statistics

 Hamid Arshat Pakar Sakit Puan Groups Online
 Ahli ( 7 ) Ahli 7
 Tetamu ( 35 ) Tetamu 35
  Jumlah Online  42
 Jumlah Ahli ( 6,335 ) Jumlah Ahli  6,335

Who's Online?
      Ahli ( lyiana ) lyiana,
      Ahli ( idadr ) idadr,
      Ahli ( may1285 ) may1285,
      Ahli ( niezagannu ) niezagannu,
      Ahli ( arida ) arida,
      Ahli ( kasih kekasih ) kasih kekasih,
      Ahli ( asni220896 ) asni220896
  Visitors  2,400,869


Statistik Ahli
Ahli Baru  fae
Hari ini 10
Minggu ini 149
Bulan ini 462

Jom Shopping

bella_posh.gif
brooch_korea.gif
buy_cookies_malaysia
farmasi_malaysia.gif
mangkuk_tingkat.gif
 

Guna Firefox

Kami mengesyorkan anda menggunakan Firefox Browser supaya dapat melihat laman ini seperti yang sepatutnya.
Foxkeh