|
Merancang
anak sihat, pintar dan berakhlak mulia
Anda
Hamil?
Syukur Alhamdulillah,
tentukan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Mengapa?
Anda
perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak di dalam rahim, (bukan
di luar rahim yakni ectopic pregnancy! Ia amat merbahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa
seperti hamil anggur ( Molar pregnancy – juga merbahaya! di mana janin tidak terbentuk dan digantikan gugusan daging dan darah berbentuk anggur).
Kesemua ini boleh dielakkan jika anda segera berjumpa doktor apabila tlerambat datang haid yakni dua minggu lewat.

Tiga
bulan pertama sangat penting !
Ini
adalah tempoh janin dibentuk, dari 'nutfah' (air mani) kepada
'alaqah', seterusnya menjadi 'mugdah', akhirnya
menjadi janin yang lengkap dengan organ-organ serta anggotanya. Organ yang pertama
dibentuk ialah jantung. Denyutan jantung dapat dikesan oleh ultrasound se-awal
6 minggu kandungan.
Cegah
keguguran !
Dianggarkan
10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.

Lebihkan
rehat, cukupkan tidur ( 8 jam) – tidur awal dan bangun awal. Jauhkan
stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan.
Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkit, suhu panas, pencemaran udara,
racun sembur, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat
pakar.Bagi
mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medikal atau
tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat di hospital. Hubungan seksual perlu
dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarung kondom pada tiga bulan pertama
kandungan.
Doktor
mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandungan.
Cegah
Kecacatan bayi !

Makan
ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga
akhir kandungan.
Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.
Jangan cuba gugurkan kandungan dengan
apa cara pun.
Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer,
ubat kanser tanpa nasihat doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga,
dapatkan khidmat ‘ genetic counselling’. Jauhkan hamil jika umur melebihi 45
tahun.
Berserah
dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang:
‘Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa’. ‘Ya
Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa
kami’.Lakukan
suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa.
Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan
setiap malam sebelum tidur.Mengikut
orang tua-tua ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau
membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandung
isteri akan lahir cacat.Tidak
perlu jalani ujian-ujian untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian
, undang-ujian negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan
walaupun janin cacat.
Dipercayai
roh ditiupkan ke dalam jasad bayi antara 4-5 bulan umur kandungan. Ketika inilah
pergerakkan bayi mulai dirasai oleh ibunya.
Anak
pintar.

Perancangan
patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil,
sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan
ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh.
Dikatakan anak terbentuk sewaktu ini jadi anda secara tidak langsung membentuk peribadi dan perwatakan anak melalui cara anda bertindak, berfikir dan mengawal emosi.
Pembentukkan
otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu
makanan adalah sangat
penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin
terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan
lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai
mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon.
Rangsangan
1. Sentuh
bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.
2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan
stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.
3.Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. IA akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.Memilih
tarikh lahir bayi
Setengah
pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini mungkin boleh
dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri.
Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu ,
jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung
pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.
Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih
perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada
waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba
sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur
ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.
Kita
hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan
segalanya.
|