D & C, Polypectomy dan Hydrotubation
Jika mereka tidak lagi hamil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas ujian H.S.G., saya syorkan mereka jalani satu tatacara pembedahan kecil yang boleh dilakukan diklinik sebagai pembedahan harian (day surgery) . Setelah dibius, doktor akan melakukan prosedur ini dengan mengembangkan saluran pangkal rahim, cuci dalam rahim untuk membuang lemak yang biasanya dalam bentuk ‘endometrial polyps'.
Endometrial Polyps
Prosedur ini digelar 'polypectomy'. Di samping itu saluran benih (fallopian tubes) yang mungkin kuncup semula atau tertutup perlu dibuka semula melalui proses 'hydrotubation'.
Jadi ketiga-tiga perkara dilakukan serentak, iaitu untuk membersihkan, membesarkan saluran pangkal rahim serta saluran benih.
Selepas rawatan ini saya juga memberi masa 3 - 6 bulan samaada wanita tersebut boleh hamil atau tidak dan saya dapati juga lebih kurang 20 peratus wanita hamil selepas menjalani prosedur ini.
| < Prev | Next > |
|---|















