Tujuan Hidup

E-mailPrintPDF
Setiap insan mesti mengakui bahawa ia adalah seorang hamba Allah S.W.T.  Allah menjadikannya untuk menyembah dan mengabdikan dirinya pada Allah.Hidup di dunia adalah sementara dan akhirat jua adalah matlamat terakhir dimana insan itu akan dihidupkan kembali untuk selama-lamanya.Hidup ini merupakan satu perjalanan sementara dimana setiap insan perlu menyediakan diri untuk mendapat kebahgiaan dan kesejahteraan diakhirat.Ini sebenarnya adalah tujuan hidup kita.

Kuatkan Iman !

 Sebagai seorang yang beriman kita perlu percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah S.W.T. telah menjadikan kita dan kita mesti percaya bahawa hari akhirat akan  wujud, syorga neraka akan wujud.  Kita mesti percaya bahawa  malaikat malaikat wujud untuk menjalankan tugas dan urusan Allah dan kita percaya bahawa Allah menurunkan kitab Al Quran sebagai panduan hidup manusia dan Mohamad itu pesuruh Allah yang ditugaskan untuk menyebarkan segala ajaran dan suruhan Allah kepada manusia.    Inilah asas asas keimanan seseorang.

Kita mesti percaya bahawa setiap perkara yang kita buat di dunia ini, walaupun sebesar biji sawi pun akan dikira samada buruk atau baiknya dan kita akan menerima balasannya di akhirat kelak.  Kita mesti percaya bahawa hidup ini adalah sementara dan kita mesti mati di satu hari kelak.  Apa yang kita pohon pada Allah yang kita akan mati dalam keadaan yang baik iaitu “Husnol khotimah” bukan dalam buruk “Suuil khotimah”.    

Nilai Diri !

    Dari masa kemasa kita meti melakukan apa yang digelar “Mu’asabah” atau menilai diri kita ataupun melihat ke dalam diri kita (self-appraisal).Kita mesti menilai diri kita dari berbagai sudut. Ada beberapa perkara yang sangat penting yang perlu kita perkirakan agar kita tidak menyeleweng atau tergelincir daripada landasan “Siraatul Mustaqim” atau jalan yang lurus yang Allah redhai. Setiap hari kita membaca Al Fatehah dalam sembahyang ataupun di luar sembahyang kita mohon pada Allah yang Maha Berkuasa,  Maha Pengasih dan Penyayang agar kita diberi pertolongan, diberi hidayah dan petunjuk ke jalan lurus atau ke jalan yang Allah redhai semoga kita tidak disesatkan ataupun dimurkai Allah oleh sebab perbuatan kita.     

Cepat Taubat !

 Marilah kita imbas kembali apa yang telah kita lakukan di masa lepas.    Kalau kita telah banyak membuat kesalahan, membuat kemungkaran samada kesilapan ini disengajakan atau tidak, samada di pamerkan atau disorokkan, besar atau kecil, kita mohon ampun dari Allah dengan taubat nasuha.     Kita perlu bersyukur kerana telah diberi Allah satu nikmat besar iaitu nikmat Islam sebagai ugama kita.     Kita yang dilahirkan Islam ataupun kafir sebelumnya dan kemudian diberi hidayah Allah untuk menjadi seorang Islam.

Kita sebagai seorang Islam sepatutnya  kuat mengerjakan amal ibadah, mengerjakan yang baik dan jauhkan yang mungkar agar kita termasuk dalam gulongan orang orang yang beriman dan bertaqwa, menjadi orang yang sentiasa di restui dan di redhai Allah, serta dicucurkan dengan rahmat dan nikmat Allah ke demi untuk kebahgiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan seterusnya diakhirat.

Perjuangan Kita !

Sebagai seorang Islam, kita mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menegakkan Islam sebagai cara hidup.Kita perlu menegakkan Islam sebagai cara hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Kita juga perlu menegakkan Islam sebagai system pentadbiran dan pemerintahan negara kita.     Inilah perjuangan kita, inilah jihad kita “fiisabilillah” untuk mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.    Kalau dulu kita perlu berperang untuk menegakkan Islam, sekarang tidak perlu kerana negara aman.    Kita boleh berjuang atau berjihad “fiisabillah” dengan berbagai cara.Satunya cara dengan mengorbankan wang ringgit tetapi bagi mereka yang tidak mampu kita boleh mengorbankan tenaga dan kepakaran.Berjuang dan berdakwah untuk Islam adalah satu kewajipan kita semua. Sekurang-kurangnya kita berdakwah keapad orang orang sekeliling kita, ahli ahli keluarga kita, rakan rakan kita supaya kita menjadi orang Islam yang benar benar menghayati Islam dan mengamalkan amalan yang baik dan mencegah kemungkaran. 

Last Updated ( Monday, 12 February 2007 09:49 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1424
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week35758
mod_vvisit_counterLast week39898
mod_vvisit_counterThis month98470
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131639

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com