Hidup Sihat
WANITA DAN KESIHATAN
Hamid Arshat
Kita patut bersyukur kepada Allah kerana telah diberi satu rahmat besar iaitu sihat badan, sempurna sifat fizikal dan anggota, waras fikiran serta akhlak yang mulia.Ini adalah satu anugerah terbesar daripada Allah S.W.T. kepada hambaNya dan kita sepatutnya sentiasa berwaspada dan menjaga kesihatan kita dengan baik agar kita dapat menyempurnakan segala tanggungjawab kita terhadap Allah, iaitu menyembah Allah dan melakukan amal-makruf dan menjauhkan kemungkaran.Kesihatan merangkumi aspek-aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan saikologi serta jiwa dan rohani. Setiap aspek ini patutlah dititikberatkan sama-rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita.Malah ramai di kalangan kita yang mengabaikan, tidak mengambil berat atau tidak peduli langsung tentang kesihatan diri sendiri.Terdapat tiga perkara penting yang patut diingati oleh setiap manusia, khususnya kaum wanita iaitu aspek pengetahuan, sikap dan amalan untuk menjaga kesihatan diri.
Kita sangat berbangga dengan kejayaan program kesihatan negara kita.Selepas Merdeka kita telah menunjukkan prestasi terbaik dengan mencapai peningkatan yang tinggi dalamtahap kesihatan dan pemakanankhususnya di kalangan para ibu dan anak.Ini tidak boleh dicapai melainkan dengan usaha-usaha gigih dari pihak kerajaan yang memberi perkhidmatan secara menyeluruh dan bersepadu dan juga di kalangan para penduduk sendiri yang sedar tentang pentingnya kesihatan dan seterusnya mengambil langkah-langkah dan tindakan positif untuk menjaga kesihatan mereka danmendapatkan rawatan yang terbaik bagi sesuatu penyakit yang mereka hadapi.Kemudahan perkhidmatan kesihatan, perhubungan dan pengangkutan, peningkatan tahap sosio-ekonomi dan tahap pendidikan rakyat adalah merupakan faktor-faktor terpenting yang menentukankejayaan bagi program kesihatan kita.
1. Isu- isu utama kesihatan wanita
Berhubungan dengan kesihatan wanita, kita sering kaitkan wanita dalam perananya untuk penzuriatan atau kelahiran bayi, kesuburan dan kemandulan, hubungan seksual antara suami isteri, penyakit-penyakit ginekologi, atau penyakit yang melibatkan organ-organ peranakan dan lain-lain alat yang dikaitkan dengan reproduksi manusia.
1.1 Kehamilan dan kelahiran
Dari segi kehamilan dan kelahiran, kita sangat berbangga keranatelah berjaya mengawal kematian ibu akibat daripada kehamilan dan kelahiran.Begitu juga kita telah dapat mengawal kadar kematian bayi dalam peringkat umur setahun dan ini merupakan satu indeks utama dalam mengukur pembangunan sosio ekonomi negara kita.Di antara gejala-gejala yang masih mengancam nyawa wanita masa-kini ialah perdarahan sebelum dan waktu melahirkan anak, keguguran dan pengguguran yang boleh menyebabkan pendarahan yang amat teruk serta kemungkinan berlakunya keracunan atau septicaemic shock, sawan ketika hamil dan bersalin ( eclampsia), penyakit-penyakit yang dialami oleh wanita yang hamil dan bersalin seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, buah-pinggang dan lain-lain.Perkara-perkara ini penting diingati oleh setiap wanita, samaada yang terlibat secara terus atau secara tidak langsung kerana faktor-faktor ini boleh menyebabkan kematian ibu dan dengan mengambil langkah-langkah tertentu kita boleh menjauhkan gejala kematian.
Perancangan teliti sebelum memulakan kehamilan, jagaan waktu mengandong, tempat dan pengendalian kelahiran yang selamat, penjagaan makanan waktu hamil merupakan faktor- faktor terpenting dalam mengawal serta mengelakkan dari gejala-gejala buruk yang boleh membawa kepada maut.Jagaan waktu hamil yang sempurna dan teratur sejak dari awal kehamilan merupakan satu faktor terpenting yang boleh menentukan keselamatan ibu.
Kita boleh bangga mengikut kajian rambang kita, lebih daripada 90 peratus daripada wanita wanita yang hamil datang untuk menjalani pemeriksaan dan jagaan waktu hamil di klinik-klinik yang di sediakan oleh pihak kerajaan serta swasta.Perkara kedua pentingnya ialah pengendalian dan tempat kelahiran yang selamat.Ini juga merupakan satu faktor penyelamat kepada ibu dan bayi kerana saat-saat cemas ketika melahirkan bayi boleh mengancam nyawa ibu dan bayi kerana pada masa itulah mungkin berlaku sawan beranak atau pendarahan yang tidak terkawal.Oleh itu tempat yang mempunyai kemudahan menyelamat ibu dan bayi adalah sangat penting di sampingkakitangan yang terlatih untuk mengendalikan kelahiran tersebut.
Pihak Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa kriteria dan garis panduan untuk ibu yang sepatutnya melahirkan di hospital seperti anak sulung, anak yang kelima atau lebih, semua kelahiran yang telah menunjukkan risiko oleh sebab kerumitan perubatan ataupun masalah kesihatan yang dialami oleh ibu pada kandungan masa-kini seperti masalah darah tinggi, penyakit-penyakit seperti kencing manis atau jantung.
1.2 Kesuburan, kemandulan dan perancang keluarga
Sebaiknya setiap kehamilan patutlah dirancang, hindarkan dari kehamilan yang berlaku secara tidak sengaja atau secara kebetulan sahaja.Sesetengah wanita akanmengambil tindakan yang melulu dan merbahaya seperti percubaan untuk menggugurkan kehamilan tersebut.Perbuatan bagi ini mempunyairisiko tinggi untuk berlakunyapendarahan dan keracunan atau septicaemic shock yang boleh meragut nyawa wanita tersebut.Di samping itu gejala-gejala jangka-panjang akan timbul seperti kemandulan akibat daripada percubaan pengguguran yang tidak bersih,kecederaan kepada perkakas peranakan dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan haid.
Bagi mereka yang mencuba mendapatkan zuriat dan tidak berjaya setelah setahun lamanya, samaada ini merupakan percubaan kali pertamaataupun setelah ia pernah melahirkan anak dahulu, sepatutnya merekaberjumpa dengan doktor untuk mendapat nasihat dan rawatan sewajar.Ketidaksuburan atau kemandulanmungkin disebabkan oleh faktor faktor penyakit, gangguan atau tekanan emosi dan saikologi yang biasanya boleh dirawat.Kaedah rawatan tercanggih untuk meningkatkankesuburan dan reproduksi manusia,boleh didapati di beberapa hospital dan pusat pakar di negara kita.Oleh itu bagi mereka yang tidak subur atau mandul, peluang masih ada tetapi mereka perlu berusaha serta membelanjakan wang untuk mendapatkan rawatan yang sewajar.
Amalan perancangan keluarga adalah bertujuan untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini atau tidak disengajakan, menjarakkan kelahiran supaya anak yang baru lahir diberi peluanguntuk dijaga; pembesaran serta perangsangan mental yang sempurnasekurang-kurangnya selama dua tahun.Dalam hal ini wanita tidaklah perlu segan-silu untuk mendapat nasihat daripada klinik-klinik kesihatan ibu, klinik Perancang Keluarga, atau mana-mana doktor swasta.Janganlah bergantung kepada kaedah ataupun cara pencegahan kehamilan ala sendiri atau tradisional kerana kebanyakan daripada kaedah-kaedah tersebut didapati kurang berkesan.
1.3 Sakitpuan
Berbagai bagai jenis penyakit ginekologi atau sakitpuan juga kini menjadi satu masalah besar kepada wanita kerana peningkatan jangka hidup kaum wanita di negara kita yang sekarang ini menjangkau 72 tahun.Dengan peningkatan umur wanita tentulah jenis penyakit makin berubah dan dalam bidang sakitpuan, kita dapati lebih banyak penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tumbuhan dan kanser.Dua jenis kanser yang sering sangatmenimpa wanita ialahkanser pangkal rahim dankanser buah dada.Bahagian lainyang juga boleh diserang oleh penyakit kanser ialah rahim danovari.
Oleh itu kaum wanita perlu sentiasa berwaspada dengan jagaan sewajar, sebaiknya mengambil langkahsebelum tanda-tandapenyakit kanser timbul.Di antara pemeriksaanyang penting bagi wanita ialah pap smear bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan buah dada dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari.Sebaiknyawanita yangpernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.
Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialahjangkitan kuman, tumbuhan endometriosis dan fibroid.Wanitayang mengalami gangguanhaid, sepertisenggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa patutlah berwaspada.Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim;kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti endometriosis.Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit-puan.Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
2. Beberapa langkah untuk mengawal kesihatan wanita
2.1 Program Pendidikan Kesihatan Wanita
Program Pendidikan Kesihatan Wanita adalah sangat penting dan ini sedang giat dilakukan secara berterusan oleh kerajaanmelalui media-media elektronik.Pihak swasta melalui pertubuhan-pertubuhan sukarela, syarikat-syarikat media cetak juga menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan wanita, serta menganjurkan bengkel, seminar, forumdan lain-lain.Pendedahan terhadap maklumat kesihatan dan penyakit yang berkaitan dengan wanita adalah sangat penting dan perlu di ulang siaran atau penyebarannya.
Tahap pengetahuan tentang penjagaan kesihatan di kalangan wanita Malaysia adalahtinggi, namun apa yang menyedihkan ialah sikap dan amalan kesihatan dan jagaan penyakit yang masih kurang.Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit mestilah disusuli dengan tindakan-tindakan untuk mencegah penyakit, mendapat rawatan awal, kunjungan ke klinik atau hospital mengikut jadual.Di samping itu wanita mesti bersedia untuk membelanjakan wang untuk menjaga kesihatan serta merawat penyakit.
2.2 Amalan pemakanan
Pemakanan adalah penting bagi menentukan kesihatan seseorang wanita khususnya di waktu-waktu tertentu seperti ketika hamil, waktu pantang,menyusukan bayi, dan selepas menopause.Makanan yang seimbang dalam kandungan karbohidrat, protin, minyak dan lemak, gula dan vitamin serta logam adalah penting untuk penjagaan kesihatan tubuh dan mental.
Wanita yang bijak pandai memilih sumber makanan yang murah harganyatetapi berkhasiat tinggi.Mereka juga bijak untuk mencegah zat-zat vitamin daripada musnah ketika dalam proses pemasakan dan penyajian.Vitamin-vitamin B mudah musnah akibat dari suhu panas yang tinggi.
Wanita juga perlu mengawal pemakanan suami kerana makanan yang tidak seimbang dan tidak terkawal boleh menimbulkan berbagai-bagai jenis penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.Makanan kanak-kanak dan remaja juga perlu dijaga kerana tabiat makanan mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan TV dan media lain.Akhirnyha timbullah masalah seperti hyperactivity dikalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh terlalu banyak makanan sampingan segera yang terlalu tinggi kandungan logam dan perisa dan pengawet.Obesity di kalangan remaja juga adalah satu gejala iklan pemakanan segera ala barat. Para ibu perlu mengawasi unsur-unsur ini tidak mempengaruhi tabiat makanan anak-anak mereka.
2.3 Riadah dan gerak tubuh
Ekoran dari pekerjaan wanita yang tertumpu di pejabat, wanita kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan gerak tubuh yang kuat.Akibatnya lebihan makanan karbohaidret dan gula yang biasanya menjadi sumber tenaga akan berhimpun dalam badan sebagai lemak.
Kekurangan gerak tubuh dan riadah juga menyebabkan timbunan laktik asid dalam otot-otot, sendi-sendi dan ligamen yang akhirnya menimbulkan berbagai penyakit.
Kehamilan dan kelahiran juga menyebabkan kekenduran pada otot dan ligamen perut dan lantai punggung di sekeliling peranakan.Kekenduran ini boleh dipulihkan dengan gerak tubuh yang aktif serta riadah.
Malangnya hanya sedikit sahaja wanita yang benar-benar melakukan exercise gerak tubuh dan riadah.Mereka mempunyai berbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.
2.4 Menangkis tekanan jiwa atau stress
Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, lemah-jantung dan lain-lain.Malah seribu satu jenis penyakit boleh timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa.Tekanan emosi dan mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung beli-belah dan lain-lain.Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental.Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentukpada setiap wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang tegas,amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang kritikal.
Kebanyakan daripada kesan tekanan mental dan emosi timbul akibat daripada kelemahan iman kita yang seterusnya menyebabkan penyakit jiwa, diantaranyasifat-sifat tamak, riak atau bangga diri, sombong dan angkuh, keras hati dan pemarah dan suka melayani kehendak nafsu dan syahwat tanpa batasan.Tekanan mental dan emosi dan penyakit rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar dan lain-lain.
Rumusan
Akhir kata saya ingin menegaskan pentingnya menjaga kesihatan secara keseluruhan dengan mengambil kira aspek rohaniah, emosi dan mental serta aspek fizikal.Timbalah ilmu melalui sumber-sumber yang begitu banyak di dalam negara kita, samaada melalui media elektronik, bahan cetak seperti majalah dan buku, dan juga melalui perbincangan perbincangan dalam forum, bengkel atau seminar.Wanita boleh juga mendapat pengetahuan secara bersemuka dengan doktor pakar, jururawat ataupun kaunselor kesihatan.
| Next > |
|---|


















