Hysterectomy

E-mailPrintPDF

Pembedahan ‘Hysterectomy’

Pembedahan hysterectomy ialah dengan tujuan untuk membuang rahim samaada bersama dengan kilang ovari, boleh dilakukan melalui hirisan di perut iaitu 1. “abdominal hysterectomy” ataupun 2. melalui saluran faraj khususnya bagi mereka yang mengalami prolapse atau tombong di mana rahim jatuh ke bawah, yang biasanya disertai dengan pembetulan dinding depan dan belakang faraj (vaginal hysterectomy and repair).

Mengapa lakukan hysterectomy ?

1.     Tumbuhan fibroid yang menyebabkan pendarahan yang banyak dan berpanjangan khususnya   wanita yang berumur 40 tahun keatas.

2.     Perdarahan dan kesakitan rahim yang disebabkan oleh penyakit endometriosis atau   adenomyosis setelah rawatan-rawatan perubatan gagal.

3.     Penyakit kanser rahim, kanser ovari dan juga kanser pangkal rahim.   Dalam penyakit kanser,   di samping rahim dan sebahagian atas saluran faraj dibedah,     semua kelenjar-kelenjar dan saluran di sekitarnya juga dibuang kerana kemungkinan ia menjadi jalan untuk merebak penyakit kanser.  Dalam pembedahan untuk membuang kanser, ia memerlukan kepakaran yang khas dan sokongan transfusi darah oleh kerana ia melibatkan pembersihan segala saluran kelenjar di sekitarnya yang biasa melibatkan banyak perdarahan dari prosedur tersebut.

4.     ‘Prolapse’ atau rahim terkeluar dari faraj.

  Mengapa ramai wanita takut hysterectomy?
Ketakutan timbul daripada fakta bahawa selepas pembedahan ini mereka tidak akan ada haid lagi dan takut sifat-sifat kewanitaan akan hapus, dan juga ia mungkin akan menjejaskan hubungan suami isteri.

Sebenarnya pembedahan hysterectomy tidak sepatutnya mengganggu hubungan suami-isteri dari segi fisikal tetapi akibat daripada gangguan mental atau emosi, masalah-masalah mungkin timbul yang boleh menggugat hubungan suami-isteri.   Bagi mereka yang dibuang kilang ovarinya sekali mungkin akibat dari penyakit atau berpotensi untuk menimbulkan tumbuhan yang merbahaya, mereka ini boleh menggantikan hormon oestrogen dengan secara memakan pil hormon, suntikan hormon atau lain lainnya.

Hormon oestrogen penting untuk mengekalkan kewanitaan dan penting untuk memberi keserian kepada wanita tersebut serta lain-lain faedah kesihatan khususnya mencegah daripada reput tulang (osteoporosis), penyakit jantung dan penyakit angin ahmar.

Last Updated ( Monday, 27 November 2006 11:47 )  






Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1479
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29757
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98525
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131694

Your IP: 38.107.179.228
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com