Persetubuhan waktu isteri subur,
Penetasan telur apabila berlaku hanya bertahan selama 2-3 hari. Penting bagi pasangan suami isteri mengenal pasti waktu subur isteri sahaja.
Penetasan telur (ovulation) boleh dikesan dengan mencatitkan suhu badan setiap pagi dengan menggunakan alat suhu khas yang digelar ‘fertility/ovulation thermometer’ yang boleh dibeli di farmasi. Yang penting sekali suhu badan ini patut disukat pada waktu pagi sejurus isteri bangun tidur sebelum ia memulakan aktiviti aktiviti lain. Sebab itu digelarkan dengan nama ‘basal body temperature’ maknanya ia mencerminkan keadaan suhu badan sebelum sesuatu aktiviti dimulakan. Jika dicatitkan setiap hari, maka satu bentuk akan timbul di mana sebelum telur menetas (ovulation) berlaku, suhu badannya akan menurun sedikit dan sebelum telur itu menetas, suhu badannya akan meningkat naik lebih daripada paras biasa selama lebih kurang dua minggu.
Jika tidak ada kehamilan, suhu badan ini akan turun dan akan diikuti dengan haid, tetapi jika ia hamil suhu badannya akan terus meningkat dan bila haidnya telah lambat dua minggu, ujian air kencing untuk mengesan kehamilan akan menjadi positif. Ketika itu juga kehamilan akan disahkan dengan melakukan ujian ultra-sound scanning.
Lain-lain kaedah untuk mengesan penetasan telur (ovulation) ialah dengan memeriksa air kencing setiap pagi, iaitu air kencing pertama pagi hari mulai pada hari ke sepuluh dikira daripada hari pertama keluar haid. Biasanya haid turun selama seminggu bagi wanita biasa, dan tiga hari kemudian iaitu hari ke 10 mulalah ia menguji air kencingnya dengan ujian khusus untuk mengesan kesuburan. Banyak jenama ujian kesuburan melalui ujian air kencing ini didapati di pasaran dan mudah didapati di mana-mana kedai farmasi misalnya ‘Clearplan’ dan lain-lain.
Bila dititiskan air kencing yang pertama pagi pada papan ujian, kita boleh lihat samaada di kotak ujian garis akan timbul dan jika ini diperbandingkan dengan ketegasan garis itu dibandingkan dengan kontrol. Jadi jika ujian itu positif, maknanya kedua-dua garis sama jelasnya. Biasanya kalau hari pertama masih negatif, ia perlu diulang setiap hari kerana kotak ujian ini mengandungi lima papan ujian. Jadi boleh dilakukan selama lima hari, iaitu hari ke 10, 11, 12, 13 & 14.
Biasanya bila ujian air kencingnya positif, penetasan telur (ovulation) akan berlaku 24 jam kemudian atau 48 jam kemudian iaitu esok atau lusanya. Ini penting bagi wanita-wanita yang ingin hamil, untuk melakukan hubungan pada minggu itu, iaitu antara 3 hingga 5 hari selepas ujian kesuburan itu positif.
Terdapat beberapa jenis ubat subur dipasaran, tetapi pada asasnya ada dua golongan utama, iaitu ubat pil ‘clomiphene’ yang terdapat berpuluh-puluh jenama dalam pasaran. Jenis kedua ialah ubat subur ‘gonadotrophin’ yang diberi secara injection.
Ubat-ubat subur adalah digunakan bagi mengatasi masalah kegagalan untuk telur menetas (anovulation). Maknanya telur wanita tidak dapat dikeluarkan daripada kilang ovari pada waktu yang tertentu. Keadaan demikian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah masalah obesiti yang dikaitkan dengan gangguan hormon dan wanita-wanita ini biasanya akan mempunyai ovari yang bengkak oleh sebab telur-telur ini terperangkap dalam kilang ovari. Keadaan ini digelar dengan nama 'polycystic ovary'. Selain dari masalah haid yang tidak teratur dan tidak subur, wanita ini mengalami tumbuhan rambut yang berlebihan pada bahagian kaki serta badan dan ada juga yang tumbuh misai. Ini disebabkan oleh gangguan dalam perimbangan hormon dimana kandungan hormon lelaki mungkin berlebihan.
Ubat subur seperti Clomiphene dalam dos yang amat tinggi iaitu 200 - 250 mg (4 atau 5 biji sehari) perlu diberikan mulai hari ke dua atau ketiga haid selama 5 hingga 10 hari.
Sejurusnya pada hari ke 14 iaitu dikira pada hari pertama turun haid, kita boleh kesan telur- telur tersebut melalui vaginal ultra-sound. Wanita-wanita yang mengalami masalah 'polycystic ovaries' agak sukar untuk dirangsang telurnya hanya dengan menggunakan ubat clomid.
Ubat suntikan ‘Gonadotrophin’ Satu kaedah untuk merangsang telur yang tidak berjaya menetas, ialah dengan cara suntikan hormon 'Gonadotrophin'. Berbagai jenama ada di pasaran, tetapi pada asasnya ubat suntikan hormon 'Gonadotrophin' ini adalah sangat mahal harganya dan ini mungkin satu faktor penghalang bagi wanita-wanita yang tidak mampu sedangkan mereka mempunyai masalah ketidaksuburan akibat daripada ‘Polycystic Ovary’.
Rawatan biasanya dimulakan pada hari kedua haid, ia juga dicampurkan dengan ubat subur Clomiphene dan injection hormon ini akan dilakukan setiap hari untuk selama lima hari atau lebih. Untuk mengesan telur biasanya, vaginal ultra-sound scanning akan dilakukan mulai hari ke 10, dan kadang-kala kita perlu juga membuat ujian darah untuk mengesan paras hormon sebagai panduan bagimenentukan waktu terbaik untuk menuai telor.
Risiko bagi kaedah rawatan dengan menggunakan kaedah Gonadotrophin ialah kemungkinan besar berlakunya anak kembar, bukan sahaja kembar dua, mungkin tiga atau empat. Keadaan in berisiko tinggi kerana setengah daripada bayi bayi kembar ini tidak boleh sampai ke cukup bulan. Malah sebahagian besar daripada kandungan kembar berganda-ganda akan mengalami keguguran dan akhirnya menyebabkan kematian janin.
Lain-lain punca kegagalan penetasan telur mungkin disebabkan gangguan hormon yang mungkin disebabkan kandungan hormon susu (prolaktin) yang tinggi. Keadaan ini digelarkan dengan nama 'hyperprolactinemia'. Ini biasanya disertai dengan tanda-tanda seperti haidnya tidak teratur, atau tidak datang langsung, atau kalau datang dua-tiga bulan sekali. Mungkin juga ia disertai dengan keluaran susu atau cecair daripada puting buah dada. Wanita-wanita ini mendapati sukar untuk hamil. Keadaan seperti ini boleh disebabkan oleh satu tumbuhan pada kilang pitiutary yang terletak pada bahagian otak.
Kandungan hormon ‘prolaktin’ ini boleh meningkat dalam penyakit endometriosis yang sering melanda wanita dan tandanya ialah senggugut yang sangat teruk
| < Prev | Next > |
|---|
















