| Article Index |
|---|
| Sakit Bersalin |
| Page 2 |
| All Pages |
Mengurangkan kesakitan.
Berbagai cara dan ubatan boleh digunakan untuk menangi masalah kesakitan. Sokongan moral suami, ibu atau saudara adalah penting. Amalan doa dan zikir, kawalan pernafasan, berjalan-jalan, membaca, menonton TV di peringkat awal boleh membantu.
Terdapat beberapa jenis ubat-ubat penawar sakit yang diberi secara suntikan, Ubat-ubat gas yang disedut, bius saraf Epidural. Ubat-ubat penawar secara suntikan boleh menahan sakit sampai 4 jam. Tetapi kadang-kala ia kurang berkesan. Ubat gas sedut sesuai untuk digunakan apabila sudah dekat nak beranak.
Bius saraf epidural biasanya menghilangkan kesakitan dan kuncupan rahim tidak dapat dirasailangsung. Mungkin kaedah ini terus menghapuskan satu nikmat Allah iaitu sakit bersalin. Walau demikian ia amat berguna bagi kehamilan sulung dan bagi mereka tidak tahan sakit. Kebanyakkan dari mereka memerlukan kelahiran secara forsep atau sedutan vakum.




















