MW
869 14-21 Julai 2000
PAK BIDAN... OH PAK BIDAN
Oleh: Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
Walau teknologi semakin moden namun penggunaan rahim wanita lain untuk dapatkan
bayi tidak dibenarkan dalam Islam
KAEDAH
BAYI TABUNG UJI
DI KALANGAN pasangan yang mengalami ketidaksuburan atau kemandulan tentu sahaja
telah berusaha dengan pelbagai kaedah rawatan bertujuan untuk memperolehi cahayamata.
Antara kaedah yang dilakukan ialah bayi tabung uji.
Bagaimanapun, kaedah ini merupakan kaedah terakhir kerana terdapat banyak
kaedah rawatan yang boleh menghasilkan kehamilan.
SOALAN: Siapakah yang sesuai untuk menjalani kaedah
rawatan ini?
JAWAPAN: Kaedah ini sesuai untuk
1. Wanita yang mengalami saluran falopian tersumbat
2. Bagi mereka yang telah menjalani semua rawatan tetapi tiada sebab diketahui,
(kemandulan tanpa sebab)
3. Di kalangan suami suami yang mempunyai masalah benih lemah atau kurang. Walaupun
rawatan telah dilakukan, seperti menjalani suntikan hormon tetapi tidak berjaya.
4. Bagi wanita yang ada penyakit lain seperti endometriasis dan pembedahan akibat
fabriod.
SOALAN: Apakah kaedah yang biasa dilakukan?
JAWAPAN: Kaedah pertama ialah kaedah GIFT, itupun
dengan syarat saluran falopian wanita itu normal, atau untuk pasangan yang mengalami
kemandulan tanpa sebab.
Kaedah kedua ialah secara IVF (Invitro fertilazation)
SOALAN: Apakah perbezaan antara kaedah GIFT dan
IVF?
JAWAPAN: Ada perbezaan antara kedua kaedah rawatan
ini. Dalam kaedah GIFT, telur dan benih suami diambil dan dicantumkan dan dimasukkan
dalam saluran falopian sejurus selepas itu.
Kaedah IVF pula, ialah telur wanita diambil dari ovari dan benih suami
dicantumkan di makmal. Proses tersebut dilakukan antara tempoh 2-3 hari. Kaedah
begini memerlukan makmal kesuburan, kepakaran dan peralatan canggih dan ubat-ubatan
yang mahal.
SOALAN: Bagaimanakah dari segi kos rawatan kaedah
GIFT dan IVF ini?
JAWAPAN: Rawatan ini memerlukan kos perbelanjaan
yang tinggi iaitu antara RM8000 hingga RM15,000. Kos yang disebutkan ini adalah
untuk sekali rawatan.
SOALAN: Bagaimanakah pula dari segi peratus kejayaan
rawatan ini?
JAWAPAN: Kos rawatan untuk kaedah ini memang tinggi,
tetapi hasilnya tak boleh dikatakan seratus peratus. Dari segi purata, hanya
antara 20-30 peratus sahaja. Memandangkan kos rawatan yang tinggi dan peratus
kejayaan yang rendah inilah, kaedah rawatan sebegini merupakan kaedah rawatan
mengatasi kemandulan ini merupakan pilihan terakhir.
SOALAN: Apakah kaedah rawatan bayi tabung uji
ini dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam?
JAWAPAN:Penggunaan rahim orang lain juga tidak
dibenarkan. Sebagai contoh jika suami mempunyai benih dan isteri mempunyai telur
tetapi tidak mempunyai rahim (sejak lahirnya begitu) pasangan tersebut dilarang
untuk meminjam rahim orang lain, biarpun rahim adik beradik sendiri.
Walaupun
dari segi teknologi ia boleh ia dilakukan, contohnya ia dilakukan di negara-negara
barat. Namun undang-undang dan agama Islam tidak membenarkan perkara ini.
SOALAN: Apakah ada prosedur tambahan ketika melakukan
kaedah rawatan bayi tabung uji?
JAWAPAN: Bagi pasangan suami mengalami benih lemah
atau kurang, ada prosedur tambahan, iaitu proses menyuntik benih suami ke dalam
benih wanita, ia dipanggil sebagai ICSI.
Langkah yang dilakukan dalam proses bayi tabung uji. Langkah pertama ialah bertujuan
untuk merangsang kilang telur, supaya ovari dapat keluarkan banyak telur.
SOALAN: Bagaimana kaedah ini dilakukan?
JAWAPAN: Kaedah merangsang ovari dilakukan dengan
tujuan supaya mengeluarkan banyak telur ialah dengan memberikan suntikan hormon
dan ubat hormon diberi mulai dari hari haid pertama hingga hari haid ke enam.
Selepas itu proses mengawasi perkembangan telur dilakukan dengan menggunakan
ultrasound menerusi faraj mulai sejurus selepas habis rawatan.
SOALAN: Apakah kepentingan mengawasi
JAWAPAN: Ia penting kerana melalui ultrasound
jumlah telur boleh diukur saiznya. Ujian kedua pula dengan mengambil darah untuk
menyukat hormon.
Ujian darah ini boleh mengesan perkembangan telur secara tidak langsung. Apabila
sampai hari 12 atau 13 hari haid, telur bersaiz 2cm, suntikan ke atas telur
dilakukan untuk mematangkan telur. Selepas itu telur dituai.
SOALAN: Bagaimana proses penuaian telur dilakukan?
JAWAPAN: Teropong laparoscopy digunakan. Pesakit
dibius dahulu pada hari itu. Telur diambil dan dicampurkan dengan benih suami
kemudian diproses di makmal.
Kemudian kedua-duanya dicampurkan dan ia dimasukkan balik dalam
muncung saluran falopian dengan menggunakan kaedah laparoscopy supaya bersenyawa.
Itu dalam GIFT.
SOALAN: Bagaimana pula dari segi proses penuaian
untuk IVF?
JAWAPAN: Bagi kaedah IVF dan ICSI pula digunakan
alat scanning vagina dan ada jarum masuk ke arah telur dan disedut telurnya
satu persatu.
Langkah seterusnya dipanggil pemindahan embrio dalam rahim, embrio yang
2-3 hari disimpan, mungkin ada 8-16 sel embrio. Namun kita hanya masukkan 2
embrio masukkan ke dalam rahim melalui faraj. Diharapkan proses ini akan membolehkan
wanita itu mengandung.
SOALAN: Bagaimana pula dengan embrio lain yang
selebihnya, jika ada?
JAWAPAN: Embrio lain disimpan dan dibekukan dalam
`special freezer'. Embrio ini boleh tahan beberapa tahun
SOALAN: Apakah menyimpan embrio dalam `special
freezer' ini tidak menyalahi agama Islam dan undang-undang?
JAWAPAN: `Embrio freezing' dari segi agama dan
undang- undang tak salah asalkan ia tak bercampur dengan pemilik lain-lain pasangan.
Oleh kerana itu, proses perlabelan perlulah betul

















