Penetasan Telur

E-mailPrintPDF

Kemandulan Perempuan Disebabkan Kegagalan Mengeluarkan Ovum (Ovulasi)

Pengeluaran ovum dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seseorang wanita kerana ini merupakan salah satu sudut bagi mengukur kesuburannya.

Tiap-tiap wanita biasanya dikurniakan oleh Tuhan dengan dua kilang ovari. Ketika lahir, ovari-ovari itu mempunya sebanyak 400,000 ‘promodial dolikal’ iaitu sel-sel yang bakal menjadi ovum. Tetapi dalam hayat seseorang perempuan hanya lebih kurang 400 sel berjaya menjadi telur (ovum), yang lainnya akan musnah. Biasanya hanya satu telur dikeluarkan dalam satu pusingan haid dan ia dikeluarkan pada hari keempat belas dikira selepas mula keluar haid (jika satu pusingan haid mengambil masa 28 hari), dan tidak kesemua perempuan dalam hayatnya mengeluarkan telur.

  Proses percantuman antara benih lelaki dengan ovum perempuan mungkin berhasil jika persetubuhan berlaku pada ‘waktu kesuburan’ iaitu waktu pengeluaran ovum (ovulasi) sedang berlaku. Setiap ovum biasanya mempunyai tempoh hayat selama lebih kurang 48 jam sahaja. Jika percantuman berlaku, besar kemungkinan kehamilan akan dihasilkan tetapi jika tidak, telur ini akan musnah begitu sahaja.

Cara-cara Untuk Mengesan Pengeluaran Telur (Ovulasi)

Banyak cara boleh digunakan untuk menentukan sama ada seseorang perempuan itu mengeluarkan ovum atau tidak Setengah daripada cara-cara tersebut mudah dilakukan oleh wanita-wanita itu sendiri. Walaupun demikian beberapa ujian tertentu perlu dilakukan untuk mendapatkan bukti yang lebih kuat.

(a)Pusingan Haid

Besar kemungkinan seseorang wanita itu mengeluarkan ovum jika kaedah pusingan haidnya itu teratur, iaitu haid keluar pada tiap-tiap bulan. Walaupun demikian, ini bukan satu bukti mutlak kerana ada juga yang tidak mengeluarkan ovum walaupun pusingan haidnya teratur. Wanita yang pusingan haidnya tidak teratur seperti haid hanya datang sekali dalam 3 atau 4 bulan mempunyai kemungkinan besar yang ianya tidak mengeluarkan ovum.

(b)Pemeriksaan Lendir Pangkal Rahim

Pemeriksaan lendir pangkal rahim yang dilakukan berturut-turut untuk beberapa hari di pertengahan pusingan haid (midcycle) boleh memberi bukti secara tidak langsung tentang pengeluaran ovum. Dalam ujian ini beberapa sifat tertentu pada lendir bertukar setelah ovulasi berlaku.

(c)Sukatan Suhu Badan

Jika seseoranga wanita mengambil sukatan suhu badannya setiap pagi sebelum ia bangkit dari katil tidurnya dan dicatatkan dalam carta (lihat rajah), sesuatu perubahan khusus dalam sukatan suhu akan berlaku dalam pertengahan pusingan haid (midcycle). Sukatan seperti yang digambarkan dalam rajah dan ini membuktikan bahawa seseorang itu telah mengeluarkan ovum.

  Semua wanita yang datang ke klinik mandul akan diberi tugas untuk menyukat suhu badannya setiap hari. Bukan sahaja ia menolong doktor untuk mengesan pengeluaran ovum, malah sangat berguna untuk memberi panduan kepada kelamin tentang waktu subur dan bagi menilai hasil rawatan khususnya rawataan dengan ubat-ubat penyubur (fertility drug).

(d)Ujian D & C

Di sini secebis tisu dari selaput dinding rahim yang digelar ‘endometrium’ diambil untuk dikaji mikroskop. Ujian ini perlu dilakukan pada waktu yang tertentu iaitu dalam separuh masa kedua dalam pusingan haid (second half of cycle). Sel sekretori pada endometrium menandakan berlakunya ovulasi.

(e)Pemeriksaan ‘Laparoscopy’

Selain dari tujuan untuk mempastikan keutuhan saluran fallopian, ia juga dilakukan untuk melihat keadaan ovari. Dari sini bukti bagi pengeluaran telur boleh didapati dengan adanya ‘corpus luteum’ pada ovari. Kadangkala ‘biopsy of ovary’dengan mana sedikit tisu ovari diambil untuk dikaji selnya akan dilakukan ketika laparoscopy.

  Bukti multak bagi menunjukkan seseorang wanita itu mengeluarkan ovum ialah kehamilan. Jika ia boleh hamil, nyatalah ia telah mengeluarkan ovum. Ujian-ujian untuk menentukan paras hormon dalam darah dan air kencing boleh juga mempastikan ovulasi.

Sebab-sebab kegagalan Wanita Mengeluarkan Ovum (Ovulasi)

Lebih kurang 20 peratus dari wanita-wanita mandul disebabkan oleh kegagalan ovulasi. Sebab kegagalan ini sangatlah banyak dan tidak perlu dinyatakan satu persatu. Sebelum dijelaskan sebab-sebab tersebut, penting bagi kita memahami bagaimana proses kawalan ke atas pengeluaran telur itu dilakukan.

  Proses kawalan bagi pengeluaran telur dari ovari adalah rumit sedikit. Kawalan berpunca dari otak di mana faktor-faktor emosi dan psikologi memberi sedikit pengaruh. Kilang hypothalamus dan pituitari yang terletak di bahagian bawah otak mempunyai pengaruh secara langsung ke atas ovari menerusi perantaraan hormon-hormon.

  Perimbangan hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari serta dengan hormon keluaran ovari adalah penting untuk menjayakan pengeluaran ovum. Ovari perlu juga mempunyai bentuk dan fungsi yang normal. Sesuatu kelainan seperti tumbuhan, jangkitan kuman dan kelainan dalam rangkaian kromosom adalah di antara beberapa sebab yang boleh menimbulkan kegagalan ovulasi.

  Penyakit-penyakit pada kilang hypothalamus dan pituitari khususnya tumbuhan, boleh menyebabkan kegagalan proses ovulasi. Ubat-ubat khususnya pil perancang keluarga dan hormon-hormon lain juga menindas pengeluaran ovum dari ovari secara mengganggu perimbangan hormon dalam badan.

  Keadaan tidak seimbang dalam sukatan hormon khususnya hormon-hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari, kilang tiroid dan kilang adrenal boleh menyebabkan kegagalan ovulasi. Kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka juga seringkali tidak mengeluarkan ovum. Ini merupakan satu cara natural bagi pencegahan kehamilan dan perancangan keluarga.

  Banyak lagi penyakit-penyakit boleh menyebabkan kegagalan ovulasi tetapi tidak perlu dinyatakan semuanya di sini. Perlu juga ditekankan bahawa gangguan psikologi atau emosi boleh juga menyebabkan kegagalan ovulasi.

  Penyelidikan dan penyiasatan yang teliti perlu dilakukan untuk menentukan sebab kegagalan ovulasi. Ini memerlukan beberapa jenis ujian yang mudah serta rumit. Setengah daripada ujian-ujian ini termasuklah X-ray kepala, menyukat paras hormon dalam darah, pemeriksaan laparoscopy, analisa rangkaian kromosom, pemeriksaan kencing, ujian pandangan (visual field), biopsi ke atas ovari untuk kaji tisu dan lain-lain.

  Tujuan ujian-ujian ini ialah untuk menentukan punca bagi kegagalan ovulasi. Penyiasatan ke atas wanita-wanita yang mandul khususnya jika disebabkan kegagalan ovulasi, menjadi lebih rumit.

  Bidang-bidang terbaru dalam penyiasatan dan rawatan kes mandul ialah bidan ‘endocrinology’ iaitu kajian tentang paras hormon dan juga rawatan dengan ubat-ubat penyubur (fertility drugs). Bidang ini belum lagi berkembang dengan giatnya di negara kita. Walaupun demikian beberapa langkah sedang diambil untuk mencapai tujuan ini.

Rawatan

Rawatan bagi kegagalan ovulasi adalah ditujukan terhadap punca sebabnya. Jika ia disebabkan oleh sesuatu penyakit yang timbul pada kilang tiroid (leher) atau kilang adrenal (atas buah pinggang), rawatan-rawatan khusus adalah diperlukan.

  Jika ovari menjadi bengkak penuh dengan tumbuhan ‘cyst’ (polycystic ovary syndrome) satu pembedahan kecil mungkin diperlukan. Tetapi biasanya keadaan ini boleh dirawat dengan ubat penyubur iaitu clomiphene. Jika ovari tidak langsung mempunyai follikal-follikal yang bakal menjadi telur seperti dalam keadaan penyakit ‘ovarian agenesis’, maka tidak ada rawatan yang boleh membaikinya. Penderita ini diangap mandul langsung.

  Jika kegagalan ovulasi disebabkan oleh tumbuhan dalam kilang pituitari, rawatan khusus dengan pembedahan atau pancaran ‘radiotion’ perlu diberikan. Banyak daripada penderita-penderita didapati tidak menghidap sesuatu jenis penyakit organik. Tetapi kegagalan ovulasi adalah disebabkan oleh keadaan yang tidak seimbang dalam sukatan hormon. Dalam hal demikian ubat-ubat penyubur atau fertility drugs adalah rawatan yang paling sesuai.

Ubat-ubat Penyubur (Fertility Drugs)

Beberapa ubat penyubur telah dicipta dan sedang digunakan untuk merawat penderita-penderita mandul yang disebabkan oleh kegagalan ovulasi. Ubat-ubat ini biasanya berkesan jika kegagalan ovulasi berpunca dari keadaan tidak seimbang dalam paras hormon. Ubat penyubur yang paling sering digunakan dan paling berkesan sekali ialah ‘clomiphene’.

  Ubat-ubat ini biasanya diberikan pada hari kedua atau kelima selepas keluar haid untuk selama lima hari. Ubat penyubur bertindak dengan meningkatkan pengeluaran hormon FSH dan LH dari kilang pituitari yang kemudiannya ke atas ovari mendesaknya untuk mengeluarkan ovum. Dos ubat ini ditingkatkan jika hasil dari rawatan dos terkecil tidak memuaskan. Panduan dengan carta suhu badan adalah sangat penting bagi penderita-penderita yang dirawat dengna ubat ini.

  Pada keseluruhan kejayaan untuk menghasilkan ovulasi ialah lebih kurang 70 peratus dan kadar kehamilan lebih kurang 50 peratus Kerumitan yang mungkin timbul dari rawatan ini adalah terlalu kecil dan ringan. Kebanyakan wanita-wanita yang menerima rawatan tidak mengalami apa-apa kesusahan. Kadar kehamilan kembar bagi wanita yang menerima rawatan ini hanyalah 10 peratus sahaja.

  Satu lagi jenis ubat penyubur yang kini digunakan ialah ‘Bromocryptine’. Tetapi ubat ini adalah khusus bagi penderita-penderita mandul yang mana paras hormon ‘prolactin’ dalam darahnya sangat tinggi. Paras tinggi prolactin dalam darah boleh menindas pengeluaran ovum. Rawatan dengan ubat ini boleh menghasilkan ovulasi dan kehamilan kerana ubat ini menindas paras prolactin sehingga ke paras normal. Ini merupakan satu bidang terbaru dalam lapangan ‘reproductive endocrinology’ dan rawatan kemandulan. Kita sekarang mempunyai keupayaan untuk menyukat paras ‘prolactin’ dalam darah, serta merawat wanita-wanita dengan ubat-ubat Bromocryptine. Tetapi hasil rawatan setakat ini belum dapat lagi dinilai.

Ubat Penyubur “Gonadotrophins’

Hormon-hormon ‘gonadotrophins’ adalah dikeluarkan oleh kilang pituitari. Jika kegagalan ovulasi disebabkan oleh paras rendah dalam sukatan “Gonadotrophins’, rawatan khusus ialah dengan memberikan hormon tersebut. Pengawasan yang rapi dengan menyukat paras-paras hormon adalah amat penting dilakukan ke atas wanita yang menerima rawatan tersebut.

  Jika ada sesuatu kesilapan, kehamilan berganda seperti kembar 8 atau 10 boleh berlaku dan juga ovari boleh menjadi bengkak serta membahayakan kesihatan wanita itu. Kita belum lagi mempunyai keupayaan untuk memberi serta mengawasi rawatan hormon tersebut Biasanya rawatan ini diberikan jika rawatan dengan ubat clomiphene gagal untuk menghasilkan ovulasi.

  Banyak lagi jenis ubat penyubur yang lain tetapi tidak perlu dibincangkan dalam buku ini. Ubat penyubur yang saya sering gunakan iaitu ‘clomiphene’ dan ia memberi hasil yang agak memuaskan. Wanita-wanita yang menerima ubat penyubur perlu mengambil sukatan suhu badan setiap hari kerana ini boleh memberi panduan penting kepada doktor yang merawat. Ujian ke atas sukatan paras hormon sering juga digunakan untuk memberi panduan. Perlu diketahui bahawa ubat-ubat penyubur adalah sangat mahal harganya.

Lain-lain Sebab Kemandulan

Kadangkala terdapat kes-kes mandul di mana selepas semua ujian-ujian dan siasatan didapati kedua belah pihak adalah ‘normal’ tetapi mereka gagal untuk mendapatkan kehamilan. Satu sebab penting yang ditimbangkan ialah ‘immulogical incompatibility’. Ini adalah satu keadaan di mana isteri dan suami tidak serasi dan isteri kemudian membentuk sejenis antibodi terhadap benih-benih suami. Antibodi ini kemudian memusnahkan benih-benih suami dan dengan ini percantuman benih dengan ovum tidak boleh berlaku. Ujian untuk kepentingan ukuran antibodi belum dapat dipastikan. Masalah ketidakserasian (immulogical incompatibility) telah dicerita dalam satu kisah kelamin yang mandul selama beberapa tahun tetapi semua ujian-ujian menunjukkan kedua suami isteri itu normal.

Last Updated ( Monday, 12 February 2007 09:13 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday52
mod_vvisit_counterYesterday4006
mod_vvisit_counterThis week4058
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month21481
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10621556

Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: Feb 06, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com