Suntikan Benih Suami

E-mailPrintPDF

INSEMINASI BENIH SUAMI DAN PENDERMA

Kemandulan orang lelaki adalah satu hakikat yang terpaksa diterima sebagai satu kenyataan. Kenyataan ini mungkin mengancam ‘ego’ dan maruah seesorang lelaki. Seperti yang telah dinyatakan pihak lelaki bertanggungjawab ke atas 30-40 peratus kejadian-kejadian mandul di kalangan kelamin-kelamin yang datang ke klinik mandul.

  Berdasarkan pada pemeriksaan benih-benih dalam air mani, kemandulan lelaki boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, pertamnya mereka yang mandul langsung kerana tidak terdapat benih lansung dalam air maninya (azoospermia). Keduanya mereka yang kurang subur iaitu hitungan benih kurang dari paras normal (oligospermia).

  Sejarah inseminasi benih, amatlah menarik kerana ia mula digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan baka-baka yang baik dan amalan ini masih dilakukan dengan meluas di kalangan haiwan-haiwan seperti lembu dan lain-lain. Prinsip ini kemudiannya disesuaikan oleh doktor-doktor untuk digunakan ke atas manusia. Inseminasi benih meliputi dua jenis iaitu:

 (i.)Inseminasi benih suami (Artificial Insemination Husband atau AIH) di mana air mani suami digunakan, dan

(ii.)Inseminasi benih penderma (Artificial Insemination Donor atau AID) di mana air mani penderma digunakan.

  Dalam inseminasi benih sama ada menggunakan benih suami (AIH) atau pun benih penderma (AID), air mani tersebut dimasukkan ke dalam kemaluan penderita wanita oleh doktor ketika ianya dalam waktu subur (fertile period) iaitu waktu ovulasi dijangka berlaku.

   Sebelum inseminasi benih dilakukan, wanita berkenaan perlu menjalankan ujian seperti yang telah dibincangkan dalam bab-bab terdahulu untuk menentukan sama ada ianya mengeluarkan ovum, saluran fallopiannya terbuka dan ruang rahimnya normal atau tidak. Penilaian-penilaian oleh doktor adalah penting untuk menentukan bahawa perkakas pembiakan wanita itu normal kerana kejayaan inseminasi bergantung kepada keutuhan saluran peranakan tersebut.

  Satu masalah besar ialah menentukan waktu subur (ovulasi) dan perkara ini telah dibincangkan dalam bab-bab terdahulu. Carta suhu badan adalah sangat mustahak kerana waktu ovulasi boleh digambarkan dalam carta tersebut. Kadangkala penyubur perlu diberikan untuk memastikan ovulasi berlaku, dan penentuan paras hormon LH perlu dilakukan untuk memastikan waktu ovulasi.


1.  Inseminasi Benih Suami (AIH)

Inseminasi menggunakan air mani suami (AIH) hanya boleh dilakukan jika air mani suami mengandungi benih-benih tetapi hitungan benih itu rendah ataupun pihak suami menghidap suatu penyakit seperti lemah tenaga batinnya dan persetubuhan tidak boleh berlaku dengan jayanya. Kelemahan tenaga batin mungkin disebabkan oleh ‘impotence’ atau ‘premature ejaculation’.

  Air mani suami boleh dikumpulkan dan kemudiannya disuntikkan ke dalam faraj isteri ketika ia dalam waktu subur. Pakar-pakar dalam bidang ini sedang berusaha untuk mencipta satu cara di mana benih-benih lelaki boleh dipekatkan (concentration) dan juga diperkuatkan tenaga (energization), tetapi usaha ini belum mencapai kejayaan yang pesat. Walaupun demikian cara bagi menyimpan air mani tanpa merosakkan atau memusnahkan benih-benih telah banyak digunakan di negara-negara barat iaitu dengan menggunakan bank simpanan benih (sperm bank).

  Pada keseluruhannya kejayaan dikira dari kadar kehamilan dengan AIH hanyalah antara 10-20 peratus sahaja. Sebab utama kegagalan AIH ialah biasanya benih suami tidak cukup banyak atau bentuknya serta pergerakannya mungkin tidak normal.


2.  Inseminasi Benih Penderma (AID)

Dalam inseminasi ini (AID), air mani penderma digunakan. Persemaian ini dilakukan jika suami tidak mempunyai benih langsung (azoospermia) ataupun pihak suami menghidap penyakit kongenital yang boleh diwarisi oleh anak yang dihasilkan olehnya. Oleh kerana persemaian benih penderma (AID) ini melibatkan air mani orang lain, dan bukan suaminya, ia mungkin tidak dapat diterima oleh penderita-penderita yang beragama Islam. Hukum Islam mungkin tidak boleh menerima cara pengubatan ini dan tidak boleh menerima anak yang dilahirkan sebagai anak yang sah. Jika anak yang dilahirkan itu perempuan, soal wali akan timbul ketika anak itu akan bernikah. Bolehkah ‘bapa’ iaitu suami pesakit itu dterima sebagai walinya? Ini merupakan salah satu daripada soalan yang mungkin ditimbulkan dalam perkara kontraversial ini.

  Selain dari masalah agama, soal hukum undang-undang juga mungkin akan timbul terutama ketika membahagikan harta. Bolehkah anak yang dilahirkan secara AID mewarisi harta ‘bapa’ dan juga dalam hal lain-lain yang berkaitan dengan pewarisan. Di negara-negara barat di mana inseminasi benih penderma (AID) dilakukan dengan giatnya, mereka atasi masalah undang-undang dengan menjalani proses ‘adoption’ secara sah. Tetapi kedudukan undang-undang di negara kita dalam hal ini belum lagi dijelaskan.

  Satu lagi masalah yang mungkin timbul berikutan dengan AID ialah masalah piskologi atau mental. Keutuhan dan ketenteraman rumahtangga akan tergugat. Sebelum melakukan AID, penting bagi doktor menyelidik aspek-aspek ini dengan mendalam supaya kerumitan-kerumitan boleh dijauhi. Jika didapati perkongsian hidup tidak begitu damai atau stabil lebih baik AID dijauhkan. Persetujuan secara bertulis dari kedua pihak iaitu suami dan isteri adalah diperlukan sebelum doktor menjalankan inseminasi benih penderma.

  Walaupun AID mungkin menimbulkan beberapa kerumitan, namun ia hanya merupakan satu penyelesaian bagi mengatasi masalah kelamin-kelamin yang mandul yang mana suami tidak mempunyai benih langsung. Di zaman ini bilangan anak-anak yang boleh ‘diangkat’ adalah sangat terhad. Semakin sukar bagi kelamin-kelamin untuk mengambil anak angkat walaupun mereka bersedia membayar sagu hati beratus atau beribu-ribu ringgit kepada ibu bapa anak itu. Di Amerika terdapat skandal di mana ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ‘menjual’ anak-anak mereka dengan harga yang amat tinggi.
 

Pemeriksaan Ke Atas Penderma Air Mani

Sebelum seseorang lelaki boleh menjadi penderma benih, beberapa pemeriksaan akan dilakukan ke atasnya. Biasanya identiti atau pengenalan penderma tersebut dirahsiakan dan wanita yang akan mendapat AID tidak langsung mengetahui air mani siapakah akan digunakan ke atasnya. Biasanya beberapa perkara akan disemak untuk mencapai persamaan terutamanya dari segi bangsa, rupa, warna kulit, ukuran tinggi dan jika boleh kumpulan darah yang sama. Ujian-ujian yang akan dilakukan ke atas penderma ialah untuk memastikan air maninya mengandungi benih-benih yang normal, ia tidak menghidap penyakit-penyakit VD (Veneral Disease) dan penyakit mental dan juga kumpulan darahnya akan dipastikan.

  Penderma akan mengeluarkan air mani secara masturbasi pada hari yang ditetapkan untuk AID. Sebaiknya air mani yang baru dikeluarkan adalah paling sesuai. Selepas dua belas jam, bilangan benih-benih yang hidup menjadi berkurangan. Penentuan masa bagi AID adalah satu masalah besar misalnya pada ketika wanita itu sedang subur, penderma mungkin tidak boleh menderma air maninya. Untuk mengatasi masalah ini, pakar-pakar telah mencipta ‘sperm bank’ iaitu tempat simpanan air mani. Di sini air mani penderma boleh disimpan untuk beberapa tahun. Dengan adanya cara simpanan ini, banyak air mani dari penderma-penderma boleh dikumpul dan disimpan dalam peti sejuk dan apabila sampai waktunya yang sesuai bagi AID, air mani tersebut boleh digunakan.

Cara-cara Melakukan Inseminasi

Ketika wanita dalam waktu subur (ovulasi) air mani penderma (AID) atau suami (AIH) dimasukkan dalam faraj dan pangkal rahim. Selepas itu wanita berkenaan berbaring untuk setengah jam atau lebih. Satu alat seperti ‘cap’ boleh juga digunakan untuk mencegah air mani itu mengalir keluar dari lubang faraj. ‘Cap’ ini kemudian dikeluarkan oleh pesakit sendiri empat jam kemudian.

Lain-lain cara persemaian radas boleh juga dilakukan seperti menyuntik air mani terus ke dalam ruang rahim. Tetapi cara-cara tersebut jarang dilakukan, kerana menimbulkan kesakitan oleh sebab ‘uterine cramp’.

Kerumitan-kerumitan

Beberapa kerumitan mungkin berlaku selepas persemaian misalnya keluaran darah dari kemaluan, jangkitan kuman dan rasa kesakitan di bahagian rahim. Walaupun demikian kerumitan-kerumitan tersebut jarang berlaku.

Kejayaan AID

Kejayaan selepas AID dikira dari kadar kehamilan adalah memuaskan dan lebih baik jika disbanding dengan persemaian benih suami (AIH). Kadar kehamilan selepas AID ialah antara 60 hingga 70 peratus.

  Sebagai rumusan, inseminasi benih merupakan salah satu daripada cara-cara perawtan bagi kemandulan khususnya dengan AID tetapi dari segi perubatan ia merupakan cara yang lebih baik dari AIH. Sebagai seorang doktor yang merawat pesakit cara-cara ini  dikemukakan kepada semua penderita-penderita tidak kira bangsa atau agama dan keputusan untuk menerima rawatan ini terpulanglah kepada kedua suami dan isteri.

Last Updated ( Monday, 12 February 2007 09:15 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3893
mod_vvisit_counterYesterday3950
mod_vvisit_counterThis week3893
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month21316
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10621391

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: Feb 05, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com