Mengatasi Ketidaksuburan

E-mailPrintPDF

familyarrow_icon01Mengatasi Masalah Ketidaksuburan

Masalah kesuburan ini adalah tanggungjawab bersama dan merupakan dugaan pasangan yang sudah berumah-tangga. Kes-kes ketidaksuburan, 35% adalah disebabkan penyakit atau kecacatan pada zakar dan sperma oleh suami, 35% lagi ialah oleh penyakit dan kecacatan di organ peranakan isteri, 5% pula kedua-dua sama-sama menyumbang kepada masalh ketidaksuburan di dalam perkahwinan mereka. 20% lagi tidak diketahui puncanya serta 5 % lagi mandul dan disahkan gagal untuk menghasilkan cahayamata akibat tiada sperma dan juga mengalami kerosakan yang berkekalan pada organ peranakan.

Tetapi anda mempunyai peluang meningkatkan nya ke 70% untuk berjaya hamil kalau anda merawat masalah anda ini dari awal.

*Di klinik Dr. Hamid Arshat lebih 85% pesakit hamil selepas melalui rawatan dengan izin Allah s.w.t.

Penerangan tentang sebab berlakunya masalah kesuburan serta cara rawatan

1. i) Libido rendah/ Phobia
Sesetengah suami ataupun isteri mengalami stress sehingga menyebabkan mereka tiada nafsu untuk melakukan hubungan seks. Akibat tekanan kerja, rumah-tangga , keluarga dan sebagainya nafsu syahwat mereka terjejas dengan teruk sehinggakan menyebabkan mereka tidak bernafsu untuk bersama. Ada sesetengah pihak mengalami kesan psikologi yang mendalam akibat peristiwa seks yang lepas yang menyebabkan dia merasa bersalah, bingung dan konfius. Usaha mengatasinya adalah dengan mengubah cara pemikiran, bersifat positif, mengamalkan riadah serta membanyakkan ibadat pada Allah.
Dalam kes ini kebanyakan kes phobia melanda wanita. Mereka mengalami kesan psikolgi yang mendalam sehinggkan menolak ajakan suami untuk bersama. Dalam banyak kes inijuga suami akhirnya akan mengalami stress dan libidonya menjadi rendah lantaran tindakan isterinya menolak permintaannya. Ada yang terdesak serta berkahwin lain lantaran untuk mendapat layanan batinnya. Dalam kes ini walaupun phobia isteri adalah sangat nyata bagi dirinya tetapi dia tak boleh terlalu mengikut perasaan. Dia perlu menjalani kaunseling dan menghentikan dolak-dalihnya kalau mahu mendapat kerestuan suami di dunia dan akhirat. Kalau menurut rawatan dari sudut islam, si-isteri sedang melayani bisikan iblis supaya takut dan tidak melayan kehendak suami. Dalam kes ini kalau berpanjangan tanpa usaha mengatasinya, dia akan menjadi derhaka pada suami. Selalunya doktor Hamid akan melakukan surgeri Fenton untuk melonggarkan selaput daranya untuk meredakan kesan psikologinya. Tetapi masih ramai mengikut phobianya sehinggakan selepas pembedahan pun apabila diletakkan satu jari dalam rahim, pesakit akan menjerit dan meracau.

Rawatan:
1. Untuk masalah ini pasangan perlu merujuk pakar psikoterapi untuk menjalani kaunseling dan mengubah gaya hidup.

2. Isteri boleh melakukan pembedahan Fenton.

3. Isteri perlu merangsangkan otak setiap kali sebelum bersama dan membayangkan persetubuhan yang indah dan berjaya. Fikirlah positif bahwa seks adalah nikmat dan satu ibadah. Dan ulanginya setiap kali bersama.

1.ii) Suami-isteri tak serasi darah
Setengah suami-isteri darah mereka tidak serasi/ blood incompatible. Pada zaman dahulu sesetengah keluarga menyuruh bakal menantu
menjalani ujian keserasian darah. Tapi jarang suami dan isteri dilanda fenomena darah tak serasi ini. Kalau nak lakukan boleh pergi ke
mana-mana pusat BP Lab dan lakukan ujian keserasian darah.

 

2. Sperma rendah
Di awal peringkat ujian suami dikehehendaki melakukan ujian sperma / semen analysis test. . Sekiranya suami tiada masalah maka isteri akan diberi perhatian dan dirawat seterusnya. Jika ujian mendapati sperma suami rendah serta tidak berkualiti. Kes ini dipanggil azoopsermia dan juga oligoospermia. Ini bermakna jumlah sperma kurang dari 20 juta (oligoospermia) ataupun tiada langsung (azospermia)serta bergerak lambat dan tidak sihat.

Suami perlu memakan ubat hormone yang tertentu yang disyorkan pakar sakit puan atau dirujukkan pada pakar urologis. Dengan pakar sistem perkencingan suami boleh menjalani ujian untuk melihat sama ada tiub tersumbat, serta jika perlu melakukan BIOPSY atas zakar melalui nasihat pakar.

Biasanya kalau pesakit lelaki mempunyai sperma rendah maka dia perlu

i.    mengambil anti-biotik ( atas nasihat doktor)
ii.   mengambil supplement anti-oksidan, seperti Vitamin E, Vitamin C
iii.  Ambil hormon testorone

Seterusnya dicadangkan : 

Rawatan:
1. Lakukan Prosedur Ujian Penyemaian Berhadas / Intra-uterine insemmination / IUI. selama 4-5 kali (rehat 3 bulan antara setiap prosedur).

2. Kalau masih tak berjaya, rehat dahulu kemudian untuk lakukan Prosedur In-vitro Insemmination- ICSI (IVF.- ICSI).

3. Kalau masih tak berjaya selepas 10 tahun timbang untuk ambil anak angkat. (Ada segelintir pesakit mendapat anak selepas mengambil anak angkat).

4. Suami mati-pucuk / erectile dysfunction.
Sesetengah lelaki tidak mempunyai daya regangan pada organ sulitnya. Bila ini berlaku suami-isteri tidak dapat bersama. Kebanyakan berpunca dari tekanan dan kesan psikologi yang mendalam dari peristiwa yang lepas. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menjalani kauseling supaya dapat mengatasi tekanan perasaan. Suami perlu jua menjaga kesihatan mentalnya dengan banyak mengamalkan pembacaan tentang cara membaiki diri
melalui pembacaan buku motivasi, mengamalkan riadah, Meningkatkan ibadat memaafakan diri sendiri. Sokongan isteri adalah mustahak dan isteri digalakkan untuk bersifat sabar serta memahami kekurangannya.

5. Suami ejakulasi pra-matang
Berlainan dari mati pucuk, dalam kes ejakulasi pra-matang organ sulit suami boleh tegang tapi dia akan mengeluarkan air-mani dengan cepat. Apabila dia terangsang dia terus terpancut air-maninya sebelum boleh memasuki isterinya.

Bila suami mempunyai masalah ini maka peluang untuk hamil menjadi makin rendah. Namun berkat usaha dan kepercayaan masih ada pasangan yang berjaya hamil. Jadi jangan berputus-asa.

Sekarang ini saya akan membincangkan tentang penyakit dan punca-punca isteri tak boleh mengandung.

6. Dara yang tebal.
Berlainan dari phobia dara yang tebal adalah selaput dara / hymen yang lebih tebal dari yang biasa dialami wanita. Akibatnya pesakit mengalami kesakitan yang lebih dari biasa apabila cuba melakukan hubungan seks pada malam pertama. Ini boleh menyebabkan timbulnya phobia iaitu takut untuk bersama suami lantaran takut sakit.

Glossary

IVF-ICSI
Sejenis pembedahan yang mahal, anggaran dari RM10,000 ke atas serta risiko kejayaan pun rendah. Sekitar 30%. Isteri akan mengambil suntikan
hormon dan dikehendaki mengikut jadual tertentu supaya telur yang terbaik dapat dikeluarkan melalui pembedahan. Air-mani suami akan
diambil serta sperma yang paling elok akan diambil dan disenyawakan di dalam alat petri dengan jarum khas pipette. Bila persenyawaan berlaku
gamette itu akan dimasukkan ke dalam rahim wanita balik semula.

Perkhidmatan IVF / IVF -ICSI http://www.IVFDamansara.com.my emel Encik Shamsul

Ujian penyemaian Berhadas / IUI.
Cara melakukan persenyawaan telur di mana suami dikehendaki mengeluarkan air-mani secara masturbasi. Air-mani yang ditapis akan dimasukkan
menggunakan intra-uterine (IUI.) cannula yang berbentuk seperti jarum suntik plastik yang bipis dan panjang. Air mani disuntik ke dalam faraj sambil pesakit perempuan baring di atas katil khas. Selepas itu pesakit akan baring selama 20 minit hingga setengah jam.

Ujian sperma / semen analysis
Sperma suami perlu dianalisa supaya diketahui kualiti spermanya. Sama ada sedikit atau tak cergas.

Last Updated ( Tuesday, 28 November 2006 22:59 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1535
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29813
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98581
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131750

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com