Masalah keputihan dan jangkitan kuman
Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita.
Perkara
yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti
siplis dan gonorrhea iaitu penyakit penyakit yang dijangkitkan menerusi
hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau
mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum
berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam
kesuburan mereka di masa hadapan kelak.
1. Peranan lendir di dalam faraj
Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Di sebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.
Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian lendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.
Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.
Lendir ini
mempunyai daya untuk membekal makanan
dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan
hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya
benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir
di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan
perubahan paras hormon.
2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?
Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim.
Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.
Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.
Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.
Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.
Sifat lendir yang normal
Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.
3. Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran
lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem
peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat
putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi
rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna
kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu
diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.
4. Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa
jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah
daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan
saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila
jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang
akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan
dan lain-lain.
i. Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama Trichomonas sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk
ii. Kulat
Kulat yang digelar dengan nama Monilia atau candida sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.
iii. Virus
Virus seperti herpes dan chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.
5. Apakah bahaya jangkitan kuman
6. Bagaimana kuman berjangkit?
Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.
Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity).
Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.
| < Prev | Next > |
|---|















