Mengapa perlu D&C

E-mail Print PDF

 

Tatacara D & C

D & C adalah kependekan bagi “dilation and curettage”.

D&C boleh dilakukan untuk pelbagai sebab dan ia bermaksud:

Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim sedangkan curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser pada dinding rahim.

Apakah tujuan kita melakukan D & C

Ini adalah satu tata-cara yang paling sering dilakukan ke atas wanita untuk berbagai sebab dan tujuan. Ia mungkin dilakukan sendirian atau bersama-sama tatacara pembedahan yang lain. Diantara tujuan-tujuan melakukan D&C ialah.

1. Kita melakukan D & C tujuan untuk mengatasi masalah kemandulan ialah wanita yang telah lama mencuba untuk hamil tetapi masih gagal.

D&C dilakukan sebagai kaedah rawatan yang termudah di peringkat awal untuk membesarkan saluran pintu rahim dan untuk membersihkan rahim daripada lemak-lemak yang mungkin mencegah daripada pencatuman benih dan pertumbuhan embryo pada dinding rahim
.
Ia mungkin juga boleh membuka kesumbatan pada saluran fallopian apabila disertai dengan prosedur “Hydrotubation”.

Hydrotubation ialah satu kaedah dimana ubat cecair disuntikkan melalui pintu rahim dengan tekanan yang kuat ke dalam ruang rahim dengan tujuan untuk membuka saluran fallopian.

Kaedah seperti ini juga dilakukan untuk tatacara x-ray yang digelar “Hysterosalpingogram” tetapi pada x-ray ia disertai dengan pengambilan gambar
filem. Sedangkan ketika D & C dan hydrotubation tidak disertai dengan x-ray tetapi pergerakan air ke dalam saluran fallopian boleh dikesan melalui ultra-sound scanning.

2. D&C dilakukan untuk membersihkan rahim daripada sisa tisu, uri atau selaput daripada kehamilan yang gugur tetapi tidak sempurna kegugurannya.

Jika dibiarkan, sisa-sisa tisu ini ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan dan mungkin boleh juga dijangkiti kuman mengakibatkan sukar untuk wanita tersebut hamil lagi dimasa hadapan.
Oleh itu pembersihan ruang rahim melalui proses D&C adalah sangat penting untuk mencegah dua kerumitan tersebut.

3. D&C juga dilakukan untuk mengesan penyakit kanser khususnya kanser rahim.

Di kalangan wanita-wanita yang mengalami masalah seperti pendarahan selepas putus haid, pendarahan yang tidak tentu masa di luar haid dan juga bagi mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan, D&C akan dapat mengesan apa jenis penyakit kerana tisu-tisu yang didapati daripada dinding rahim akan dihantar ke makmal untuk ujian kaji-sel (histopathology).

4. D&C juga dilakukan untuk tujuan membersihkan rahim daripada kehamilan yang luar biasa seperti “Molar Pregnancy”.
Dalam keadaan molar pregnancy atau kehamilan anggur ini kandang-kala D&C dilakukan dua kali dengan jarak dua minggu antara pertama dengan kedua.
Tujuannya ialah membersihkan rahim daripada sisa-sisa sel molar yang ada berkemungkinan di masa hadapan kelak menjadi kanser rahim.

5. D&C juga dilakukan untuk membuang tumbuhan fibroid yang kecil atau “polyps” yang mungkin berlaku di pintu rahim dan dalam rahim khususnya bagi tumbuhan yang kecil.

Cautery

Lain-lain tata-cara yang dilakukan beserta dengan D&C termasuklah 'cautery' pintu rahim jika berlaku 'erosion' atau hakisan yang menyebabkan jangkitan kuman dan pengeluaran lendir yang banyak, berbau dan berwarna dan ia tidak boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Rawatan 'cautery' iaitu penggunaan letrik (electro-cautery) ataupun menggunakan kaedah sejuk (cryo-cautery) pada pintu rahim. Setelah dicautery lapisan baru akan tumbuh pada pangkal rahim dan dengan ini masalah hakisan (erosion) akan dapat diatasi

Wanita-wanita yang menjalani D&C yang disertai dengan prosedur lain, hanya perlu dimasukkan ke wad harian di klinik atau di hospital. Ia masuk di waktu pagi hari pembedahan setelah berpuasa selama enam jam. Pesakit kemudiannya dibius untuk memudahkan tatacara dilakukan. Biasanya ia perlu berehat selepas pembedahan ini selama dua hingga empat jam dan pesakit akan dibenarkan balik.

Selepas D&C pesakit akan mengalami sedikit perdarahan, bergantung kepada apakah sebab D&C dilakukan. Ada yang mengalami pendarahan dalam satu atau dua hari, ada yang sampai 10 hari atau lebih. Biasanya pemulihan selepas D&C untuk keguguran atau kehamilan luar biasa mengambil masa selama dua minggu. Tempoh waktu tersebut diperlukan untuk pemulihan rahim.

Last Updated ( Tuesday, 09 January 2007 19:23 )  

Login Ahli

Who's Online

We have 4 guests and 0 members online

    Statistik

    Total Members : 9499
    Latest Member : anamillitrack
    Today : 16 Registers
    This Week : 67 Registers
    This Month : 170 Registers
    mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
    mod_vvisit_counterToday1142
    mod_vvisit_counterYesterday8737
    mod_vvisit_counterThis week53523
    mod_vvisit_counterLast week58314
    mod_vvisit_counterThis month104697
    mod_vvisit_counterLast month199375
    mod_vvisit_counterAll days5998704

    Your IP: 38.107.191.86
     , 
    Today: Mar 12, 2010

    Lokasi Kami


    View Business Listing in a larger map

    Hubungi Kami

         Klinik Dr. Hamid Arshat
         75M Medan Setia Satu,
         Plaza Damansara, Bukit Damansara,
         50490 Kuala Lumpur,
         Malaysia

    Telefon temujanji:

    • 603 - 2094 5800
    • 603 - 2094 5262
    • 603 - 2094 1115
    Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com
    • nysfh13@hotmail.com