Merancang
Jantina Bayi ?
Merancang
anak lelaki
Petua
yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan
izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.
Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut
ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri
hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum XY
(anak lelaki) XX (anak perempuan).
Ciri-ciri
benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih
cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup
lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan
benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk
mencuba anak lelaki, ikuti garis
panduan berikut:
1.
Makanan yang asid seperti
buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan
selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan
laut adalah digalakkan, zat-zat
logam kalsium dan magnesium
juga diperlukan.
2.
Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri
( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah
mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan
dan Kemandulan.
3.
Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali
dengan melakukan douching
atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet
dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan.
Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4.
Kaedah suntikan benih lelaki (
artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering,
atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan
lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan
jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit
ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang
anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;
1.
Digalakkan memakan makanan yang berasid
seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas
dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2.
Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan
bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan
ujian-ujian subur. Sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan
3.
Melakukan douching dengan menggunakan
cecair asid (very dilute lactacyd) 2
jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
Bila
boleh tahu ?
Ujian
Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan
antara 5-6 bulan.
Bolehkah
merancang anak kembar
Dalam
keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan
kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.
Wanita-wanita
yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka
yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang
menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang
dapat anak kembar ialah 20-30%.
Anda
boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa
risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.
Makanan
terbaik untuk pembentukan otak.
Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak
bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya
daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis
makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang
hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.
Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?
Minyak ikan dipercayai juga penting bagi
pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar
yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan
tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !
| < Prev | Next > |
|---|















