Mulakan Rawatan

E-mailPrintPDF

Bila patut mula dapatkan rawatan?
Bagi wanita, motivasi untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin memang satu perkara yang semulajadi walaupun kadang-kala pihak suami suka menangguh-nangguhkan.       Waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan ialah setelah setahun lamanya berkahwin dan setelah dalam masa itu  berusaha  dengan kuat untuk mendapatkan zuriat tetapi gagal.     Kerana mengikut perangkaan, lebih kurang 80 peratus daripada pasangan kelamin telah hamil di akhir tahun pertama perkahwinan mereka.    Jadi kalau ada pasangan yang masih gagal lagi dalam tahun pertama dan masuk ke tahun kedua, sepatutnya mereka sudah mulakan usaha-usaha untuk mendapatkan nasihat. Langkah pertama  yang paling baik sekali  ialah untuk mereka menemui doktor biasa (general practitioner) yang terdekat dengan rumah atau pejabat untuk mendapatkan nasihat tentang teknik mengesan waktu subur untuk meningkatkan kemungkinan hamil. 

   Ini termasuk nasihat seperti pemakanan.
 
Nasihat untuk mengurangkan tahap stress atau tekanan jiwa dan emosi
  Memakan
ubat-ubatan umum seperti multi vitamin.     
  Kaedah untuk mencatitkan suhu badan bagi mengesan waktu subur  perlu dijelaskan dan nasihat waktu subur yang sesuai   untuk mengadakan hubungan kelamin. Belilah alat pengukur suhu badan (Fertility/Ovulation thermometer) dari farmasi serta dapatkan penjelasan tentang penggunaannya.    

Inilah langkah-langkah yang pertama, ada setengah doktor biasa yang mempunyai alat “ultrasound” yang boleh mengesan penyakit dalam alat peranakan.  

 Beri tempoh tiga bulan
Nasihat saya ialah bagi setiap kaedah rawatan, kita mesti beri tempoh tiga bulan untuk mengetahui samaada berjaya atau tidak. Setelah tiga bulan kita akan kaji apa langkah yang berikutnya yang sesuai bagi pasangan tersebut.    Ini saya kira kerana jika satu pasangan kelamin yang subur dan melakukan hubungan jantina yang biasa dan kena pada waktunya, kemungkin isterinya hamil pada waktu itu ialah 30 peratus.    

Jadi jika setelah mencuba selama tiga bulan sepatutnya telah hamil dan jika tidak, mungkin kaedah rawatan belum berkesan lagi. Oleh itu langkah berikutnya ialah untuk berjumpa pakar sakit puan untuk mencuba kaedah yang lain.

Last Updated ( Monday, 27 November 2006 11:51 )  






Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday79
mod_vvisit_counterYesterday4585
mod_vvisit_counterThis week12823
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month30246
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10630321

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: Feb 08, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com