Anaemia dan Wajah Pucat

E-mailPrintPDF

oleh Dr. A. J. Halim (Pakar Kanak-Kanak)

Kanak-kanak dikatakan mengidap penyakit 'Anaemia' jika tahap haemoglobin dalam darahnya rendah. Tahap Haemoglobin yang dianggap normal berbeza mengikut usia kanak-kanak. Bayi yang baru lahir tahap Haemoglobin tinggi (tahap normal 13 gm%-20gm%) dan menurun apabila usianya menjelang sebulan (10 gm %- 16%). Dari usia sebulan lebih tahap Haemoglobin meningkat semula.

Bayi yang dilahirkan prematur atau terlalu (dismatur) merupakan faktor yang boleh dikatakan kerap sekali menyebabkan tahap haemogloblin bayi berada ditahap yang rendah. Ibu mengandungyang terlalu rendah Haemoglobinnya semasa mengandung juga boleh menyebabkan bayinya mengalami ANaemia. Selepas usia 1 tahun kanak-kanak yang mengalami Anaemia sering disebabkan oleh kekurangan bahan besi dalam dietnya.

Kanak-kanak yang mengalami Anaemia kelihatan pucat . Tetapi adakalanya mereka kelihatan pucat kerana jarang keluar dari rumah, keletihan pucat kerana jarang keluar dari rumah , keletihan , kurang sihat kerana mengalami infeksi dan mungkin juga kerana mirip wajah ibu atau bapanya yang juga pucat. Kanak-kanak seperti ini mungkin diberi vitamin dan galian besi untuk merawat Anaemia walhal rawatan tidak diperlukan sebenarnya.

Setiap kanak-kanak yang didapati pucat perlulah mendapatkan ujian darah untuk memastikan sama ada dia benar-benar mengalami amaemia. Riwayat yang terperinci yang merangkum aspek kebakaan dan diet juga perlu diambil . Pemeriksaan fisikal yang telitiakan dijalankan dan ujian-ujian makmalyang lain akan dilakukan memandangkan kepada keadaan.

Ringkasnya Anaemia boleh disebabkan oleh:

1. Kehilangan darah dari badan
2. Kekurangan zat makanan terutamanya bahan besi
3. Kemusnahan sel-sel darah merah di dalam darah (Haemolysis)
4. Penyakit-penyakit yang menjejaskan pengeluaran darah merah (Defective Red Cell production)

KEHILANGAN DARAH
Kehilangan darah yang terlalu banyak dalam masa waktu yang singkat boleh membahayakan nyawa kanak-kanak. Umpamanya bayi yang dilahirkan terlalu pucat kerana darahnya yang hilang melalui uri (placenta). Kini hampir semua bayi diberi suntikan untuk mengelakkan dari penyakit bayi berdarah (Haemorrhagic disease of the Newborn). Dalam penyakit ini bayi mungkin muntah-muntah darah atau berdarah melalui dubur. Penyakit ini kini jarang ditemui kerana ianya boleh dicegah dengan suntikan vitamin K.

Pendarahan melalui usus boleh berlaku akibat infeksi (seperti bakteria, kecacingan) alahan (seperti alahan susu lembu), reaksi dari ubat-ubatan dan juga dari keabnormalian di dalam usus.

Pendarahan boleh berkau dari sistem urinari akibat berbagai-bagai penyakit yang melibatkan buah pinggang (Kidney).

Kekurangan zat makanan.
Saya pernah bertemu dengan seorang kanak-kanak yang berusia setahunsetengah yang kelihatan pucat (tahap Haemoglobin 6 gm %). Kebetulannya ibunya hanya memberinya susu badan sahaj tanpa makanan-makana lain. Diet seperti ini tidak sesuai bagi bayinya kerana kurang bahan besi dan protein oleh itu telah membawa kepada penyakit Anaemia. Penyakit cirit-birit yang berlanjutan boleh membawa kepada anaemia.

Kemusnahan sel-sel darah merah
Ketidaksamaan darah ibu dan bayi (Blood group incompatibility ABO dan Rhesus) boleh menyebabkan kemusnahan sel-sel merah (Haemolysis) selepas bayi dilahirkan. Kekurangann enzim G6PD yang terdapat di kalangan 2 peratus bayi-bayi (terutamanya bayi-bayi lelaki) juga membawa kepada 'haemolysis'. Bayi-bayi kelihatan kuning dan perlu menerima rawatan phototerapi untuk mengelakkan kerosakan otak akibat tahap bahan kimia bilirubin yang terlalu tinggi di dalam darah akibat haemolysis.

Keabnormalian Haemoglobin ada berbagai-bagai jenis. Semua ini boleh menyebabkan Anaemia. Di negara kita penyakit Beta Thalaissemia adalah yang sering ditemui. Ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori (Minor dan Major). Thalaissemia Minor tidak membahayakan. Kanak-kanak mungkin pucat sedikit tetapi pesakit Beta Thallasemia Major memerlukan transfusi darah dari masa ke semasa untuk menaikkan tahap Hamaeglobin yang sentiasa menurun.

Infeksi-infeksi seperti bakteria dan parasit juga boleh menyebabkan 'Haemolysis' dan menimbulkan anaemia.

Penyakit-penyakit yang menjejaskan pengeluran darh merah.
Infeksi-infeksi reaksi akibat komplikasi dari ubat-ubat yang digunakan boleh menyebabkan Anaemia. Anti-biotik seperti Choamphemicol yang sering digunakan untuk merawat penyakit Taun (Typhoid) boleh menyebabkan Anaemia dan boleh membahayakan , kerana ianya mampu menjejaskan pengeluaran semua sel-sel darah dari tulang som-som (bone marrow). Kanak-kanak yang menerima ubat-ubat dalam tempoh yang lama seperti ubat tahan sawan (anti-convulsant) perlu diberi perhatian (monitoring) dari masa ke semasa untuk mengenal kesan-kesan sampingan termasuk Anaemia.

Penyakit-penyakit seperti keracunan kronik plumbun (lead poisoning), penyakit kanser darah (leukemia) juga boleh menyebabkan anaemia.

Rumusan

Anaemia di kalangan bayi yang baru lahir memerlukan rawatan di hospital.

Kanak-kanak yang pucat tidak semestinya mengidap Anaemia. Ujian darah perlu dijalankan untuk disahkan bahawa seseorang kanak-kanak itu mengalami Anaemia kerana kadang-kala dia kelihatan pucat tetapi tahap Haemoglobinnya berada pada paras normal.

Kekurangan zat besi merupakan punca penyakit Anaemia yang sering sekali ditemui. Rawatan dengan memberi tambahan zat besi selama sebulan aakan menampakkan peningkatan tahap Haemoglobin. Jika ini tidak berlaku walaupun diyakini yang zat besi telah diberi oleh ibunya ujian yang lebih terperinci perlu dijalankan oleh doktor untuk menentukan punca Anaemia sebenarnya.

Dr. A. J. Halim

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1553
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29831
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98599
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131768

Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com