Soalan
Anak saya baru berumur 3 bulan. Apakah kesan kesan sampingan sekiranya anak saya disahkan mengidap asma?
Jawapan
Bayi yang disahkan mengidap asma mungkin kurang subur dari segi pertumbuhan fizikalnya, jika batuknya berpanjangan sehingga kurang berselera atau sering batu-batuk dan muntah-muntah. Lelah sering lebih teruk pada malam hari dan ini menyebabkan bayi sukar tidur kerana batuk-batuk dan mungkin juga kerana hidung sering tersumbat.
Pendiagnosan penyakit lelah dikalangan bayi yang berusia 3 bulan atau sebelumnya seelok-eloknya disahkan oleh doktor pakar atau doktor yang berpengalaman. Jika wujud, ianya perlu dirawat dengan cukup agar tidak berpanjangan. Ada ubat-ubat yang efektif untuk menangani penyakit ini. Punca-punca seperti udara sejuk, habuk, makanan atau minuman sejuk dan sebagainya perlu dikenalpasti dan dielakkan.
Sekian,
Dr. A. J. Halim



















