Soalan
Anak saya yang kedua adalah down sindrom. Dia sekarang dihantar ke Kewanis Centre, Petaling Jaya. Walaupun dia aktif tetapi sampai sekarang dia tidak dapat bertutur walaupun umurnya akan mencapai umur 5 tahun. Adakah ini normal? Dia hanya boleh bercakap sepatah dua sahaja. Saya ingin tahu lebih detail tentang kanak-kanak down sindrom ini.
Jawapan
Kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down, memang lambat mula bercakap. Tahap pertuturan anak puan saya kira masih pada tahap satu setengah tahun. Memandangkan umurnya sudah mencapai 5 tahun, ini agak jauh berbeza dari biasa.
Anak puan sepatutunya sudah dinilai secara komprehensif untuk mengetahui tahap prestasi inteleknya. Adakah ia terencat akal dan apakah tahapnya. Paling penting perlu ditentukan adakah daya pendengarannya sempurna. Cacat pendengaran perlu dikesan seawal-awal lagi supaya rawatan / latihan khas dapat dimulakan. Penilaian komprehensif yang saya maksudkan ialah penilaian yang merangkumi aspek medikal, perkembangan fisikal dan intelek serta tumbesarannya. Maklumat yang diperolehi akan membantu doktor merancang program yang wajar demi untuk menggalakkan pencapaian potensi intelek yang sebaiknya. Disamping itu aspek kaunseling genetic serta pendidikan khas perlu juga difikirkan.
Sekian,
Dr. Abdul Jalil Halim



















