Imunisasi/ Pelalian

E-mailPrintPDF

Soalan

Bolehkah simanja saya tidak mengambil sebarang suntikan imunisasi?

Apakah kesan jangka panjang dan pendek sekiranya tidak dibekalkan dengan suntikan tersebut?

Saya menyusukan simanja saya sehingga berumur 2 tahun.   Cukupkah antibodi yang diberikan tanpa imunisasi?

Jawapan

Program imunisasi telah banyak menyumbang kepada penurunan kematian bayi/kanak-kanak dan saya nasihatkan puan supaya memastikan yang anak puan mendapatkan suntikan yang disarankan. Imunisasi untuk penyakit Tibi, Hepatitis B, Kol-kol, sakit kerongkong, kancing gigi, polio, campak adalah dianggap penting.   

Puan bolehlah berbincang dengan doktor puan mengenai pelalian-pelalian lain yang mungkin perlu ditambah berdasarkan kepada keadaan anak puan.    Umpamanya pelalian untuk "chicken-pox" amatlah digalakkan jika anak puan memang mengalami penyakit alahan kulit (atopic aczema) kerana dkhuatiri penyakit "chicken-pox" boleh mengakibatkan kerosakkan kulit pada tempat yang terlibat. Pelalian-pelalian yang disarankan adalah selamat dan risiko kesan sampingan amat rendah.   

Jika tidak disuntik anak puan tidak akan mempunyai perlindungan melainkan jika dia sendiri telah mengalami jangkitan/penyakit itu. Penyusuan susu ibu merupakan satu cara natural imunisasi di mana sel-sel hidup antibodi dari ibu boleh memberi perlindungan kepada bayi.    Disamping itu system imunisasi bayi juga boleh memberi gerak-balas untuk memberi perlindungan badan untuk melawan penyakit penyakit. Walaupun puan memberi susu badan selama anak puan 2 tahun, saya nasihatkan supaya puan mendapatkan pelalian-pelalian yang disarankan untuk anak puan.      Insyaallah lebih selamat.

Sekian,

Dr. A. J. Halim

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1579
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29857
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98625
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131794

Your IP: 38.107.179.228
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com