Pemakaian IUCD

E-mailPrintPDF

Soalan

 Saya telah mempunyai 4 orang anak. Selepas kelahiran anak saya yang ke-4,saya telah memakai alat-cegah kehamilan I.U.C.D.Setelah memakainya buat beberapa bulan, period saya tak regular. Walaupun saya telah berjumpa doktor,saya masih mengalami problem yg sama. Menurut doktor, maybe hormon saya tak balance. Baru-baru ini saya mengalami prolong period dimana pada bulan Januari period saya datang pd 22/01/01 & berakhir pd 28/01/01. Selepas beberapa hari, period saya datang kembali - 6/02/01 - 13/02/01. Apakah saya harus berjumpa dengan doktor atau adakah saya tidak sesuai memakai IUCD

Jawapan

Biasanya wanita yang menggunakan IUD mengalami masalah keluaran haid yang banyak atau berpanjangan dan kadangkala tidak tentu masa.  Ini disebabkan oleh alat itu sendiri khususnya jika ia dijangkiti kuman kerana jangkitan kuman memang boleh berlaku kerana IUD ini mempunyai benang yang terkeluar daripada rahim dan terletak pada pintu rahim.Disini jangkitan kuman boleh berlaku selepas persetubuhan ataupun pada bila bila masa. 

   Jika ada jangkitan kuman puan perlu diberi antibiotik yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.    Saya percaya ini punca pertama dan makanlah antibiotik untuk beberapa waktu dan mungkin ditukar jenisnya jika satu jenis tidak berkesan.      Jarang sekali IUD menimbulkan masalah hormon menyebabkan pusingan haid tidak teratur melainkan jika puan orangnya gemuk kerana kegemukkan biasanya mengganggu keseimbangan hormon dan seterusnya menyebabkan keluaran darah haid yang tidak teratur.  

  Cuba rawatan dengan antibiotik dahulu, jika gagal untuk membetulkan haid maka gunakanlah hormon Norculut 5 gram, 1 biji, 3 kali sehari selama 21 hari setiap bulan.     Puan perlu makan untuk 2 atau 3 pusingan untuk mengetahui samada pusingan haid yang akan datang menjadi teratur atau tidak.      Mungkin pada saat ini tidak perlulah membuang IUD dahulu sebelum mencuba ubat antibiotik serta ubat hormon tadi.
 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1594
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29872
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98640
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131809

Your IP: 38.107.179.227
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com