Bayi lahir pramatang meninggal akibat yang menyangsikan

E-mailPrintPDF

Soalan 

Assalamualaikum Professor Hamid,

Saya baru sahaja melahirkan baby pra-matang pada usia kandungan saya 30 weeks(anak sulong). Malangnya baby saya meninggal dunia pada hari ke 6 kelahiran dengan sebab pneumothorax & heart beat slow.Baby yang dilahirkan cukup sifat.Saya ada kemusykilan di sini:

1) Apa yang menyebabkan baby saya Lahir Pra-matang? Berdasarkan bacaan saya dalam webpage prof, saya ada dua kemungkinan sahaja iaitu: i) Rahim saya lemah ii) Stress: Bapa saya telah meninggal 20 hari sebelum saya melahirkan anak. Jikalau Rahim saya lemah, bagaimana dr dapat pastikan.Adakah checkup boleh memastikan keaadan rahim saya? Buat PEngetahuan prof, semasa 3 bulan di awal kehamilan, saya mengalami pendarahan dan pendarahan berhenti setelah kandungan berusia 4 bulan.Adalah ini salah satu sebab kelahiran pra-matang?

2) Saya melahirkan anak saya di hospital Putrajaya dan saya rasa ada sedikit "doubt" tentang procedure mereka merawat baby saya. Baby saya mengalami masalah pernafasan kerana lungs tak develop lagi, pada hari pertama baby saya still boleh reponse kepada suara saya dan suami saya tetapi pada hari kedua dr telah menebuk dada baby saya kerana ada udara di sekitar lungs baby .Baby saya juga tidak cukup oksigen dan menyebabkan pendarahan di otak. Saya ingin bertanya, tidakkah dr di hospital mempunyai standard procedure what they should do if baby premature sampaikan anak saya tak cukup oksigen dan menyebabkan pendarahan otak? Lagipun, dr yang merawat baby saya berusia 28 tahun, setahun tua dari umur saya. Dr pakar hanya dtg pada waktu ptg (sebagaimana yang saya tahu). Saya rasa insecure sebab saya takut pada kelahiran akan datang, dan jika kes sama berlaku pada saya, anak saya akan mengalami nasib yang sama. Tolonglah prof, adakah melahirkan anak di hospital kerajaan atau hospital swatsa lebih baik?? Sebab jika saya melhirkan anak di hospital swasta, saya boleh memilih pakar sendiri. Adakah hospital kerajaan juga membenarkan pesakit memilih pakar?

3) Saya bercadang untuk mengandung lagi dalam masa yang terdekat(dalam 7-8 buln lagi).Apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan anak saya tidak lahir pramatang? Bagaimana cara saya hendak berjumpa dengan prof personally? Adakah perlu saya mengambil cuti panjang sekiranya saya hamil? Saya bekerja sebagai System Engineer & kerjanya a bit stress sebab saya membuat program dan mesti mengikut dateline.
Terima kasih.

 

 
Jawapan
 
Saudara,

 

Saya amat simpati dengan masalah saudara dan isteri. Tentang punca premature labour seperti yang puan alami pada tempoh hari iaitu ketika kandungan 30 minggu, sebenarnya kebanyakan daripada punca kejadian tersebut tidak dapat dikenalpasti. Tetapi di antara faktor-faktor yang kita ketahui ialah kejadian jangkitan kuman yang melanda ibu yang mengandung. Jangkitan kuman yang teruk seperti menyebabkan demam panas, pada pundi air kencing ataupun pelbagai jenis demam virus.

Kedua, stress mental atau fisikal disebabkan kepenatan kerja boleh menyebabkan berlakunya prematur labour. Pangkal rahim yang lemah ataupun cervical incompetence kadangkala juga menyebabkan kejadian prematur labour. Tetapi ini biasanya juga dicetuskan terjadinya kuncupan contraction pada rahim. Kewujudan tumbuhan seperti fibroid atau ovarian cyst ataupun bentuk rahim yang luar biasa seperti bicornuate uterus atau unicornuate.

Ia juga boleh mencetuskan prematur labor tapi akhirnya setelah disiasat punca bagi masalah ini, tiada apa-apa sebab yang dapat dikesan. Apa yang penting lepas pantang iaitu dua bulan lepas kelahiran puan perlu menjalani pemeriksaan peranakan dan juga pemerikasaan tubuh badan.Kalau apa-apa kelainan boleh dikesan.

Jika kita gagal juga mengesan punca, kita serahkan pada Allah yang Maha Mengetahui dan kita hanya berdoa lain kali ia tidak akan berulang lagi.

Tentang bayi prematur di hospital berkenaan saya tidak suka untuk membuat apa-apa komen tentang hal tersebut kerana saya tidak berada di situ pada ketika itu, dan saya pun tidak pernah berkhidmat dengan hospital tersebut dan sukarlah bagi saya untuk membuat apa-apa komen tentang hal ini.

Tetapi saya percaya bahawa pihak doktor dan kakitangan di hospital tersebut telah mencuba seberapa daya dan upaya untuk mengatasi masalah bayi puan. Semua ini terjadi, kematian bayi kadang-kadang tidak dapat dielakkan dan ia adalah kehendak Allah, dan kita hanya berusaha untuk menyelamatkan nyawa, tetapi kalau ditakdirkan oleh Allah bayi itu akan mati maka segala usaha pun tidak akan mencapai kejayaan.

Tetapi janganlah bersedih sangat kerana mengikut Rasulallah Satu bayi yang mati itu akan menjadi pendinding ibunya daripada api neraka. Kita mesti lihat lebih jauh daripada zahirnya satu kejadian. Mungkin setiap satu yang berlaku ada hikmahnya.

Tentang persoalan samaada melahirkan bayi di masa akan datang di hospital swasta atau kerajaan itu bergantung pada pemilihan masing-masing. Jika berlaku keadaan yang sama saya boleh ingatkan bahawa jagaan bayi prematur dlam special care nursery atau ICU bayi kosnya di hospital swasta akan terlalu tinggi dan kadang-kadang mencapai ke tahap kita tidak mampu membayarnya. Dalam hal demikian perkhidmatan jagaan bayi prematur adalah lebih selamat dan lebih lengkap di hospital-hospital besar kerajaan seperti hospital, general hospital, hospital-hospital universiti di sekitar Kuala Lumpur.

Tentang cadangan untuk hamil lagi di masa depan jangka antara 6 bulan hingga setahun bolehlah diterima. Ini untuk menentukan pemulihan kesihatan. Tentukan puan memakan makanan yang baik yang seimbang zatnya dan diberi berbagai jenis vitamin serta logam. Tentukan puan memakan folik asid sebelum hamil dan seterusnya hingga hamil dan melahirkan anak.

Jagaan waktu hamil atau ante-natal care sangat penting untuk mencegah berulangnya kejadian prematur labour. Tanda-tanda awal yang boleh mencetuskan prematur labor biasanya dapat dikesan dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil sebelum ianya berlaku. Oleh itu pengawasan oleh doktor pakar bidan yang berpengalaman amatlah penting bagi puan di masa hadapan.

Sekian terima kasih.

Dato' Dr. Hamid Arshat

 

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1597
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29875
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98643
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131812

Your IP: 38.107.179.229
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com