Isteri Lemah Syahwat

E-mailPrintPDF
Soalan

Saya ingin mengetahui mengapa saya tidak mempunyai keinginan melakukan hubungan seks. Saya rasa saya mempunyai masalah ini. Kadang-kadang untuk merasakan keinginan melakukan seks itu hanya timbul 2-3 bulan sekali. Ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak senang suami.Saya sangat-sangat berharap ada penyelesaian untuk ini. Walaupun suami telah cuba sedaya upaya menghairahkan saya- saya masih tidak merasa apa-apa. Saya ingin sekali mempunyai perasaan itu walaupun seminggu sekali. Tolonglah saya doktor selesaikan masalah ini keranaseringkali ia menjadi punca pertengkaran kami.


Jawapan

Tentang kedinginan seks ini kebanyakan daripada masalah ini ditimbul daripada tekanan mental.   Stress mungkin timbul di tempat kerja ataupun di persekitaran rumahtangga khususnya jika kita jenis yang sangat sensitif dan mudah tersinggung emosi serta tidak pandai untuk menangkis tekanan mental ini.    Terdapat banyak  kaedah untuk mengatasi tekanan mental ini.    Diantaranya ialah untuk menguatkan iman dan taqwa menerusi ibadah kita seperti membaca Quran, sembahyang dan banyak berzikir kerana semua perbuatan ini akan mengurangkan ketegangan fikiran dan mungkin seterusnya akan dapat merangsang kegairahan seks.

Puan mesti ambil peranan seks ini sebagai tanggungjawab isteri dan kita mesti bersikap aktif dan pro-aktif dalam hal ini.   Jangan cuba mengenepikan atau menyorokkan perasaan ini kerana tanggungjawab ini adalah sangat penting demi untuk kedamaian rumahtangga.   Jika dengan kaedah-kaedah mengurangkan tekanan tidak berjaya, saya fikir eloklah puan juga melihat keadaan kesihatan samada terlalu gemuk ataupun mengidap sesuatu penyakit yang mana ini memerlukan juga rawatan dari doktor. Tentukan makanan puan berkhasiat dan mengandungi vitamin yang cukup. Cuba amalkan Multi-vitamin ( banyak jenama dipasaran), Vitamin C Dos tinggi iaitu 1000Gram  dan Vitamin E 800IU sehari.

Seterusnya puan juga perlu mendapatkan kaunseling sebaiknya daripada doktor pakar saikaitri khusus dalam bidang seksual dan perkahwinan.   Mungkin puan boleh hubungi jabatan kauseling dan sakaitri di HUKM untuk mendapat bantuan tentang masalah ini.

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1599
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29877
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98645
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131814

Your IP: 38.107.179.230
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com