Darah turun waktu hamil, Susu Ibu, Ujian Kehamilan

E-mailPrintPDF

Soalan

Adakah kemungkinan seorang yang mengandung didatangai haid. Kenapa ini boleh berlaku dan sampai bulan ke berapa ianya akan berterusan, dan adakah alat ujian kehamilan yang ada di pasaran boleh dipercayai keberkesanannya? 

Boleh tak Doktor bagi pendapat apakah kelebihan susu Anmum dan adakah ia dapat membantu untuk kehamilan. 

Jawapan

Seseorang wanita yang mengandung memang boleh turun darah tetapi ini tidak mungkin darah haid. Sebenarnya keadaan ini melambangkan ancaman  hendak gugur ataupun ia melambangkan keadaan kandungan yang luar biasa seperti kandungan di luar rahim ataupun kandungan anggur. Oleh itu penting sangat bagi puan untuk menemui doktor pakar sakitpuan untuk menentukan samaada kandungan ini normal ataupun luar biasa, sama di dalam rahim atau di luar rahim dengan menjalankan ujian-ultrasound. Jangan lengahkan, ambil tindakan sekarang untuk berjumpa dengan doktor pakar perbidanan.   

 Tentang ujian kehamilan yang ada di pasaran kebanyakannya adalah berkesan selepas seseorang wanita lambat haid dua minggu. Misalannya jika haid kita dijangkakan 10 haribulan dan ia belum datang 24 haribulan, maknanya puan telah lambat dua minggu dan kebanyakan daripada ujian-ujian kehamilan memerlukan contoh air kencing yang pertama di pagi hari di mana kencing itu masih mengandungi banyak hormon kehamilan.    Jika ujian menunjukkan positif, maka besar kemungkinan ia mengandung, jika negatif besar kemungkinan ia tidak mengandung.    

Tentang susu Anmum, lebih baiklah saya tidak membuat komen kerana ini jenama yang di dalam pasaran dan tidak beretika bagi seseorang pakar untuk membuat komen. Bagi saya apa jenis susu yang dimakan oleh ibu, walaupun susu biasa dari kotak atau tin,   itu pun ada mengandungi khasiat makanan untuk ibu dan bayi.    Sesetengah susu yang berjenama di pasaran hanya di tambah kandungan Vitamin sahaja dan biasanya jika seseorang itu hamil doktor juga memberi supplement vitamin dan kalsium. Oleh itu saya berpendapat memakan susu biasa sebagai sumber protin untuk ibu yang hamil adalah mencukupi.

Sekian.
Dr. Hamid Arshat

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1617
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29895
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98663
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131832

Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com