Susah Hamil

E-mailPrintPDF

Soalan 

Prof,

Hasil perkahwinan saya yang pertama saya dikurnia anak 4 orang (yang bongsu 8 tahun). Pada tahun 2002 saya berkahwin kali kedua dan kami amat bahagia. Bulan 6 tahun 2003, saya mengandung 2 minggu. Suami dan saya amat gembira tetapi akhirnya kecewa kerana kandungan saya didapati di luar kandungan. Saya terpaksa dibedah dan membuang ovari sebelah kiri dan kini tinggal ovari sebelah kanan. Doktor yang merawat memberi saya pil subur tetapi tidak berhasil. Sekarang umur saya 40 tahun.

Saya berharap sangat dapat mengandung dan melahirkan anak dengan suami saya yang ini. Walaupun suami saya tidak kisah sangat tentang anak tetapi saya boleh faham perasaannya. Untuk melakukan kaedah yang mahal, kami tidak mampu. Pada bulan lepas saya baca ruangan Pak Bidan dan saya telah mencuba ubat pil subur "CLOMIPHENE". Saya makan pil pada hari haid ke 2 dan 2 biji sehari selama 5 hari dan tunggu keputusan. Berlaku perubahan pada diri, puting buah dada berasa sakit dan besar sedikit seperti orang yang sudah mengandung. Malangnya saya tetap didatangi haid seperti biasa.

Ubat apakah lagi yang mesti saya cuba, tolonglah Prof. Saya mahukan anak dan mungkinkah saya tidak boleh mengandung lagi?

Sekian terima kasih.

Pn. Lela

Jawapan

Saya sungguh simpati dengan masalah puan saya percaya suami puan menaruh penuh harapan untuk mendapatkan anak hasil perkongsian hidup dengan puan. Setelah mencuba makan ubat pil subur Clomiphene selama 3 ataupun 4 bulan dan tidak ada hasil eloklah puan menjalani satu prosedur X-ray untuk membuka saluran falopian. Prosedur ini dipanggil dengan nama 'Hysterosalpingogram' atau 'HSG'. Ini biasanya dilakukan oleh Doktor Pakar X-ray yang mengkhusus dalam bidang ini, dan dilakukan sejurus selepas haid sebelum waktu subur. Biasanya haid hari ke-7 telah habis dan waktu subur biasanya akan bermula pada hari ke-13. Antara hari ke-8 hingga hari ke-12 yang dikira daripada hari pertama haid bolehlah puan melakukan X-ray HSG ini.

Dan jika kedua-dua saluran terbuka maka eloklah Puan ulang lagi memakan pil subur 2 biji selama 5 hari mulai hari ke-2 atau ke-3 haid selama 3 atau pun 4 pusingan atau selama 3 atau 4 bulan lagi. Kalau masih belum lagi hamil Puan ada pilihan untuk menjalani suntikan benih ataupun IUI "Intra-Uterine-Insemmination". Memandangkan umur Puan dah melebihi 40 biasanya tahap kesuburan memanglah menurun tetapi oleh kerana keinginan untuk mendapatkan zuriat dengan suami yang ke-2 ini, saya fikir Puan bolehlah mencuba kaedah-kaedah yang saya nyatakan tadi tanpa membuat atau menaruh harapan 100%. Kita mencuba dan berusaha tetapi Allah menentukan segala-galanya.

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3930
mod_vvisit_counterYesterday3950
mod_vvisit_counterThis week3930
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month21353
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10621428

Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: Feb 05, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com