Asthma & Mengandung

E-mailPrintPDF

Soalan 

Saya ingin mengemukakan soalan berkenaan dengan penyakit lelah (asthma). Saya sekarang mengandung 3 bulan lebih (insyallah, anak sulung) dan saya mengidap penyakit asthma. Saya telah mengidap penyakit ini sejak saya berumur 2 tahun. Tapi alhamdulillah sejak saya mengandung, saya dapat rasakan peyakit saya berkurangan, dan pada masa yg sama, saya sekarang mengambil pil vitamin minyak ikan (seven seas), saya rasa mungkin atau secara kebetulan ubat ini mengurangkan penyakit saya ini. Buat pengetahuan doktor datuk  saya dan juga datuk  suami, mengidap  penyakit yang sama, tapi tidak pula pada ibu dan bapa saya.

 

 1. Soalan, adakah kemungkinan anak yang bakal saya lahirkan ini mengidap penyakit yg diwarisi oleh saya. 

 2. Semasa kelahiran, adakah terdapat cara-cara bagaimana pengidap asthma menghadapi saat-saat  bersalin.

Di harap doktor dapat membantu saya dengan menjawab ketidakpastian ini & boleh membantu saya yg belum berpengalaman sebagai ibu.

Jawapan

1) Tentang asthma ketika hamil, memang benar apa yang puan alami sekarang ini. Ramai pesakit-pesakit asthma makin lega dan berkurangan serangan sempuot kerana waktu hamil tahap hormon steroid dalam darah wanita meningkat dan seperti kita ketahui salah satu cara rawatan bagi asthma ialah ubat steroid.   Oleh sebab demikian memang ramai pengidap-pengidap asthma menjadi lebih pulih dan berkurangan serangan penyakit tersebut.    Kegunaan pil minyak ikan seperti 'Seven Seas' memang ada baiknya untuk pembentukan otak bayi.   Oleh itu teruskanlah amalan tersebut.    Tentang anak yang dilahirkan kelak, memang benar penyakit asthma ini ada kait-mengait dengan faktor baka dan keturunan.   Oleh itu ada  kemungkinan untuk bayi tersebut mengidap penyakit asthma tetapi saya anggap kecil sahaja.   Oleh itu saya nasihatkan puan susukan bayi tersebut dengan susu ibu selama dua tahun.    Saya harap dengan cara ini kemungkinan kena asthma dapat dikurangkan.

 2) Tentang kelahiran, apa yang penting sekali bagi semua pesakit termasuk juga pengidap penyakit asthma waktu bersalin ialah untuk membuat apa yang dipanggil "breathing exercise".    Maknanya dalam bulan terakhir seringkali buat exercise ini dimana kita menyedut angin sepanjang-panjang dan terus tahan selama yang kita boleh seperti kita menyelam.   Ini bertujuan untuk mengembangkan paru-paru supaya ia dapat menyimpan oxygen yang lebih dari biasa kerana ketika bersalin kelak kita perlu kekuatan tenaga dan penafasan untuk meneran bayi keluar.   Jadi apabila "breathing exercise" ini dilakukan kerap-kali di bulan terakhir, maka di waktu dan saat hendak melahirkan anak, paru-paru telah bersedia dan dengan itu bekalan oksigen mencukupi untuk saat meneran bayi keluar.   

Sekian.
Dr. Hamid Arshat

Last Updated ( Tuesday, 21 November 2006 14:15 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1624
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29902
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98670
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131839

Your IP: 38.107.179.229
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com