Penggunaan Kondom

E-mailPrintPDF

Soalan

Saya adalah ibu kepada dua anak lelaki berusia 2 1/2tahun dan 5 bulan.Saya ingin bertanya pada doktor, adakah selamat merancangkehamilan dengan kaedah menggunakan kondom ketikabersama? Pada mulanya, saya ingin munggunakan alatdalam rahim (IUD), tetapi banyak cerita-cerita negatifmengenainya yang saya dengar, saya mula risau untukmencegah hamil dengan menggunakan IUD. Dan saya jugatidak sanggup menanggung risiko terlupa makan pilperancang setiap hari. Menurut doktor pakar puan yang saya kunjungi, kondom adalah kurang selamat untuk jangkamasa panjang. Saya agak keliru dengan kenyataan tersebut kerana pada pembacaan saya, kondom adalah salah satu cara mencegah kehamilan.

Jawapan

Tentang kaedah merancang keluarga, ini bergantong pada kesesuaian oleh pasangan suami isteri.   Ada setengah keadah yang sesuai bagi  satu pasangan mungkin tidak sesuai bagi pasangan yang lain.Tentang alat IUD, kelebihannya ialah setelah dipasang ia tahan selama lima tahun tetapi boleh dibuka bila-bila masa sahaja.  

Diantara kesan sampingan ialah kemungkinan jangkitan kuman berlaku dan perdarahan haid yang berlebihan atau berpanjangan.Tetapi biasanya masalah ini dialami tiga bulan pertama memakai alat tersebut.   Selepas itu badan wanita yang memakai alat IUD akan mendapat menerima dan menyesuaikan diri tanpa apa-apa kesan sampingan.  

Tentang kegunaan kondom, ini sesuai bagi ramai pasangan cuma ia menyebabkan kurang nikmat seks kerana antara tubuh suami dan isteri ada pendiding iaitu sarung kondom.Dari segi keselamatan untuk mencegah kehamilan, memang berkesan sekali disamping ia juga mencegah jangkitan antara suami isteri.Saya tidak lihat apa-apa kesan sampingan yang buruk walaupun  digunakan bagi jangka-masa yang panjang.Tetapi bagi pasangan yang  mengetahui tentang waktu subur isteri yang biasanya jatuh pada hari ke 11 hingga ke 20 dalam pusingan haid yang kita anggap tempoh subur, maka kegunaan kondom hanya dilakukan ketika melakukan hubungan pada tempoh subur sahaja.    

Sekian.
Dr. Hamid Arshat

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1644
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29922
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98690
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131859

Your IP: 38.107.179.227
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com