Ectopic Pregnancy- Kehamilan di luar rahim

E-mailPrintPDF

Soalan

Assalamualaikum,

Umur saya 25 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 2 tahun 10 bulan. Harap doktor dapat membantu saya menyelesaikan kemusykilan berkaitan masalah kehamilan. Saya menghasilkan anak pertama secara normal. Pada penghujung bulan 3, 2004 saya disahkan hamil. Saya mengalami kesakitan di bawah perut lalu membuat pemeriksaan di hospital pakar. Sebaik menjalani ujian ultrasound didapati kandungan saya di luar rahim. Janin saya berada di saluran fallopian sebelah kanan, fallopian sebelah kiri saya normal. Pembedahan kecil yang dilakukan pada sualuran fallopian menyebabkan ia menjadi sempit.

Selang beberapa bulan, saya disahkan hamil sekali lagi. Kekerapan menjalani rawatan lanjutan di hospital pakar dan ujian ultrasound dan kandungan berada dalam rahim. Kini sudah pun mencecah tiga bulan.

Soalan saya adakah kandungan saya kali ini selamat sehingga akhir kehamilan? Sepanjang kehamilan bolehkah saya mengadakan hubungan suami isteri? Dan adakah ia kemungkinan akan mengalami masalah atau risiko seperti kandungan sebelumnya iaitu di luar rahim?

Sekian terima kasih

Jawapan.

Setelah mengalami kandungan di luar rahim iaitu kandungan yang berlaku di saluran fallopian, biasanya risiko untuk berulang kejadian kehamilan di luar rahim atau Ectopic pregnancy di saluran yang satu lagi, adalah dalam lingkungan 10-15%. Alhamdulilah, Puan telah disahkan mengandung dan ini di dapati di kandungan di dalam rahim. Insha'allah kandungan ini akan terus berkembang dengan secara normal sehingga ke akhir kehamilan dan Insha'allah Puan mungkin setelah ketika ini telah melahirkan anak secara normal. Bagi wanita yang telah mengalami kandungan di luar rahim dan seterusnya mengandung, tidak ada sekatan tentang hubungan kelamin. Walau demikian bagi semua wanita yang hamil yang mengalami ancaman keguguran di peringkat awal biasanya kita nasihatkan kekerapan hubungan jantina atau perhubungan seksual dikurangkan. Kebanyakan daripada kejadian kehamilan di luar rahim atau 'ectopic pregnancy' yang berlaku pada saluran fallopian adalah disebabkan adanya kerosakan pada saluran fallopian akibat dari jangkitan kuman atau pun penyakit Endometriosis. Kebanyakan atau sebahagian besar dari wanita yang telah mengalami kehamilan di luar rahim dan telah menjalani pembedahan, mereka boleh hamil dan melahirkan anak secara normal. Malah bukan sekali, ada yang boleh melahirkan sampai 4 hingga 5 kali disebabkan oleh selepas pembedahan kehamilan di luar rahim.

Sekian, harap maklum.

Last Updated ( Tuesday, 21 November 2006 14:29 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1657
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29935
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98703
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131872

Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com