Doktor saya telah berkahwin selama tiga bulan saya sering sakit di bahagian pinggang, baru-baru ini saluran peranakan jatuh.Apakah saya tidak boleh hamil atau saya perlukan rawatan lagi ?
Jawapan
Tentang sakit pinggang dan rahim jatuh, ia mungkin ada kaitan dengan sejenis penyakit pada seseorang wanita iaitu "Endometriosis". Biasanya tanda-tanda penyakit ini ialah senggugut, sakit pinggang, sukar mengandung dan jika mengandung ia mudah gugur.
Kadangkala berlaku juga masalah perdarahan seperti darah haid yang banyak dan berpanjangan serta tidak teratur.
Bagi mengesahkan keadaan ini eloklah puan mendapat pemeriksaan dari doktor pakar sakit puan yang juga akan menjalankan pemeriksaan "vaginal ultrasound". Dari situ doktor pakar boleh mengesahkan samaada puan mengalami masalah rahim jatuh ke belakang atau "retroverted uterus" dan samaada puan mengidap penyakit endometriosis atau tidak. Rawatan selanjutnya bergantung kepada pengesahan penyakit tersebut. Lihat laman www.hamidarshat.org atas tajuk Sakit Puan, Topik - Endometriosis.
Sekian.
Dr. Hamid Arshat



















