Punca bayi lemas sewaktu bersalin

E-mailPrintPDF

FETAL DISTRESS / BAYI LEMAS

Soalan

Apakah sebab-sebab yang memungkinkan bayi boleh lemas di dalam kandungan?

Jawapan soalan

Terdapat beberapa punca menyebabkan bayi lemas dalam kandungan khususnya dalam peringkat kandungan bulan terakhir.    Yang paling sering sekali ialah disebabkan uri yang bermasalah iaitu apa yang digelar dengan nama "placenta insufficiency".     Tugas utama uri ialah untuk membekal oxygen dan makanan pada bayi. Jika rosak akibat daripada perkara perkara yang tertentu seperti jangkitan kuman virus , keracunan ataupun disebabkan allergi dan lain-lainnya yang mana punca sebenar tidak ketahui, maka fungsi penting uri untuk membekal oxygen dan makanan pada bayi akan terganggu.    

Biasanya keadaan ini dapat dikesan dalam pemeriksaan "ante-natal" dimana berat badan ibu tidak meningkat dan ukuran tinggi rahim juga tidak meningkat. Melalui "ultrasound scanning" pertumbuhan bayi nampak terjejas.     

Lain-lain punca bayi lemas ialah penyakit darah tinggi dan juga "toxemia" atau keracunan kandungan yang biasa berlaku pada wanita yang mengandung anak sulung dan juga ibu-ibu yang terlalu gemuk. Bayi juga mungkin lemas akibat daripada masalah di tali pusat yang kadang-kadang boleh menjerat leher bayi ataupun tersimpul oleh sebab pergerakan bayi yang terlalu kuat.

Ini perkara yang tidak boleh dielakkan. Apa yang penting ialah untuk mengesan tanda-tanda bayi hendak lemas dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ia lemas dan mati. Jika berlaku kesan-kesan bayi lemas ini, sebaiknya kelahiran dihasilkan secara pembedahan cesarean sebelum cukup bulan, misalnya pada kandungan 38 minggu iaitu dua minggu sebelum tarikh lahir.

Bayi lemas atau 'fetal distress' kadang-kala  berlaku dan dikesan ketika sakit bersalin (labour) dengan tanda denyutan jantung bayi menjadi perlahan iaitu jauh lebih rendah dari kadar normal 120 seminit. Jika keadaan ini berlaku pembedahan cesarean perlu dilakukan secara cemas. Ini bertujuan untuk menyelamatkan nyawa bayi.

Sekian,
Dr. Hamid Arshat

 






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1677
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29955
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98723
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131892

Your IP: 38.107.179.228
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com