Soalan
Saya berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Sayamengalami masalah kitaran haid yang tidak teraturdari dulu lagi. Baru-baru ini saya berjumpa dengan doktordan dia memberikan ubat hormon. selepas memakan ubat tersebut haid saya berjalan setiap bulan selama 3 bulan pengambilan ubat tersebut.Tetapi apabila saya tidak lagi mengambil ubat hormon itu, haid saya kembali seperti dulu.
Persoalan:
1) Bagaimana cara untuk saya mendapatkan kitaran haidyang stabil / normal?( apakah rawatan yang sesuai?)
2) Adakah saya mempunyai peluang yang tipis utk mendapatkan anak bila berkahwin nanti?
3) Adakah saya berisiko besar mendapat kanser?(ada keturunan)
4) Adakah keadaan ini merbahaya dan saya perlu dapatkan rawatan semula ke klinik?
5) Benarkah hormon ini hanya perlu jika saya telahberkahwin / untuk mendapatkan zuriat? (mengikut kata doktor)
Jawapan
1) Berkenaan haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut.
2) Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah yang terdapat pada pakar sakit puan dan diantaranya ialah suntikan ubat subur dan lain-lain jenis ubat untuk membaiki kesuburan.
3) Tentang risiko kanser, agak sukar untuk membuat jangkaan tetapi jika ada faktor keturunan risiko kanser meningkat bagi mereka yang gemuk dan mengidap kencing manis.
4) Keadaan ini tidak memerlukan rawatan buat sementara waktu, khususnya jika berat badan saudari tidak melebihi had ukuran tinggi.
5) Ketika kahwin nanti jumpalah doktor pakar sakit puan awal-awal lagi untuk membetulkan keadaan dan memberi nasihat tertentu serta rawatan ubat subur jika diperlukan.
Sekian.
Dr. Hamid Arshat


















