Saya mempunyai seorang anak berusia 2 tahun dan kami inginkan anak lagi. Sebelum ada anak taqwim haid saya tidak tetap, tetapi sekarang taqwinm haid saya pada 7hb dan 8hb. Pada Mei ini, haid saya pada 8hb dan habis haid 10hb. Bolehkah doktor mengira bilakah waktu subur saya? Perlukah saya bersama dengan suami 2 hari sekali bagi memastikan benih suami ada di dalam rahim? Diharap doktor dapat meluangkan masa menjawab soalan saya ini?
Jawapan
Tentang waktu subur saya telah menerangkan dalam laman web www.hamidarshat.com iaitu di bahagian kesuburan dan kemandulan. Sila kunjungi laman tersebut. Bagi puan waktu subur yang haidnya bermula pada 8hb. Mei , minggu subur bermula hari ke 12 iaitu 19hb. Mei selama 10 hari mungkin, dan pada tempoh itu saya cadangkan hubungan seksual dilakukan dua hari sekali. Jangan lupa untuk membaca doa untuk mendapatkan zuriat eloklah sebelum tidur baca Al Fatihah 3 kali, surah Al Ikhlas 3 kali, Al Falaq 3 kali dan ayat Qursi 3 kali dan disamping itu membaca untuk bersetubuh selepas membaca Bismillah. Insya Allah puan akan berjaya. Jika setelah mencuba tiga bulan tidak berjaya, eloklah jumpa dengan doktor pakar, mungkin puan memerlukan ubat subur ataupun perlu menjalani beberapa rawatan untuk mengatasi masalah kesuburan.
Sekian, terima kasih.
Dato' Dr Hamid Arshat



















