Gangguan Haid

E-mail Print PDF

Soalan 

Prof,

Sejak mendirikan rumahtangga selama 1 tahun 5 bulan saya mengalami datang bulan (haid) yang tidak menentu. Kadangkala saya tidak tahu hari subur saya serta hari haid yang dijangkakan tidak tepat. Berikut adalah senarai tarikh haid saya sejak bulan Januari 2004.

Januari 2004 - 18-24
Februari 2004 - 26-3 Mac
Mac 2004 tiada
April 2004 - 17-23
Mei 2004 - 21-27
Jun 2004 - 26- 2 Julai
Julai 2004 - tiada
Ogos 2004 - 13-19
Sepetember 2005- tiada

Adakah saya ada harapan untuk mengandung? Untuk makluman prof saya pernah membuat pemeriksaan pap-smear, ultra-sound, scan, dan mengambil darah pada hari ke-21 tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Jika benar tiada apa-apa yang berlaku mengapa haid saya tak regular seperti sebelum kahwin? kerana saya mengharapkan zuriat dari benih saya sendiri. Bantulah saya Prof.

Nabilah

Jawapan

Daripada takwim/pusingan edaran haid Puan, saya boleh membuat rumusan bahawa puan memanglah mengalami masalah kesuburan. Biasanya kalau haid seorang wanita lambat datang atau tidak datang pada bulan yang berikutnya, ada kemungkinan penetasan telur atau 'ovulation' tidak berlaku langsung. Oleh itu jika tidak ada penetasan telur kemungkinan untuk hamil agak sukar. Walau demikian saya berpendapat suami Puan buatlah ujian analisa sperma untuk mengetahui samaada benih dia normal atau tidak. Jika ia normal Puan perlu melakukan ujian Hysterosalpingogram pendeknya 'HSG' untuk menentukan saluran fallopian atau saluran benih puan tersumbat atau normal. Jika saluran ini tidak tersumbat dan normal, ertinya benih suami puan boleh memasuki saluran ini untuk menuju ke kilang telur. Rawatan yang seterusnya ialah untuk puan memakan ubat subur yang digelar 'Clomid'. Ubat ini boleh didapati dari doktor Pakar Sakit Puan ataupun doktor biasa. Mulakan dengan memakan 2 biji ubat Clomid yang perlu dimulakan pada hari ke-2 atau ke-3 haid. Seterus menerus selama 5 hari. Untuk mengetahui samaada puan subur atau tidak, ertinya samaada penetasan telur atau 'ovulation' berlaku atau tidak, beberapa cara yang diamalkan diantaranya ialah: Untuk mengambil ukuran suhu badan sejurus selepas bangun. Ini digelarkan nama 'Basal Body Temprature'. Dan ini dilakukan setiap pagi mulai dari hari ke-5 haid yang dicatitkan di carta yang disediakan apabila puan membeli alat suhu ovulation atau Fertility Themometer daripada farmasi. Dari catitan ini di mana biasa contoh yang normal akan disediakan, puan akan mengetahui samaada ovulasi atau penetasan telur berlaku atau tidak yang biasanya di kalangan wanita yang subur yang haidnya teratur berlaku pada hari 13, 14 atau 15 kalau di kira daripada hari pertama haid. Pada waktu penetasan telur, suhu badan akan jatuh sedikit dan kemudian ia akan naik ke paras yang lebih tinggi daripada biasa. Setelah ia meningkat naik maknanya ovulation atau penetasan telur telah berlaku. Waktu yang paling sesuai untuk bersama ialah ketika suhu badan itu menurun dan dua hari berturut-turut selepas ia meningkat naik. Waktu itulah hubungan seksual perlu dilakukan untuk menentukan persenyawaan atau percantuman benih berlaku. Cubalah kaedah ini dan jika tidak hamil lagi, ubat Clomid dan catitan suhu badan ini boleh diulang selama 3 bulan. Tetapi kalau tidak ada tanda ovulation berlaku dari carta suhu badan tadi, maka dos ubat Clomid perlu ditingkatkan setiap bulan, iaitu setiap bermula haid. Kalau bulan yang lalu puan memakan 2 biji atau 100mg ubat Clomid, bulan yang berikutnya Puan perlu memakan 3 biji ata 150mg Clomid. Jika berlaku penetasan telur atau ovulation mengikut carta suhu badan, suhu badan, maka dosage ini dikekalkan selama 3 atau 4 bulan berturut-turut. Lihatlah samaada kehamilan berlaku atau tidak. Jika masih tidak berlaku eloklah kunjung balik Pakar Sakit Puan untuk menilai lebih lanjut lagi kaedah rawatan yang sesuai untuk Puan. Mungkin selanjutnya Puan memerlukan suntikan hormon subur iaitu 'Gonadotrophin' pada ketika haid. Dan jika ini tidak juga menghasilkan kehamilan akhirnya mungkin Puan perlu menjalani pembedahan 'Laporoskopi' dan kaedah 'Ovarian Drilling' untuk menyuburkan kilang telur.

Sekian harap maklum.

Last Updated ( Wednesday, 22 November 2006 20:17 )  

Iklan

mysetbersalin

Bellaposhbowtique.com

 Mangkuk Tingkat

Kedai Buku Online

Login Ahli

Who's Online

We have 23 guests and 3 members online

Statistik

Total Members : 12014
Latest Member : whyda
Today : 8 Registers
This Week : 70 Registers
This Month : 44 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4736
mod_vvisit_counterYesterday5953
mod_vvisit_counterThis week34578
mod_vvisit_counterLast week45356
mod_vvisit_counterThis month16729
mod_vvisit_counterLast month158501
mod_vvisit_counterAll days7978629

Your IP: 38.107.191.102
 , 
Today: Sep 03, 2010

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
E-mail:
  • hamidarshat@hotmail.com