Pelvic Floor Repair (PFR)
Ramai
wanita mengalami masalah kekenduran saluran faraj khususnya mereka yang pernah
dan banyak kali melahirkan anak. Mereka yang mengalami sakit bersalin yang berpanjangan,
sukar meneran waktu melahirkan bayi atau memerlukan forsep atau vakum untuk
melahirkan menghadapi risiko lebih untuk menghadapi masalah kekenduran otot
faraj berbanding dengan mereka yang mudah melahirkan.
Pembedahan untuk menguatkan otot lantai disekeliling faraj (pelvic floor) biasanya dilakukan jika berlaku ‘Prolapse’ atau kekenduran pada dinding faraj.
Jika berlaku kekenduran di dinding hadapan menyebabkan pundi kencing terjatuh
ke bawah, keadaan begini
digelar dengan nama 'cystocele' dan diantara gejala
yang timbul mungkin wanita itu tidak dapat mengawal air kencing apabila ia bersin
, terbatuk atau ketika mengangkat barang-barang yang berat atau ketika nak bangun
dari sujud dalam solat. Keadaan
ini digelar dengan nama 'stress incontinence'.
Untuk mengatasi masalah seperti ini, satu pembedahan kecil perlu
dilakukan di mana dinding faraj hadapan diperbetulkan dan pundi kencing diperkuatkan
melalui satu jenis jahitan.
Kadang-kala akibat daripada kehamilan yang berulang-kali atau kelahiran yang sukar serta memerlukan alat forceps atau vacuum, kekenduran pada otot belakang saluran faraj boleh berlaku, keadaan ini digelar 'rectocele' Kekenduran pada otot disekeliling saluran faraj boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa khususnya ketika persetubuhan. Masalah saperti ini boleh diperbetulkan melalui pembedahan 'pelvic floor repair' (P.F.R.), di mana kulit yang kendur dibuang dan jahitan untuk merapatkan otot lantai punggung dilakukan. Pembedahan ini akan memperbaiki dan memulihkan keadaan faraj untuk memberi keselesaan yang lebih waktu persetubuhan.
Sebenarnya pembedahan untuk membetulkan saluran faraj samaada bahagian hadapan atau belakang dilakukan beserta dengan pembedahan untuk membuang rahim akibat daripada 'prolapse' atau tombong. Pembedahan ini digelar dengan nama “vaginal hysterectomy”. Pada ketika melakukan pembedahan 'vaginal hysterectomy', pembetulan dinding hadapan dan belakang dilakukan serentak tetapi bagi mereka yang tidak ada prolapse, iaitu wanita yang lebih muda sedikit, PFR sahaja perlu dilakukan.
| < Prev | Next > |
|---|

















