Vaginal Hysterectomy & Repair

E-mailPrintPDF

Vaginal Hysterectomy

Prolapse rahim

Bedah buang prolapse

 

vaginal hysterectomy

Rahim dan prolapse satelah dibedah

Selepas pembedahan

 

Bagi wanita menjalani vaginal hysterectomy dan repair, kesan sampingan yang berfaedah ialah saluran faraj menjadi pulih seperti zaman muda dahulu dan ini menimbulkan kepuasan yang lebih baik dalam persetubuhan.


Pelvic Floor Repair (PFR)

Ramai wanita mengalami masalah kekenduran saluran faraj khususnya mereka yang pernah dan banyak kali melahirkan anak. Mereka yang mengalami sakit bersalin yang berpanjangan, sukar meneran waktu melahirkan bayi atau memerlukan forsep atau vakum untuk melahirkan menghadapi risiko lebih untuk menghadapi masalah kekenduran otot faraj berbanding dengan mereka yang mudah melahirkan.

Pembedahan untuk menguatkan otot lantai di sekeliling faraj (pelvic floor) biasanya dilakukan jika berlaku ‘Prolapse’ atau kekenduran pada dinding faraj. Jika berlaku kekenduran di dinding hadapan menyebabkan pundi kencing terjatuh ke bawah,   keadaan begini digelar dengan nama cystocele dan di antara gejala yang timbul mungkin wanita itu tidak dapat mengawal air kencing apabila ia bersin , terbatuk atau ketika mengangkat barang barang yang berat atau ketika nak bangun dari sujud dalam solat.    Keadaan ini digelar dengan nama stress incontinence.

  Untuk mengatasi masalah seperti ini, satu pembedahan kecil perlu dilakukan di mana dinding faraj hadapan diperbetulkan dan pundi kencing diperkuatkan melalui satu jenis jahitan.

  Kadang-kala akibat daripada kehamilan yang berulang-kali atau kelahiran yang sukar serta memerlukan alat forceps atau vacuum, kekenduran pada otot belakang saluran faraj boleh berlaku, keadaan ini digelar rectocele.   Kekenduran pada otot disekeliling saluran faraj boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa khususnya ketika persetubuhan.  Masalah seperti ini boleh diperbetulkan melalui pembedahan pelvic floor repair (PFR) dimana kulit yang kendur dibuang dan jahitan untuk merapatkan otot lantai punggung dilakukan. Pembedahan ini akan memperbaiki dan memulihkan keadaan faraj untuk memberi keselesaan yang lebih waktu persetubuhan.       

Sebenarnya pembedahan untuk membetulkan saluran faraj samaada bahagian hadapan atau belakang dilakukan beserta dengan pembedahan untuk membuang rahim akibat daripada prolapse atau tombong.    Pembedahan ini digelar dengan nama vaginal hysterectomy.   Pada ketika melakukan pembedahan vaginal hysterectomy, pembetulan dinding hadapan dan  belakang dilakukan serentak tetapi bagi mereka yang tidak ada prolapse, iaitu wanita yang lebih muda sedikit, PFR sahaja perlu dilakuakan.

 

Last Updated ( Monday, 27 November 2006 11:49 )  






Iklan

BUDS_SlideLogo

Bellaposhbowtique.com
Kedai Buku Online

Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday1702
mod_vvisit_counterYesterday4935
mod_vvisit_counterThis week29980
mod_vvisit_counterLast week41803
mod_vvisit_counterThis month98748
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11131917

Your IP: 38.107.179.228
 , 
Today: May 18, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com