Pembedahan Laparoscopy

E-mailPrintPDF

Pembedahan Laparoscopy

Pembedahan Laparoscopy adalah satu tatacara pembedahan yang sangat penting bagi mengesan punca dan juga untuk merawat berbagai jenis kemandulan.  Setelah pesakit bius , satu hirisan kecil (1/2 inci) pada bawah pusat dilakukan untuk memasukkan teropong laparoscop.    Melalui teropong ini doktor dapat melihat organ-organ di dalam perut, khususnya untuk mengesan berbagai penyakit di bahagian peranakan. Keadaan saluran benih dapat nilai dengan teliti samaada ia berfungsi atau tidak. Begitu juga keadaan ovari/kilang telur, samada normal atau tidak. Sekitaran rahim khususnya di ruang belakang rahim (P.O.D.) di mana percantuman antara benih lelaki dengan telur perempuan berlaku dapat ditinjau melalui teropong laparoskop.  Kesemua penilaian tersebut tergulung dalam apa yang digelar ‘diagnostic laparoscopy’.

 

Sekarang ini kita boleh melakukan berbagai tatara pembedahan melalui teropong laparoscop dan kaedah-kaedah tersebut tergulung di dalam apa yang digelar ‘laparoscopic surgery’. Di antaranya ialah pembedahan  seperti membuang ketumbuhan 'fibroid' yang kecil, tumbuhan 'ovarian cyst' pada kilang telur yang disebabkan oleh darah kotor dari penyakit ‘endometriosis’, ataupun yang mengandungi cecair atau lendir.     Melalui teropong laparoscop kita juga boleh membuat pembetulan atau membaiki saluran benih yang bermasalah seperti tersumbat atau melekat-lekat.    Kita juga boleh melakukan rawatan laser atau cautery pada penyakit  seperti endometriosis atau memisahkan organ organ peranakan yang melekat-lekat, dan melakuakakan ‘ovarian drilling’bagi penyakit ‘ polycystic ovary’.  Saya biasanya menggandingkan 'laparoscopy' dengan ‘ mini-laparotomy ’ dimana saya membuat pembedahan kecil sepanjang 2-3 inci pada bahagian ari-ari.  Ini bertujuan untuk memudahkan saya melakukan semua tata-cara pembedahan yang tersebut diatas.

Laparosocopy juga penting dalam kaedah rawatan Bayi Tabung Uji  GIFT.     Ini adalah satu kaedah bayi tabung uji di mana wanita tersebut telah diransang telurnya, kemudian diambil telurnya melalui teropong laparoscop dan dicantumkan dengan benih suami.     Seterusnya benih suami dan telur akan dimasukkan ke dalam muncung saluran falopian untuk persenyawaan secara biasa.

      Sering saya lakukan  pembetulkan bgi kedudukan rahim yang biasanya jatuh ke tongking 'retroverted uterus'  yang biasa berlaku dalam penyakit endometriosis. Pembedahan laparoscopy ini biasanya kita lakukan sebagai 'day surgery' di mana pesakit tersebut akan masuk ke wad pembedahan harian.    Pada hari itu pesakit tersebut  perlu berpuasa bermula dari malam sebelumnya untuk membolehkan doktor pakar bius memasukkan biusnya secara umum.     Setelah melakukan pembedahan dan tata-cara laparoscopy, biasanya pesakit akan di rehatkan di wad harian.     Adakalanya ia boleh balik pada hari yang sama, tetapi demi  untuk keselamatan, saya akan jaga pesakit tersebut sampai keesokan harinya, takut jika pesakit mengalami kesan sampingan selepas dibius.

 Saya dapati pembedahan laparoscopy yang disertai dengan tata-cara untuk membetulkan peranakan, membetulkan saluran fallopian yang sumbat, untuk membuang tumbuhan endometriosis atau fibroid adalah sangat berkesan sekali dari segi kejayaan untuk mendapatkan kehamilan.       Kaedah-kaedah rawatan lain untuk merawat penyakit endometriosis seperti ubat-ubatan, kurang berkesan jika dibandingkan dengan pembedahan yang disertai dengan pembetulan bagi kedudukkan peranakan dan pembersihan sekitaran dan bahagian belakang rahim.     

Last Updated ( Monday, 27 November 2006 11:54 )  






Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday105
mod_vvisit_counterYesterday4585
mod_vvisit_counterThis week12849
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month30272
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10630347

Your IP: 38.107.179.228
 , 
Today: Feb 08, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com