Pendarahan
di akhir kandungan
Perdarahan di peringkat akhir kehamilan mulai tujuh bulan kandungan biasanya menandakan salah satu daripada tiga perkara.
1.
Uri pada pintu rahim
2. Accidental haemorrhage
3. Incidental bleeding
1.Uri pada pintu rahim (placenta previa)
Uri yang pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak, kadang-kala sampai boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.Dengan ujian ultrasound yangdilakukan ketika ibu melawat doktor pakar perbidanan, biasanya kedudukan uri dapat dikesan samaada di tempat biasa iaitu di bahagian atas rahim atau di bahagian luar biasa iaitu di pangkal rahim .
Langkah-langkah tertentu
perlu diambil setelah dikesan kedudukan uri tersebut untuk mencegah berlakunya
perdarahan yang banyak khususnya apabila kehamilan mencapai ke peringkat lapan
bulan atau lebih.
Kedudukan uri dibawah 'placenta previa' merangkumi dua jenis, pertama ialah dimana uri menutupi pintu rahim sepenuhnya 'placenta previa major' dan keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak apabila berlakunya kuncupan rahim khususnya di peringkat akhir kehamilan.
Kuncupan
rahim sering disebabkan oleh kepenatan, tekanan mental dan penyakit
jangkitan kuman khususnya pada pundi kencing atau bahagian tubuh yang lain.
Apabila berlaku perdarahan ibu mesti terus masuk ke hospital kerana biasanya pembedahan cesarean secara cemas perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan nyawa bayi tersebut.
'Placenta
previa minor' ialah apabila uri hanya terletak pada bahagian bawah rahim
tetapi tidak menutupi langsung pintu rahim.Keadaan begini tidaklah begitu mengancam dan biasanya tidaklah menyebabkan
perdarahan yang banyak sangat.Adakalanya dalam keadaanini kelahiran normal masih boleh dilakukan.
2.
Accidental haemorrhage (abruptio placenta)
Ini
bermakna pendarahanberlaku dalam
rahim di belakang uri dan keadaan ini sangatlah merbahaya kerana pendarahan
di luar adalah sedikit tetapi banyak berlaku di dalam rahim menyebabkan rahim
itu sangat keras dan membesar. Keadaan
ini sangat merbahaya dan mengancam nyawa bayi dan ibu.Jika terlambat kadang-kala bayi telah mati dalam perut sebelum ibu sampai
ke hospital.Dalam
keadaan yang sangat teruk, ibu tersebut juga boleh meninggal kerana bila keadaan
ini berlaku ibu sebenarnya berdarah dengan banyaknya dalam rahim dan perdarahan
tidak boleh dikawal kerana semua sel-sel pembekuan darah (platelets) telah habis
terperangkap dalam bekuan darah dalam rahim.
Keadaan ini digelar dengan nama 'disseminated intra-vascular coagulation' iaitu satu keadaan yang amat merbahaya kerana pendarahan bukan sahaja berlaku dalam rahim tetapi di semua organ-organ dalam badan khususnya hati dan otak.Keadaan inilah yang boleh membawa maut kepada ibu tersebut.
Kelahiran mesti dilakukan secara cemas untuk menyelamatkan ibu, mungkin yang paling selamat sekali ialah dengan pembedahan cesarean.Transfusi darah serta lain-lain cecair untuk menggantikan cecair, logam dan sel-sel pembekuan perlu dilakukan dengan banyak dan cepat.
3)
Pendarahan 'incidental'
Ini
mungkin disebabkan pintu rahim yang luka (erosion) atau dijangkati
kuman, atau saluran darah yang pecah dari sekeliling pintu rahim ataupun saluran
faraj.Keadaan ini
tidak begitu membahayakan ibu dan bayi tetapi ini adalah satu keadaan yang juga
memerlukan perhatian.
Perlu
dipastikan bahawa sebab-sebab utama seperti 'placenta
previa' dan 'abruptio placenta' tidak berlaku dengan melakukan pemeriksaan faraj serta ujian ultrasound.Tiada rawatan yang khusus untuknya melainkan rehat.
Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan
Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai kehamilan tujuh bulan.Kadang-kala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemuk dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah-tinggi dan buah pinggang adalah di antara mereka yang terdedah kepada masalah ini.
Pemeriksaan 'antenatal' setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan terakhir seminggu sekali,adalah sangat penting untuk mengesan keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan (toxemia) kehamilan.Setiap kali ibu hamil datang ke klinik di antara pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya ialah mengukur tekanan darah, mengukur timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya untuk gula dan albumin.
Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak, sembab muka dan apabila diukur tekanan darah didapati terlalu tinggi iaitu melebihi 140/90 mm Hg dan air kencingnya mengandungi albumin.
Apakah
risiko kepada ibu?
Toxemia
kehamilan boleh mengancam nyawa ibu jika ia tidak terkawal khususnya apabila
tekanan darahnya meningkat mungkin melebihi 180/110 mm Hg dan
apabila air kencing ibu tersebut mengandungi banyak albumin iaitu mungkin + + + + . Ibu juga merasa
pening, mungkin gelap mata dan hampir pitam dan rasa kesakitan pada bahagian
ulu hati.Jika keadaan
begini berlaku kadang-kala ibu boleh terkena serangan sawan (eclampsia).
Sawan ini sangat merbahaya pada ibu kerana ini menandakan pendarahan mungkin telah berlaku dalam otak ibu (cerebral haemorrhage), atau bekalandarah kepada otak telah terganggu akibat daripada kuncupan saluran darah tersebut dan biasanya otak telah dipenuhi dengan cecair (cerebral adema).Risiko kematian ibu adalah sangat tinggi dalam keadaan begini khususnya mereka yang telah tidak sedarkan diri (coma).
Dalam keadaan begini doktor perlu melakukan pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi tanpa mengira umur atau akibat kepada bayi tersebut sama ada boleh hidup atau tidak demi untuk menyelamatkan nyawa ibu.Apabila bayi dan uri telah dikeluarkan melalui pembedahan, biasanya penyakit ini akan reda dengan cepatnya dan hanya inilah yang boleh menyelamatkan nyawa ibu setelah diserang dengan sawan tersebut.
Dalam kes yang kurang
teruk doktor boleh mengawal penyakit toxemia ini dengan memasukkan ibu tersebut
ke hospital untuk berehat sambil mengawal tekanan darahnya, air kencingnya dan
pertumbuhan bayi melalui ujian-ujian klinikal , ukuran timbang berat dan juga
ujian ultrasound yang dilakukan berulangkali untuk mengetahui samaada pertumbuhan
bayi masih berlaku atau tidak.
Jika tidak ada pertumbuhan bayi dan bayi mungkin terancam nyawanya, dan dijangka bayi boleh hidup apabila dilahirkan, maka langkah yang sewajar ialah untuk melakukan pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi.
Jika keadaan darah tinggi dan toxemia ini sangat sederhana dan tidak ada tanda-tanda ia mengancam ibu dan bayi, setakat berehat dan diberi rawatan dengan ubat untuk mengurangkan tekanan darah, kawalan pemakanan untuk mengurangkan karbohidrat, minyak dan garam dalam makanan.
Rehat
adalah sangat penting untuk mengawal penyakit darah tinggi ini.Biasanya jika keadaan ini boleh dikawal dan pertumbuhan dan nyawa bayi
tidak terancam, maka kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan memaksa
sakit bersalin (induced labour)pada
umur kehamilan antara 37 hingga 38 minggu.Kelahirantidak boleh lambatkan
kerana uri boleh rosak dan dengan itu bekalan oxygen dan makanan pada bayi boleh
terjejas menyebabkan kematian bayi dalam rahim.
Apakah
punca sebenar bagi toxemia dan darah tinggi?
Punca
yang sebenar tidak diketahui, tetapi mungkin dalam darah pesakit yang mengidap
toxemia ini terdapat banyak jenis racun yang boleh menyebabkan darah tinggi
dan merosakkan organ-organ badan khususnya otak dan hati.
Racun-racun ini adalah
dikeluarkan oleh uri (placenta).Mengapa uri mengeluarkan racun, tidaklah diketahui dan mengapa sesetengah
wanita keluarkan racun ini dan yang lainnya tidak, ini pun tidak diketahui.Mungkin ia merupakan satu reaksi untuk menolak uri tersebut.
Uri dibentuk sebahagiannya daripada baka suami, tubuh isteri cuba menolaknya dan dengan ini timbullah reaksi dengan mengeluarkan racun.Bagaimana ia berlaku tidaklah diketahui.Biasanya selepas kelahiran bayi dan uri telah sempurna dikeluarkan, keracunan akan lesap dan tekanan darah turun ke tahap normal dengan cepat. Perkara-perkara yang boleh mengelakkan kejadian ini ialah dengan amalan makanan yang seimbang, memakan vitamin Folik Asid yang terus-menerus antara 5mghingga 10 mg setiap hari dari awal kandungan hingga akhir.
Mengawal
berat badan supaya ia tidak melebihi had biasa,berat badan sepatutnya tidak boleh melebihi 15 kilo bagi keseluruhan
kehamilan.Bagi
panduan para ibu yang hamil, lima bulan pertama berat badan patut meningkat
satu kilo sebulan dan empat bulan terakhir dua kilo sebulan menjadikan jumlahnya
lebih kurang 13 kilo di akhir kehamilan.
Kerehatan dan ketenangan juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan masalah
darah tinggi dan keracunan.Bagi mereka yang tenangrohnya
serta kuat iman mungkin kurang tededah kepada ancaman toxemia, sebab itu saya
sentiasa menasihati ibu-ibu yang hamil untuk membaca Al Quran dari awal kehamilan
dan tidak melupakan segala suruhan Allah seperti solat, berpuasa dan sering
melakukan amalan zikir, bertasbih, bertasmid dan lain lain untuk mengingati
Allah.Memang
amalan amalan ini boleh mengurangkan ketegangan fisikal dan mental .
| < Prev | Next > |
|---|
















