Pendarahan Awal Kandungan

E-mailPrintPDF
Article Index
Pendarahan Awal Kandungan
Page 2
Page 3
All Pages

Pendarahan di awal kandungan

Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan.Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran.

 

Diantara gejala-gejala yang mungkin timbul diperingkat awal kehamilan ialah keguguran atau kecacatan.Lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan mungkin gugur atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggur (molar pregnancy /hydatidiform) atau kehamilan di luar rahim.

 

Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan yang berketul-ketul disertai kesakitan yang kuata.Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin tersebut.Apabila keadaan ini berlaku kita boleh anggap kemungkinan kehamilan ini akan berterusan sehinggasempurna atau akan gugur ialah – 50 peratus.Perdarahan yang disertai dengan kesakitan perut yang amat sangat mungkin menandakan keguguran atau kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy).Kedua-dua ini merupakan ancaman besar kepada ibu dan bayi .

 

Jangan pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan.Langkah utama ialah untuk berjumpa dengan doktor yang terdekat.Mungkin ia seorang doktor biasa (GP) untuk mendapat nasihat atau terus berjumpa dengan doktor pakar perbidanan & sakitpuan untuk mendapatkan nasihat, atau terus masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan selanjutnya.

 


Apakah punca pendarahan?


1. Keguguran

Ini mungkinhanya ancaman sahaja (threatened abortion).Sebenarnya janin masih hidup dan boleh tumbuh lagi tetapi mungkin disebabkan oleh pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekananfisikal dan mental,faktor kurang hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim.Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran.

 

Keguguran boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar“missed abortion”.Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung.Bila dibuat scanning ultrasound, biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi.Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D & C.

 

Keguguran juga mungkin telah berlaku dengan sepenuhnya (complete abortion) dimana segala isi kandungan, uri dan janinnya telah keluar keseluruhannya daripada rahim.Biasa pesakit akan merasai kesakitan yang amat sangat dan akan melihat ketulan darah dan tisu yang keluar daripada kemaluannya.Apabila dibuat pemeriksaan ultrasound scanning rahim telah menjadi kosong daripada sisa-sisa kandungan.

Keguguran juga mungkin tidak sempurna (incomplete abortion) dimana sebahagian sahaja daripada tisu kandungan telah keluardan sebahagiannya tertinggal dalam rahim.Ini boleh disahkan melalui ultrasound scanning dan dalamkeadaaninibiasanyarahimperludibersihkan melalui tatacara D & C.

 



Last Updated ( Saturday, 23 December 2006 00:58 )  






Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3880
mod_vvisit_counterYesterday3950
mod_vvisit_counterThis week3880
mod_vvisit_counterLast week29413
mod_vvisit_counterThis month21303
mod_vvisit_counterLast month120098
mod_vvisit_counterAll days10621378

Your IP: 38.107.179.226
 , 
Today: Feb 05, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com