Pusingan Haid

E-mailPrintPDF
Article Index
Pusingan Haid
Page 2
All Pages

 

Pusingan Haid

Ini adalah pusingan yang berlaku dalam rahim dan kilang ovari sebagai tindakbalas pada rangsangan hormon-hormon dari kilang pituitary dan ovary yang menghasilkan proses penetasan telur. Hari pertama datang haid sehingga sehari sebelum haid bulan berikutnya adalah dianggap sebagai satu pusingan. Jangka waktu pusingan haid antara 25 hingga 35 hari adalah dianggap normal. Kebanyakan wanita mempunyai pusingan 28 hingga 30 hari sahaja.

Adakah pusingan haid wanita dikawal oleh hormon?
Pusingan haid wanita memanglah dikawal oleh hormon-hormon – dari kilang pituitary , hormon-hormon Follicle stimulating hormone atau hormon FSH dan Luteinizing Hormon atau hormon LH , manakala kilang ovari mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesterone . Begitu juga dengan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain juga dikawal oleh hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Kilang pituitary pula mengeluarkan hormon-hormon gonadotrophin – FSH dan LH. Hormon hormon gonadotrophin ini bertindak kepada kilang ovari untuk mengeluarkan telur (ovum) dan kilang ovary pula mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesterone. Hormon-hormon estrogen dan progesterone seterusnya akan bertindak pada selaput rahim. Ini adalah bertujuan untuk membuat persediaan bagi menghadapi kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, selaput rahim akan gugur sebagai darah haid. Begitulah keadaannya setiap bulan kecuali bila berlaku kehamilan atau sesuatu penyakit ia menyebabkan gangguan dalam pusingan haid. Gangguan emosi seperti kesedihan akibat daripada kematian saudara-mara dan tekanan fisikal juga boleh mempengaruhi kawalan pada pusingan haid.


Menjaga kebersihan diri waktu haid?

Penjagaan kebersihan faraj dan kawasan di sekelilingnya pada waktu haid adalah penting bagi kesihatan dan maruah diri wanita. Untuk mengelakkan tompokan darah melekat pada pakaian, pakailah tuala wanita. Bagi gadis-gadis sunti saya ingin menasihatkan supaya jangan memakai tuala tampon yang dimasukkan ke dalam faraj sepert yang diamalkan oleh gadis-gadis barat, kerana ia mungkin boleh merosakkan selaput daranya. Ada kes yang dilaporkan di mana wanita yang menggunakan tampon didalam faraj mengalami penyakit yang digelar “tampon shock” akibat dari jangkitan kuman kerana lupa untuk mengeluarkan dan menggantikan tampon pada waktu tertentu dan ini boleh mengancam nyawa wanita berkenaan.

 

Ada juga wanita yang membasuh saluran faraj dengan menggunakan cecairan dan alat khas sejurus selepas haid berhenti. Proses ini digelar dengan nama “douching”. Jika perlu melakukan douching, gunakanlah air suam panas dicampur dengan sedikit garam atau ubat antiseptik yang sangat cair. Douching hanya boleh dilakukan oleh wanita yang sudah kahwin sahaja, anak dara tidak dibenarkan kerana takut ia boleh merosakkan selaput dara. ‘Douching’ juga merupakan satu kaedah rawatan bagi penyakit jangkitan kuman dalam faraj. Setelah bersih dari haid setiap wanita diwajibkan mandi hadas besar untuk membolehkan ia melakukan amal ibadat.



Last Updated ( Monday, 12 February 2007 11:33 )  






Who's Online

Please select a menu item first in the module's configuration.

Statistik

Total Members : 16876
Latest Member : pralKistsuips
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday127
mod_vvisit_counterYesterday5079
mod_vvisit_counterThis week9866
mod_vvisit_counterLast week37552
mod_vvisit_counterThis month116186
mod_vvisit_counterLast month182771
mod_vvisit_counterAll days11149355

Your IP: 38.107.179.228
 , 
Today: May 22, 2012

Lokasi Kami


View Business Listing in a larger map

Hubungi Kami

     Klinik Dr. Hamid Arshat
     75M Medan Setia Satu,
     Plaza Damansara, Bukit Damansara,
     50490 Kuala Lumpur,
     Malaysia

Telefon temujanji:

  • 603 - 2094 5800
  • 603 - 2094 5262
  • 603 - 2094 1115
Faks : 603 - 2094 9402
    E-mail:
    • hamidarshat@hotmail.com